Постоянные читатели

on Leave a Comment

Sepi Dalam Penantian

Aku sepi dalam keriuhan
Diriku bagaikan jauh terbuang
Irama yang berkumandang
Tak daya mengikiskan
Kau yang jauh selalu kukenangkan
Menyendiri dalam keramaian
Kerna tak kuasa ku memaksa
Hatiku telah ku untukkan
Buatmu insan yang tersayang
Biar saja begini ku relakan
Suasana selalu menduga
Di sekitar gadis-gadis manja
Sesungguhnya aku merasakan
Keimanan seumpama ini sering
Ditiup angin
Amat payah mengawal diri
Kehidupan di kota menguji
Aku bagaikan pulau yang tersisih
Kejujuran padamu kekasih
Masih ku pertahankan
Kekasihku inilah pengorbanan
Dariku untukmu ku relakan
Apakah dikau nun di sana
Sepertiku tak pernah jemu dengan
Penantian


on Leave a Comment

Buktikan kepadaku bahawa aku salah

Aku pun tak suka selalu berfikiran negatif. Tetapi, untuk selalu ceria dan juga 'memberi' berbanding 'menerima' , pada aku jarang membuahkan hasil atau juga mendatangkan banyak manfaat. Ada tetapi macam tak banyak. Jadi pada aku, semua itu tak berapa penting.

Macam hari ini, aku ingin sekali memakai pakaianku iaitu baju melayu. Pasti amat segak sekali. Aku hanya ingin meraikan majikanku yang teramat gembira menyambut perayaannya. Aku hanya ingin menunjukkan bahawa aku tumpang merasai kegembiraannya. Tetapi aku diserang rasa rendah diri yang terlampau. Jika orang lain, rasanya tidak perlu siapa pun suruh. Kerana perkara ini bukannya perkara yang tidak baik ataupun salah. Tetapi ada sebabnya....

Kerana aku ada menaruh sedikit perasaan kepada majikanku sendiri. Kerana itu aku jadi terlalu segan. Dan ego aku pula mengatakan, bagaimana jika dia tidak langsung mengalu-alukan ataupun mempedulikan perubahan aku. Berpakaian segak seperti untuk mengambil hati. Tetapi akhirnya aku yang perasan lebih.

Perasaan aku kepada majikan aku adalah salah. Kerana dia telah pun milik orang. Aku memang hendak pergi jauh dari situ. Tapi aku belum dapat pekerjaan yang benar-benar sesuai seperti sekarang. AKu juga tahu bahawa aku hanya menyukai diriku sendiri. Sedangkan dia hanya inginkan aku terus berkhidmat di situ . Mungkin kerana modal yang ada pada diriku. Tak lebih dari itu.

Yang sebenarnya aku sendiri tak pasti, mengapa walau hanya untuk mengucapkan selamat sempena perayaannya pun aku rasa terlalu berat. Berulang kali aku menekan kad ucapan digital yang ada di whatsapp, namun tak terhantar jua. Aneh bukan  kepalang. Tak faham benar aku dengan diriku.

Mungkin tuhan cuba menyelamatkan aku. Atau mungkin juga kerana kelemahan diriku sendiri. Aku hanya mampu memilih mana yang aku rasa lebih kuat. Dan aku akan menetapkan bahawa perasaan yang paling kuat itulah yang paling benar. Sehingga sekarang, aku masih selesa merendah diri seperti selalu. Biarlah. Mungkin ada hikmahnya..

Aku pernah rasa bagaimana dikhianati. Dan juga bagaimana dibohongi dan dipermainkan. Jadi aku punya pengalaman yang sangat berharga. Kita semua juga serupa. 

Buktikan kepadaku jika selama ini fikiran negatif ku salah dan merugikan diriku. Kerana adakalanya ibuku sendiri mengatakan bahawa telahan ataupun andaian diriku sebenarnya tidak benar. Namun dalam masa yang sama, ibuku sendiri juga padaku pernah tersalah. Jadi, aku juga harus membuat dan memilih keputusan yang aku rasa terbaik untuk diriku sendiri. Bukan ibu. Ibu hanya meredhakan sesuatu apabila kita telah meyakinkannya.


SEPI DALAM PENANTIAN

Aku sepi dalam keriuhan
Diriku bagaikan jauh terbuang
Irama yang berkumandang
Tak daya mengikiskan
Kau yang jauh selalu kukenangkan
Menyendiri di dalam keramaian
Kerna tak kuasa ku memaksa
Hatiku telah ku untukkan
Buatmu insan yang tersayang
Biar saja begini ku relakan
Suasana selalu menduga
Di sekitar gadis-gadis manja
Sesungguhnya aku merasakan
Keimanan seumpama ini sering
Ditiup angin
Amat payah mengawal diri
Kehidupan di kota menguji
Aku bagai pulau yang tersisih
Kejujuran padamu kekasih
Masih ku pertahankan
Kekasihku inilah pengorbanan
Dariku untukmu ku relakan
Apakah dikau nun di sana
Seperti aku juga yang tak pernah 
jemu dengan penantian




on Leave a Comment

Aku terus mensyukuri semalam berbanding hari ini

Sejujurnya aku terus mensyukuri dan merindui setiap hari yang berlalu berbanding hari ini. Buktinya, aku selalu merindui saat remaja aku. Kerana waktu remaja dulu, aku kesunyian. Sehingga sekarang, aku juga masih kesunyian, dan kesepian.

