Lagu kenangan bersama arwah abah



Aku cube ingat la lagu ni tema dalam filem apa. Filem tahun 80-an tak silap. Bukan 70-an. Tapi aku tak berapa ingat. Kalau de sesape ingat, tolong beritahu di ruangan komen.

Lagu ni aku tengah layan sekarang ni. Pukul 12.45 malam. Lagu yang membuatkan aku menangis dalam hati. Terlalu banyak kenangan dengan arwah abah. Aku dibesarkan dengan lagu-lagu macam ni. Nampak sangat jiwa aku ni sentimental kan? Biarlah ape orang nak kata. Diri aku. Nak ke orang lain faham? Buang mase je . Betul tak? Aku pun tak mintak untuk difahami pun. Bukan sombong. Aku just taknak buang mase orang lain. Dan yang paling utama, kite bukannya kenal pun. Sekali lagi, bukan sombong....

Seriously, aku ni banyak melalui kisah yang tak berape nak gembira dalam hidup. Tapi aku bangga dengan diri aku sebab aku masih bertahan sehingga umur aku yang dah menjangkau 30 lebih ni. Lonely...tapi dah terbiasa. Mungkin ade  yang aku seram dengan aku. Mungkin ade yang ingat aku ni merbahaya dan sebagainya. Itu yang membuatkan aku terase sedangkan aku sedikit pun tak harmful kepada sesiapa. Tak suke , just cakap je tak suke. Aku ni jenis senang faham. Tapi kalau tiba-tiba awak kata awak dah faham saya, mase tu dah terlambat. Sebab saye pun ade perasaan. Awak lukakan hati saya dengan kata-kata awak, dan awak menyesal. Saya maafkan. Tapi saya cume terkilan.

Moral of the story, jangan terlalu cepat judge manusia lain. Kerana ade manusia yang akan sensitif, seperti aku. Dah memang itu sifat unik yang tuhan beri kepada aku. Setiap manusia punyai sifat unik masing-masing. Jadi berhati-hatilah bile bercakap. Kerana terlajak cakap takkan dapat diundur. Yang terkilan, tetap terkilan. Tapi dimaafkan...

Berirama senandung semalam, ku terkenang peristiwa silam . Di mana aku dan si dia. Cinta benar cinta. Kau mencurah apa yang dirasa. Ku dibuai oleh angin senja. Budimu yang seikhlas itu. Akulah kasihmu...

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)