Bila dah menjelang umur pertengahan macam ni, harapan tidaklah segah waktu remaja dahulu. Tidak terlalu meminta, tidak juga terlalu menolak. Itulah sisa harapan yang tinggal.

Aku punya rupa, tetapi aku seakan jarang menggunakan kelebihan yang aku ada. Bila teman-teman bertanya tentang siapakah orangnya yang istimewa di dalam hidupku, dan aku berkata bahawa aku tiada sesiapa yang istimewa, ramai di kalangan mereka yang tidak percaya. Orang yang punya rupa tidak semestinya berasa bahagia. Itu hanya andaian manusia. Andaian manusia tidak selalu benar. Walau seribu manusia bercakap perkara yang sama, tetap ia tidak semestinya benar. Hanya yang ahli dan arif sahaja yang dapat mengesahkan kebenarannya. Semenjak itu, aku jarang menyesal. Dan jarang juga berasa seperti rumput lalang yang tidak tetap.


Kalaulah aku tahu bagaimana untuk berubah...

Aku tahu, mungkin aku belum bersedia untuk memberi dan juga menerima cinta. Cinta itu anugerah tuhan. Dan Dia memberikan kepada yang layak. Jika aku punya cinta , lalu aku mensia-siakannya, bukankah ia amat buruk kesannya. Tetapi aku tetap terus belajar akan erti kehidupan ini. Aku sentiasa akan ingat perjuangan dan pengorbanan seorang insan yang amat bermakna di dalam hidupku.



on Leave a Comment

GIVEAWAY WANG TUNAI RM50 UNTUK SEORANG PEMENANG DALAM LINGKUNGAN 300-500 FOLLOWER SAHAJA





UPDATE : 25 FEBRUARI 2015

Tahniah kepada pemenang giveaway terdahulu iaitu Puan Glory Jane dari blog pleaselovemeunconditionally.blogspot.com.

Untuk Giveaway kali ini, format yang sama akan digunakan sama seperti giveaway terdahulu iaitu :

1 ) Seorang sahaja pemenang yang akan mendapat wang tunai RM50 dari penaja
2 ) Pemenang dipilih secara rawak dengan menggunakan servis website RANDOM.ORG
3 ) Hadiah tunai hanya sah apabila jumlah follower mencecah 300 hingga 500 sahaja.

Seperti biasa, setiap peserta haruslah 'tag' sekurang-kurangnya 2 orang rakan bloggers.

TEMPOH GIVEAWAY : 25 FEBRUARI 2015 ~ 25 MAC 2015 (lebih kurang sebulan)

Walaubagaimanapun, penaja berhak melanjutkan tempoh Giveaway (tidak lebih sebulan) jika dirasakan perlu.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

  1. Mestilah seorang bloggers warganegara Malaysia
  2. Hanya copy paste kod HTML yang diberikan kemudian publish seperti biasa.
  3. Boleh tambah ayat sendiri mengikut citarasa sendiri...terserah...
GOOD LUCK!




Kod HTML :


on Leave a Comment

Awak jangan risau. Selagi saya ada, saya akan jaga awak.

Sebenarnya tajuk kat atas takde kene mengene langsung dengan aku. Tajuk ni cume terlintas di fikiran aku dan aku pun buat tajuk untuk entry blog post. Ke, post entry blog? atau post di blog? Ke, semua sekali salah? Hahaha. hentam je la.

Mungkin aku selalu terbaca caption tajuk entry ni, so aku pun mula tulis entry. Padahal aku bukan ade perkara yang nak ditulis pun berkenaan tajuk kat atas.

Pada aku, romantik jugak la caption macam ni. 'Awak jangan risau...selagi saya ada, saya akan jage awak..' . Memang la romantik. Tapi pada aku, kesetiaan manusia boleh dipertikai.  Kesetiaan yang tidak dapat disangkal atau dipertikai hanyalah kesetiaan antara hamba dan tuhannya (bagi yang benar-benar setia dan ikhlas lah). Kalau tidak, masakan dia dapat merasakan kesetiaan tersebut, ye dak?

Maaf kan aku kerana agak sinis tentang perkara yang romantik macam ni. Aku akui bahawa aku agak negatif. Aku beranggapan bahawa semua manusia perangainya unik. Jadi mungkin juga sifat dan perangai aku ni bukan suatu kesalahan secara keseluruhannya. Sekali lagi aku memohon maaf kepada yang membaca entry aku ni. Mungkin anda tak bersetuju. Tak mengapa.



on Leave a Comment

Jangan hina manusia lain kerana dosa yang dilakukan

Kita selalu dengar perumpamaan tentang jari yang menunding kesalahan orang lain adalah lebih buruk kesalahannya kerana semasa kita menunding kesalahan orang lain, tiga lagi jari (jari hantu, manis dan kelingking) akan menunding kepada diri kita sendiri.

Perumpamaan ini dari segi praktikalnya tidak dinafikan memang benar. Tetapi ada satu lagi perumpamaan dengan penjelasan yang lebih mudah tentang mengapa kita tak boleh hina orang lain kerana dosa yang dilakukannya. Contohnya jika kita menghina seseorang yang melakukan dosa berzina secara terang-terangan yang sememangnya tak perlu diperkatakan lagi di akhir zaman yang teknologi maklumatnya serba canggih ini. Sedarkah bahawa kita juga sebenarnya sedang menghina diri kita sendiri?

Caranya mudah. Dosa zina itu dilakukan oleh siapa? Haiwan? Tiada istilah zina kepada haiwan melainkan manusia. Kerana haiwan tidak berdosa dan tidak pula diberi pahala kerana mereka tiada akal untuk membezakan perkara baik dan buruk seperti kita. Jadi dosa zina adalah dilakukan oleh manusia sendiri. Dan jika kita menghina manusia lain melakukan zina, samalah seperti kita menghina diri kita sendiri kerana kita juga manusia. Ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna kecuali Nabi kita kerana baginda bersifat maksum (terpelihara) dari dosa. Allah yang 'menjaga'nya. Jadi janganlah kita menghina manusia kerana dosanya kerana kita juga belum tentu 'selamat' daripada melakukan dosa.
on Leave a Comment

2 jenis manusia baik

Ini cuma kategori manusia baik menurut pendapat aku sendiri. Mungkin ada yang berpendapat ada empat jenis, tujuh, enam puluh dan sebagainya. Terpulang kepada pendapat masing-masing. Dan pendapat aku adalah pendapat peribadi. Tak puas hati, boleh tekan 'x' kat penjuru kanan atas atau terus lenyap (pegi jauh2) dari blog ni. Takde sape nak larang. Kalau tak suke tapi nak bace juga, aku rase kau mungkin kategori yang tak paham bahasa dan aku pun tak paham dengan kau.

Manusia baik kategori pertama ni pada aku jenis yang baik kerana dia lurus bendul. Manusia macam ni jarang membantah. Bagi manusia yang suka orang lain dengar cakapnya, manusia macam ni lah yang selalu jadi sasarannya. Manusia baik, tapi sering jadi pak turut. Kalau dia jadi pak turut kepada manusia yang baik, maka baiklah jadinya pak turut ni. Tapi kalau dia jadi pak turut kepada manusia yang jahanam, maka dia pun akan sama-sama jahanam.

Manusia baik kategori kedua pula pada aku sememangnya manusia baik yang terbaik. Maksud aku, manusia ni baik kerana akhlaknya baik. Dan sebaik-baik akhlak adalah akhlak yang dimiliki oleh orang Islam. Ini kerana di dalam al-Qur'an telah lengkap akan garis panduan untuk menjadi manusia yang berakhlak, atau istilah lainnya, manusia baik yang terbaik. Bukan setakat baik, dia juga tegas walaupun tak mampu dengan perbuatan, dia akan tegas dengan kata hatinya. Jika kata hatinya mengatakan 'jalan' itu jalan yang membinasakan dan juga merosakkan, maka dia akan mengelakkan dari mengikuti jalan kebinasaan tersebut.

Jadi pada aku, memang ramai manusia baik yang jenis kategori satu ni, dan tak kurang juga ramai yang dari kalangan kategori kedua. Aku memang akan berhati-hati dengan baik yang kategori satu ni, sebab lurus bendul atau pak turut ni sebenarnya mudah dipengaruhi selain akhlaknya boleh dikatakan tidak sempurna. Kalau dia masih pak turut yang baik, aku boleh ikut. Tapi kalau dia dah terikut kepada yang salah, aku hanya mampu berharap agar dia kembali ke pangkal jalan.


on Leave a Comment

Hormon 'kasih-sayang' yang terdapat dalam diri wanita

Aku tak pasti sejauh mana kebenaran kenyataan ini. Aku rasa, mungkin hormon tu adalah hormon estrogen. Bukan progesteron. Progesteron cuma terlibat semasa datang bulan dan berkaitan dengan sistem peranakan, ovari dan sebagainya. Mungkin juga lelaki tidak langsung memiliki hormon progesteron ini.

Estrogen berkaitan dengan pelancaran darah. Selain itu, estrogen mungkin juga berkait rapat dengan hormon oksitosin . Hormon oksitosin juga terkenal dengan gelaran 'hormon cinta' kerana melalui kajian, hormon begini banyak terdapat di dalam darah lelaki dan perempuan yang sedang dilamun cinta.

Sebagai info, hormon estrogen ni jugak la yang mengurangkan risiko perempuan terkena serangan penyakit jantung. Seperti yang dijelaskan tadi, estrogen dapat mencairkan darah. Oleh itu, orang perempuan sebenarnya lebih 'relax' dan tenang berbanding orang lelaki. Diorang ni cuma beremosi sikit masa datang bulan sahaja, tetapi tekanan emosi diorang hanya meningkatkan tekanan darah dan estrogen berperanan mengawal semula tekanan darah tersebut dengan efektifnya.

Apa yang aku tahu, lelaki juga ada hormon estrogen tetapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Oleh itu lelaki takde kelebihan dari segi kurangnya risiko terkena penyakit jantung. Selain itu, lelaki lebih 'hot-temper' dan dalam masa yang sama lebih penyabar berbanding perempuan.

Sekarang aku nak cerita pulak pasal kemusykilan aku. Terbukti, perempuan sebenarnya mempunyai pelbagai jenis hormon 'kasih-sayang'. Oleh itu, rasa aku sepatutnya diorang lebih penyayang berbanding lelaki dan tidak tergamak untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang amat tidak mempunyai nilai kasih-sayang seperti buang anak, penderaan dan sebagainya.

Tetapi mengapakah diorang ni sanggup juga jadi manusia yang tidak mempunyai hati dan perasaan? Adakah kerana nafsu? Kemarahan menjadi punca hilangnya kasih sayang di dalam diri.

Terjadinya kehamilan terlarang itu kerana nafsu, dan kesudahannya adalah kelahiran yang berakhir dengan pembunuhan. Juga kerana nafsu.

Aku rasa kalau setiap perempuan yang terfikir untuk membunuh zuriatnya berhenti dan berfikir sejenak menggunakan akal, pasti nafsu akan kalah. Pasti suatu nyawa dapat diselamatkan. Pasti juga dosa itu tidak menjadi terlalu besar.

Jika ditakdirkan pula, zuriat tersebut adalah zuriat yang 'baik', yang akhlaknya jauh lebih baik berbanding ibu dan bapanya sendiri. Sudah tentu dia akan berterima kasih kepada ibu bapanya tersebut kerana tidak membunuhnya. Malah akan mendoakan kesejahteraan orang tuanya apabila telah tiada, walaupun ibu bapanya pernah berdosa dan hampir membunuhnya suatu masa dahulu.

Fikirlah . Kasihan para bayi yang tidak berdosa. Tetapi andai itu takdirnya, tidak mengapa. Kerana mereka menjadi wildan yang akan menceriakan taman syurga . Tapi aku tidak akan 'bergembira' sampai bila-bila,  apabila aku dengar lagi pembunuhan seperti ini berulang kembali.
on Leave a Comment

Handphone apple 6 murah

harga handphone terkini
lelong handphone
samsung handphone
phone price in malaysia
latest handphone
handphone price
mobile phone price in malaysia
lelong phone
sony ericsson price in malaysia
phone prices in malaysia
handphone
malaysia phone price
samsung phone price in malaysia
handphone lelong
samsung mobile malaysia
handphone malaysia
samsung malaysia price list
htc price in malaysia
samsung price in malaysia
hand phone price in malaysia
mobile phone malaysia
price phone in malaysia
hand phone malaysia
mobile price in malaysia
mudah handphone
samsung phone malaysia
phone price
handphone samsung
samsung phone
price phone malaysia
hand phone
mobile phone price malaysia
latest handphone in malaysia
ipad price in malaysia
malaysia phone
new handphone
price handphone in malaysia
malaysia handphone
mobile phone prices in malaysia
htc price
phone malaysia price
the latest handphone
malaysia mobile phone price
malaysia mobile phone
malaysia hand phone
mobile phone in malaysia
htc handphone price in malaysia
latest phone in malaysia
price of phone in malaysia
handphone shop
mobile phone malaysia price
price of handphone in malaysia
phone in malaysia price
handphone online malaysia
handphone in malaysia
handphone prices in malaysia
supplier handphone
phone in malaysia
mobile prices in malaysia
phone price at malaysia
buy and sell in malaysia
handphone murah malaysia
price mobile in malaysia
latest phones
new model handphone
second hand handphone malaysia
mobile phone prices malaysia
handphone samsung malaysia
price handphone malaysia
malaysia price phone
malaysia mobile phone price list
pembekal handphone
phone price list
samsung handphone price malaysia
handphone brand
malaysia phone prices
mobile malaysia price
model handphone
handphone second hand murah
mobile in malaysia price
mobile in malaysia
price of mobile in malaysia
the best handphone
handphone murah di malaysia
motorola handphone malaysia
lelong mobile phone malaysia
lelong handphone murah
samsung galaxy s price malaysia
buy & sell malaysia
handphone supplier malaysia
harga telephone
handphone terbaru di malaysia
online handphone malaysia
model handphone terbaru
malaysia handphone prices
mobile phone price list in malaysia
buy mobile phone malaysia
sony ericsson latest model
handphone shop singapore
jual handphone online malaysia
singapore handphone price
sony ericson handphone
sony ericsson phones malaysia price
handphone price in singapore
harga mobile phone malaysia
price list phone in malaysia
sell phone malaysia
malaysia made handphone
mobile phone malaysia price list
malaysia online buy
secondhand handphone
handphone malaysia.com
handphones malaysia
sell handphone
malaysia buy phone online
singapore handphone shop
mobile phone in malaysia price list
online shopping malaysia mobile phone
mobile handphone
touch screen handphone
sony ericsson price list
malaysia mobile phone prices
model handphone sony ericsson terbaru
phone list price
price list phone
buy sell mobile
where to sell handphone
harga handphone online
phone prices list
on Leave a Comment

Kisah suka duka di dalam filem THE LEGENDS OF THE FALL

Gandingan beberapa pelakon terkenal suatu ketika dahulu seperti Anthony Hopkins dan juga bintang ternama seperti Brad Pitt, Aidan Quinn, Henry Thomas dan Julia Ormond.

 
Anthony Hopkins memegang watak sebagai Sir Colonel William Ludlow. Bapa kepada 3 orang anak lelaki iaitu Alfred (Aidan Quinn), Tristan (Brad Pitt) dan Samuel (Henry Thomas).

 
Brad Pitt sebagai Tristan. Anak ke-2



Julia Ormond sebagai Susannah. Merupakan tunang kepada adik Tristan iaitu Samuel.



Aidan Quinn (kiri). Merupakan abang sulung kepada Tristan dan Samuel.



Henry Thomas (Samuel). Adik paling bongsu.

Filem ini dikatakan berdasarkan sebuah kisah benar yang pernah berlaku di Utara Amerika Syarikat dalam awal abad ke-20 . Tristan merupakan anak yang paling disayangi oleh Colonel Ludlow dan juga disukai oleh seorang anggota keluarga Red Indian yang tinggal bersama-sama dengan mereka yang digelar sebagai 'One Stab'.

One Stab banyak menunjuk ajar kepada Tristan tentang kemahiran berburu kerana Tristan dilihat mempunyai kemahiran tersebut sejak kecil. Kisah bermula apabila Samuel terkorban di dalam Perang Dunia pertama. Tristan yang diburu rasa bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan adiknya tersebut telah membawa diri selama bertahun-tahun. Dia mengembara ke serata benua dan dikatakan pengembaraannya sehingga ke benua Asia.

Semasa mengembara, Alfred telah berkahwin dengan bekas tunang adiknya iaitu Susannah (Julia Ormond). Walaubagaimanapun, Susannah sebenarnya masih menaruh hati kepada Tristan walaupun mereka telah bertahun-tahun terpisah.

Lebih kurang 7 tahun mengembara, Tristan akhirnya pulang ke pangkuan keluarga di mana ketika itu ayahnya, Colonel Ludlow telah diserang stroke sejak beberapa tahun lepas. Colonel Ludlow amat terharu menerima kepulangan anak kesayangannya tersebut.

Suatu hari, Tristan datang melawat Susannah di kediamannya. Susannah tinggal bersama suaminya iaitu Alfred di sebuah kediaman yang mewah. Namun ketika itu, Alfred tiada di kediaman, lalu Tristan hanya bertanyakan khabar Susannah dan menyampaikan ucapan tahniah di atas perkahwinan mereka. Sambil itu, Susannah dilihat sebak apabila Tristan hendak beredar sejurus selepas dia menyampaikan ucapan tersebut.

Keluarga Red Indian yang tinggal bersama Colonel Ludlow mempunyai seorang anak gadis yang semakin meningkat dewasa. Gadis ini bernama Isabel II, mengambil nama sempena nama ibu kepada Alfred, Tristan dan Samuel, yang juga bernama Isabel. Colonel Ludlow amat menyayangi Isabel II dan menganggapnya seperti anaknya sendiri.

Akhirnya Tristan dan Isabel II jatuh cinta dan berkahwin. Mengetahui berita ini, Susannah berasa amat kecewa. Tidak lama selepas itu, Tristan dikurniakan 2 orang cahaya mata dan anaknya yang pertama diberi nama Samuel bagi mengenang adiknya iaitu Samuel yang telah terkorban di dalam perang.

Keluarga Colonel William tidak disenangi oleh beberapa orang suruhan kerajaan yang banyak melakukan penyelewengan di dalam tugas. Mereka digelar sebagai adik-beradik O' Banion dan mereka amat tidak sukakan keluarga Red Indian yang disyaki dilindungi oleh Colonel Ludlow.

Suatu hari, salah seorang orang suruhan O'Banion telah menembak mati isteri Tristan iaitu Isabel II secara tidak sengaja. Pada ketika itu, Alfred telah bekerja di bandar bersama-sama dengan adik-beradik O' Banion dengan menjalankan perniagaan dalam bidang penternakan. Alfred telah meminta maaf kepada Tristan dan memintanya agar tidak melakukan apa-apa terhadap O'Banion. Walaubagaimanapun, Tristan, One Stab dan Decker iaitu ayah kepada Isabel II telah pun berpakat untuk membunuh salah seorang O'Banion kerana dia merupakan perancang yang menyebabkan Isabel II terbunuh.

Kematian Isabel II membuatkan Colonel Ludlow amat marah hinggakan dia tidak mahu langsung melihat ke wajah anaknya iaitu Alfred yang bekerjasama dengan orang suruhan kerajaan tersebut.

Sementara itu, Susannah yang patah hati dengan pengakuan Tristan yang masih menyayangi Isabel II semasa melawatnya yang dipenjarakan kerana menyerang orang suruhan O'Banion yang membunuh isterinya, pulang ke rumah dan akhirnya membunuh diri.

Selepas tamat tempoh penjara beberapa hari kemudian, strategi yang dirancang untuk membunuh salah seorang adik-beradik O'Banion diteruskan dan akhirnya mereka berjaya membunuh salah seorang adik-beradik O'Banion tersebut.

Dalam masa yang sama, mayat Susannah di bawa pulang untuk dikebumikan di suatu kawasan, tidak jauh dari tempat pengkebumian Samuel dan Isabel II.

Beberapa hari kemudian, salah seorang adik-beradik O'Banion datang untuk membalas dendam di atas kematian salah seorang saudara mereka. Ketika itu, Tristan dan Decker hampir dibunuh apabila masing-masing diacukan dengan senjata. Namun, Colonel Ludlow yang lumpuh separuh badannnya tiba-tiba keluar dan dengan menggunakan segala kekuatan yang ada,  melaraskan senapang lalu menembak 2 orang suruhan kerajaan termasuk seorang O'Banion. Seorang lagi orang suruhan kerajaan hampir membalas tembakan Colonel Ludlow namun Alfred telah datang tepat pada masanya untuk membunuh rakan sejawatnya itu. Akhirnya Tristan dan Colonel Ludlow terselamat.

Pada malam itu ,ke semua mayat-mayat orang suruhan kerajaan tersebut dicampak ke dalam lembah yang tidak terdapat manusia tinggal di sana bersama-sama dengan kenderaan mereka. Beberapa tahun berlalu, Tristan hidup lama sehingga menjadi seorang lelaki tua tetapi masih gagah berburu di hutan. Kemahirannya berburu juga masih baik pada ketika itu. Tristan akhirnya mati diserang oleh seekor beruang liar ketika berburu. Kisah ini diceritakan semula oleh 'One Stab' yang pada ketika itu masih lagi hidup walaupun telah tersangat tua.

on Leave a Comment

Bait-bait kata terindah

Untuk menyayangi, berikan aku sesaat. Untuk mencintai, berikan aku setahun. Tetapi untuk melupakan, selamanya pun belum tentu....
on Leave a Comment

Unik dan istimewanya drama dan filem Melayu

Filem dan drama Melayu penuh dengan nilai ketimuran. Masyarakat di Asia terutamanya di bahagian timur boleh dikatakan mempunyai sifat yang agak pemalu dan 'tertutup'. Jadi tidak hairanlah jika di dalam filem dan drama, kurangnya adegan-adegan intim dan 'panas'.

Contohnya telefilem berjudul 'Seharum Kenanga' yang diterajui 2 watak penting iaitu Faizal Hussein dan Janet Khoo, berjaya membawa mesej telefilem tersebut dengan jayanya kepada penonton, tanpa perlu adegan-adegan 'kasih-sayang' yang keterlaluan.

Ini telah membuktikan bahawa, tanpa adegan-adegan yang terlalu berahi, mesej sesebuah drama, filem dan sebagainya masih mampu untuk disampaikan dengan baik.

Apa yang penting adalah kebijaksanaan pengarah filem atau drama tersebut untuk mengemudinya. Jika putih yang dipilih, maka putihlah yang didapati, dan begitu jugalah sebaliknya.
on Leave a Comment

Wedding yang paling menyentuh hatiku




Actually ending drama ni sedih. Seharum Kenanga. Kalau korang pernah tengok.

-Selamat hari kekasih kepada yang menyambut-

14/2/2015
on Leave a Comment

Kini kau bukan lagi teman tariku

Kini kau bukanlah oh teman tariku dan kau bukan lagi oh teman tangisku. Ku malu miliki dirimu..kasih dengan tabah kau harungi. Maafkan aku...


Dan tuhan telah pun membalas segala perbuatan ku. Aku melihat setiap kelahiran, dan aku semakin jauh.

Dah ku cuba mencintaimu. Tapi kasih tidak sampai..


on Leave a Comment

Pakaian sunnah

Berikut adalah pakaian yang sering dipakai oleh nabi :





1)Pakaian yang nabi paling suka ialah kurta(pakaian panjang:jubah).

2)Kurta nabi tidak panjang sampai tutup buk
u lali,tapi separuh betis dan semuanya berlengan panjang,tiada lengan pendek,dan panjang lengan tidak melepasi pergelangan tangan.


3)Nabi akan mula pakai semua pakaian bermula dengan kanan termasuk memulakan pakai selipar dengan kaki kanan.

4)Nabi pernah pakai kurta/jubah yang sedikit ketat di pergelangan tangan ketika bermusafir.(macam zaman sekarang kita ada jubah yang ada butang kat pergelangan tangan).

5)Nabi pernah pakai jubah/kurta yang ada design dan juga pernah pakai jubah/kurta plain/kosong.

6)Nabi selalu membawa shawl bersama macam ust don tu dan shawl nabi selalunya berwarna(bukan putih).

7)Memakai jubah/kurta bertampal adalah sunnah nabi dan sahabatnya.(Kalau terkoyak jangan beli baru tapi tampal)

8)Shawl nabi berukuran 6 hasta panjang dan 3 hasta + 1 jengkal lebar.

9)Nabi suka jubah/kurta warna putih.

10) Ada riwayat yang menyatakan para sahabat nabi pernah memakai pakaian bewarna hitam dan shawl nabi juga bewarna hitam(macam saya punya,tengak gambar saya kat wall ada shawl saya buat tutup mulut).

11) Nabi tak suka lelaki pakai baju warna merah terang sebab merah warna kesukaan syaitan.

12)Nabi sentiasa memakai kain pelikat tapi kain pelikat nabi tidak berjahit,panjangnya 4 hasta + 1 jengkal dan lebarnya 2 hasta.

13)Nabi pakai kain pelikat tidak melebihi buku lali dan tingginya sehingga separuh betis(ramai orang malu nak pakai mcm ni,tapi TIDAK BAGI PECINTA NABI!)

14)Nabi telah bersabda yang kain jubah/seluar/kain pelikat yang melebihi buku lali kerana sombong akan disambar api neraka dan pelakunya tak kan bau syurga.

15)Para malaikat juga memakai kain hingga separuh betis bagi mengikuti sunnah baginda saw.

16)Pakai seluar adalah sunnah para sahabat nabi dan diriwayatkan bahawa manusia pertama pakai seluar ialah nabi ibrahim a.s.

17)Kopiah nabi dan sahabat melekat di kepala,yakni tidak tinggi dan ketat melekat hingga nampak bentuk kepala.tapi ketika bermusafir,nabi akan pakai kopiah yang tinggi tajam.

18)Nabi selalu pakai serban putih ketika bermusafir dan pakai serban hitam jika tak bermusafir.warna serban nabi yang dijumpai dalam riwayat ialah putih,hitam dan kuning cair.

19)Panjang serban nabi ialah 7 hasta panjang dan sehasta lebar.ada juga pendapat menyatakan panjangnya 12 hasta.dan serban nabi dinamakan 'sahaab' dan sunnah memakai serban dalam keadaan berdiri manakala pakai seluar pula sunnah dalam keadaan duduk.

20)Nabi ada pakaian khusus yang cuma dipakai pada hari jumaat,hari raya dan untuk sambut tetamu.









on Leave a Comment

Teori masa yang menakjubkan

Masa menjadi perlahan apabila kita bergerak dalam kelajuan yang menghampiri halaju cahaya. Masa yang dimaksudkan di sini bukanlah hanya masa seperti waktu yang terdapat di jam, tetapi merangkumi ke semua jenis masa. Seperti usia, keadaan dan sebagainya.

Antara teori yang paling menarik untuk diperbincangkan adalah berkenaan teori 2 orang kembar. Katakan seorang kembar menaiki sebuah pesawat superlaju ke angkasa lepas. Untuk beberapa tahun kemudian, manakala kembarnya lagi seorang berada di Bumi dan menjalani aktiviti kehidupan seperti biasa. Di angkasa, pesawat ini terus terbang selama beberapa tahun dalam kelajuan yang menakjubkan. Di atas pesawat ini tersedia makanan dan apa juga keperluan si kembar untuk hidup selama beberapa tahun. Suatu hari (selepas beberapa tahun), kembar yang menaiki pesawat ini pun terbang pulang semula ke Bumi untuk bertemu dengan kembarnya yang seorang lagi.

Mengikut teori 2 orang kembar, kembar yang berada di Bumi sudah pun menjadi seorang yang tua (kerana umurnya menjangkau sekitar 60 tahun), manakala kembar yang berada lama di angkasa lepas (dalam keadaan bergerak), masih lagi kelihatan muda (mungkin seperti seorang manusia berusia sekitar 20@30 tahun) walaupun usia mereka adalah sama.

Inilah menariknya teori masa yang diperkenalkan oleh Albert Einstein. Walaubagaimanapun, ini hanya sekadar teori yang dibuktikan benar melalui pengiraan matematik. Di dalam teori ini, halaju cahaya tetap malar (konstan@tetap) tetapi masa mengalami perubahan.

Untuk lebih penjelasan, bolehlah melihat video di youtube di bawah :


on 1 comment

Antara perkataan tersilap Dato' Jalal di Maharaja Lawak 2014

Perkataannya adalah :


  1. Sentiasa = Sentiasi
  2. Maharaja Lawak = Maharaja Lewak
Ini diakui sendiri oleh beliau. Walaubagaimanapun ianya adalah perkara biasa. Sedangkan lidah lagi terbelit.
on Leave a Comment

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 2015


Link live streaming Maharaja Lawak Mega 2015 ini disediakan oleh Pencuri Movie. Anda juga boleh memuat turun filem-filem terbaru di website pencuri movieDISINI.

untuk saksikan maharaja lawak mega online klik link dibawah. Cuba mana-mana link dibawah untuk menyaksikan Maharaja Lawak Mega secara live!


LINK LIVE STREAMING ASTRO WARNA HD
LINK LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2015
LINK LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 2
on Leave a Comment

4 tahun sudah berlalu

Semenjak aku tinggalkan tempat aku mencari rezeki tu, aku lebih tenang dan bahagia. Aku tak rasa kalau aku terus di sana, kesihatan aku akan bertambah baik....mungkin aku kene darah tinggi...mungkin aku kene stroke...

Siang tadi aku gi lagi cek darah. Tahap kolesterol aku tak pernah bertambah elok saban tahun. Semakin tinggi. Kali terakhir aku cek 2 tahun lepas. 6.7 mgMoll ape tah. Memang tinggi. Aku sepatutnya follow up 6 bulan selepas. Tapi aku dah sampai give up sebab tak mau turun jugak kolesterol walaupun dah gi gym, sampai nak dekat sado dah badan, kolesterol tinggi jugak...


Actually aku sangat sedih time-time macam ni. Pukul 12 ke atas. Aku teringat kisah pasal manusia sebelum jin, al-Hin. Selalu tengok bulan time-time sunyi. Aku memang sunyi. Sepi. Dah 15 tahun aku bertahan. Sedihnya...

Aku tak pandai nak tunjuk. Orang yang terpaksa faham diri aku. Sebenarnya kalau orang tu faham, dia pasti rasa bertuah. Sebab dia akan tahu bahawa aku sayang dia. Tapi setakat ni, tiada....

Aku dah 30 lebih dah cek oii. Nampak macam 20 tahun. Memang anugerah. Anugerah tak terhingga dari Ilahi. Tapi , kalau korang jadi diri aku, korang tau la cane. Sebab tu jangan mudah menghakimi (judge) manusia lain. Aku mungkin nampak sebaya budak Universiti, tapi pengalaman aku banyak wahai adik-adik sekalian. Aku tau yang tengah baca ni pun agak sinis dengan aku. Sejauh mana aku nampak muda. Cer korang tengok aku dulu. Jangan tanya umur aku dulu. Setakat ni, belum ada yang teka umur aku melebihi dari umur sebenar aku. Yang teka bertahun-tahun muda dari usia sebenar aku ramai la.  Tak percaya, bukan masalah aku.

Actually ni adalah kelebihan, since aku pun masih single. Ya, aku tak nafikan benda tu. Tapi selama mana? Selamanya? Alhamdulillah...


Sebenarnya aku rasa dah pun mengalami . Tangan aku. Dah mula mengalami. Sejak beberapa bulan lepas. Agak mengejutkan. Apakan daya, perkara ni tak dapat dielak. Jari-jemari mulai mengeras dan menguat. Memanjang dan menebal. Ya...tak dinafikan.

Aku rasa perempuan tak lah hebat. Aku rasa semua perempuan jiwanya sentimental. Mudah menyayangi dan mudah juga kecewa. Biasa je orang perempuan. Tak hebat sangat kot.

Hmm...itu je la kot. Takde bende...

Oh ya, seperkara lagi tentang diri aku. Aku ni boleh dikatakan agak cerdas jugak la. Aku dari sekolah menengah sains. result PMR aku semua A, satu je B. SPM semua kredit. Ade juga subjek-subjek yang A. Tapi, sejak menjejaki ke pengajian tinggi, masalah aku bermula. Aku pun selalu gagal dan masuk universiti dan kolej. Sehingga aku bekerja, barulah aku rasa stabil. Boleh belajar. Sekarang ni, aku hampir menamatkan ijazah. Dan diploma aku? Dah 3 tahun , interview kerajaan dan GLC, tak dapat...takdir aku begini...


Diploma dalam bidang kewangan. Sebab tu aku selalu bercerita. Aku nak berkongsi. Dan masalah paling besar sekali adalah, setiap kali aku merencanakan sesuatu yang hebat untuk memajukan diri aku, aku akan dibayangi ketakutan. Sebab dulu, ade sorang manusia ni, dia telah menyebabkan aku trauma. Memang dalam dunia ni, ada manusia yang betul , dan ada manusia yang salah. Dulu aku selalu rasa aku yang salah. Sebabnya, bila aku rasa aku buat betul, orang ramai akan kata aku salah, kerana orang ramai tu yang tak betul. Tapi aku tak tahu. Sekarang, aku dah mulai faham. Dan bila aku rasa aku betul, aku tetap BETUL!!
on Leave a Comment

Aku pencerita, aku tukang karut, dan akulah penyampai

Adakalanya berita dari aku dianggap remeh. Adakalanya juga pendapat aku diterima.Tidak tetap.

Orang lain tidak perlu menerima bulat-bulat. Malah nabi juga pernah berpesan agar berita yang disampaikan diselidik terlebih dahulu, especially dari orang-orang yang faasiquun atau munaafiquun.

Aku cuma manusia biasa. Tidak sempurna. Namun aku juga terpaksa berkata-kata, kerana setiap dari kita juga terlibat dalam penentuan takdir dan setiap peristiwa.

Jika semuanya betul, maka pasti tiada syurga atau neraka. Aku rasa aku bukan hanya menyampaikan berita fitnah. Cara dan niat aku dalam menyampai adalah untuk tarbiah.

Malang juga kalau tarbiah aku kepada kaum hawa disangkal oleh yang bukan dari kaum hawa. Kerana itu akan membantutkan segala ikhtiar.

Kepada bukan kaum hawa, aku ingin bertanya. Adakah korang tak kisah kalau milik korang dikongsi? Korang akan digelar dayus dan dikutuk oleh para malaikat kalau korang tak kisah. Tidak kiralah samada dikongsi secara rasa atau lihat. Kongsi juga nama nya.

Hawa itu akalnya kurang berbanding Adam. Jadi kerana itu penulisanku kebanyakkannya adalah usaha untuk mentarbiah. Semoga korang mengerti.
Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg