Постоянные читатели

on Leave a Comment









Mydin




PASARAYA Mydin hari ini menjelaskan keputusan untuk menyerap GST kerana mahu meringankan beban pelanggannya ekoran peningkatan kos sara hidup pada masa kini.



Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pelanggan tidak perlu risau kerana mereka masih boleh mendapatkan pelbagai barang pada kadar harga sama walaupun sistem percukaian itu mula dilaksanakan esok.



"Buat masa ini, kami akan menanggung GST kerana kami mahukan yang terbaik untuk semua pelanggan rangkaian Mydin, MyMydin dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).



"Jadi pelanggan tidak perlu panik dan boleh terus berkunjung ke Mydin untuk mendapatkan barangan keperluan mereka," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.



Beliau berkata, kebelakangan ini ramai kalangan pelanggan rangkaian pasar raya itu menyuarakan kebimbangan mereka terhadap pelaksanaan GST.



Ameer berkata, ada yang membuat pembelian secara panik kerana menyangka semua barangan di Mydin akan dinaikkan harga bermula esok.



"Saya ingin meyakinkan pelanggan, harga barangan kami akan seperti biasa, tidak perlu panik dan berbelanjalah seperti biasa," katanya.



Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggesa lebih ramai peniaga mencontohi Pasaraya Mydin yang memutuskan untuk menyerap enam peratus GST.



Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, langkah Mydin itu disambut baik kementerian kerana dapat membantu menjayakan inisiatif yang diambil kerajaan bagi mengukuhkan ekonomi negara.



Sementara itu, tinjauan Bernama di Pasaraya Mydin Jalan Masjid India mendapati urusan jual beli adalah seperti biasa dan tiada pembelian panik berlaku. - Bernama



Faizal (8)



from teaoais.com http://ift.tt/1Dk4BlB
on Leave a Comment

Drama Bencinta (TV3)





Drama terbaharu berjudul 'BENCINTA' akan disiarkan di slot Samarinda TV3. Sebuah drama terbitan Zeel Production, arahan Shuhaimi Lua. Fattah Amin dan Fatiya Latiff bergandingan sebagai teraju utama. Saksikan BENCINTA bermula 31 Mac 2015, setiap hari Selasa hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3.



JUDUL : BENCINTA

EPISOD : 15 episod

TARIKH / MASA : 31 Mac 2015 (Selasa-Khamis, 10.00 malam)

SIARAN : Slot Samarinda TV3

SKRIP : Mufid Shuhaimi

PENGARAH : Shuhaimi Lua

TERBITAN : Zeel Production

PELAKON : Fatiya Latiff, Fattah Amin, Bella Dally, Erwin Dawson, Nazeera Sardi, Dato’ Eizlan Yusoff dan Amy Mastura, Sabrina Ali, Abdul Rahman Suud, Azri



WATAK PELAKON

Fatiya Latiff sebagai Nabila

Fattah Amin sebagai Nabil

Bella Dally sebagai Aishah

Erwin Dawson sebagai Adam

Nazeera Sardi sebagai Natasya

Dato’ Eizlan Yusof sebagai Datuk Majid

Amy Mastura sebagai Datin Maria

Sabrina Ali sebagai Maimunah

Azri sebagai Ikmal



LAGU TEMA / OST BENCINTA

Lagu : Kisah Kita

Artis : Nieyl Mentor feat Sabhi Saddi

Link : http://ift.tt/1FbkutE



VIDEO PROMO





SINOPSIS DRAMA BENCINTA



Mengisahkan tentang Nabil (Fattah Amin) yang menjadi anak yatim piatu selepas ibunya meninggal dunia pada usia 10 tahun. Mak saudaranya, Maimunah (Sabrina Ali) telah menghantar Nabil ke rumah anak yatim kerana menganggapnya sebagai seorang yang sial. Di sana, Nabil berkawan rapat dengan Aishah (Bella Dally) dan Ikmal (Azri). Sifat kepimpinan Nabil terserlah sejak kecil.



Selepas setahun, Nabil menjadi anak angkat kepada Majid (Dato’ Eizlan Yusof) dan Maria (Amy Mastura) yang tidak dikurniakan cahaya mata setelah sekian lama berkahwin. Walaupun hanya anak angkat, Nabil ditatang seperti minyak yang penuh oleh Maria. Majid pula sering membawa Nabil ke pejabatnya kerana mahu mendidiknya sebagai waris syarikatnya sejak usia muda lagi.



Tidak lama kemudian, Maria telah mengandung. Malangnya, Maria meninggal dunia selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Nabila (Fatiya Latiff). Maria telah meninggalkan amanat kepada Nabil supaya menjaga Nabila dan mengahwini Nabila apabila mereka berdua dewasa nanti.



Nabil menjaga Nabila dengan penuh kasih sayang. Namun, sikap Nabil yang terlalu mengongkong telah menyebabkan Nabila mula memberontak dan bencikan Nabil. Lalu, Nabila yang mendahagakan kebebasan telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Nabil tidak bersetuju tapi dia terpaksa akur kerana Majid telah memberikan kelepasan kepada Nabila.



Nabila mengambil jurusan perniagaan kerana dia mahu mengambil alih perniagaan ayahnya dari jatuh ke tangan Nabil. Nabila telah bercinta dengan Adam (Erwin Dawson) namun mereka terpaksa berpisah apabila Adam dipanggil pulang oleh keluarganya selepas tamat pengajian. Nabila dan Adam berjanji akan jumpa di Malaysia dan tidak akan putus hubungan.



Nabil berjumpa semula dengan Aishah dan Ikmal. Aishah masih memendam perasaan terhadap Nabil. Aishah mengambil peluang memenangi hati Nabil selepas berjaya mendapat jawatan sebagai pembantu peribadi kepada Nabil. Kemunculan Natasya (Nazeera Sardi) sebagai klien Nabil telah menggugat perasaan Aishah. Natasya seorang wanita korporat yang lincah, tidak segan silu menggoda Nabil walaupun dalam urusan rasmi.



Selepas tamat pengajian, Nabila pulang dengan tekad dan azam baharu. Suasana di rumah sudah berbeza kerana Nabil yang lebih berkuasa. Nabil yang mengatur semua urusan memandangkan Majid sudah uzur. Nabila hanya bersabar dengan Nabil demi menjaga hati ayahnya. Kebencian Nabila terhadap Nabil bertambah apabila hanya diberikan jawatan biasa dalam syarikat ayahnya.



Pertemuan semula Adam dan Nabila membibit semula cinta mereka. Nabila sering pulang lewat. Majid mula risau dan mahu Nabil mengawal cara hidup Nabila. Majid ingin menyatukan Nabil dan Nabila. Nabila terima Nabil dengan berat hati kerana tidak ingin syarikat keluarganya menjadi milik mutlak Nabil sekiranya dia tidak berkahwin dengan Nabil.



Selepas berkahwin, Nabila masih berjumpa dengan Adam tanpa menghiraukan perasaan suaminya. Nabil telah menyiasat tentang Adam. Akhirnya, Nabil menunjukkan bukti bahawa Adam telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Walaupun begitu, Nabila tetap bersikap dingin terhadap Nabil malah dia berpihak kepada Adam yang terpaksa berkahwin demi menyelamatkan syarikat ayahnya.



Nabil dan Nabila sering bertengkar pasal Adam. Nabila pula menyerang Nabil kerana Natasya sering mendampingi Nabil. Suatu hari, Nabila yang tidak dapat mengawal kemarahannya telah mengatakan syarikat tidak memerlukan Nabil kerana dia boleh uruskan sendiri. Oleh kerana tercabar dengan kenyataan Nabila, Nabil telah meletak jawatan dan menghilangkan diri.



Apakah Nabila akan bahagia selepas Nabil mengundurkan diri? Apakah yang akan berlaku seterusnya?



GAMBAR PELAKON



















































from InfoTaip http://ift.tt/1Fbkw4H
on Leave a Comment

Filem Chappie

Pada mulanya aku tidak bercadang untuk berkongsi tentang Filem Chappie ini. Tetapi apabila kesan penceritaan Chappie yang kerap membayangi pemikiran aku selepas menonton, maka aku berubah fikiran. Filem Chappie mempunyai jalan cerita yang ringan namun padat dengan babak aksi dan jalan cerita yang menyeronok. Aku akan review dan spoil cerita Chappie ini dengan lenggok bahasa paling mudah dan ringkas supaya mudah dihadam.


Chappie cuba meletakkan peledak pada robot Moose.
Chappie merupakan salah sebuah robot polis bernombor 22 yang bertugas untuk membanteras jenayah. Robot polis ini dicipta oleh Deon (lakonan Dev Patel) untuk kegunaan polis. Robot nombor 22 (Chappie) ini telah mengalami kerosakan teruk ketika bertugas dan perlu dihapuskan kerana kerosakan yang teruk.

Chappie dilatih oleh sekumpulan samseng untuk tujuan jenayah.
Deon yang kebetulan berjaya mencipta program/perisian baru untuk robotnya mengambil peluang ini untuk install program/perisian pada robot 22 ini. Kebetulan semasa Deon hendak install perisian baru pada robot 22 ini dia telah diculik oleh sekumpulan samseng. Pemasangan perisian baru ke atas robot 22 berjaya  dilakukan pada tempat tinggal kumpulan samseng itu. Program yang dipasang pada robot 22merupakan suatu perisian yang menjadikan robot 22 boleh berfikir seperti manusia dan juga mempunyai perasaan seperti manusia. Namun ianya perlu dilatih kerana robot yang dipasang dengan program ini akan bersifat seperti bayi selepas diinstal program yang baru dicipta Deon ini. Tetapi robot ini berupaya belajar sangat cepat berbanding manusia. Robot 22 diberikan nama Chappie oleh salah seorang samseng disitu.
Kumpulan samseng ini telah melatih Chappie untuk melakukan beberapa teknik menyerang untuk tujuan jenayah. Chappie semakin pintar dan hubungan kekeluargaan makin tersemai dengan kumpulan samseng itu.
Dipenghujung cerita, Chappie telah berjaya menemui satu teknik untuk memindahkan kesedarannya ke badan robot yang lain memandangkan badan Chappie yang asal telah kehabisan bateri akibat kerosakan yang berlaku semasa tugas untuk polis suatu ketika dahulu. Kepintaran ini bukan sahaja dapat dilakukan untuk memindahkan kesedarannya, malah ia digunakan untuk memindahkan kesedaran Deon yang cedera teruk ditembak oleh robot Moose.
Pada aku, cerita Chappie lebih mempromosikan kasih akung kekeluargaan cumanya ia diolah dalam bentuk Filem Sains Fiksyen. Babak dimana ‘ibu’ kepada Chappie mati ditembak betul-betul menyayat hati penonton wayang yang mulanya tak kering gusi dengan aksi dan telatah Chappie.
Secara keseluruhan, aku bagi 5 bintang kepada Filem Chappie ini kerana jalan cerita yang memberi kesan dan pengajaran kepada kita tentang kasih akung antara manusia tidak kira samseng atau siapapun termasuk robot.


on Leave a Comment

Pendirian aku tentang kes ragut

Bila terjadi kes ragut, akan ada 2 pendapat iaitu yang akan cakap peragut tak perlu dibelasah dan yang satu lagi akan kata memang patut dibelasah.

 Pada aku, peragut memang patut kena belasah pun. Tapi jangan sampai parah atau mati. Kalau kau tak belasah dia sampai lembik, nanti kau yang lembik. Peragut selalu meragut mase dia dah naik 'seh' sebab tak dapat 'ubat' ketagih yang sendiri cari. Menyusahkan masyarakat punya manusia. Dan kalau kau tak berjaya 'lembikkan' dia, aku takut kau yang mati. Mat pit mane peduli ape dah. kalau dia bersenjata, memang habislah kau.

Aku bukan nak kutuk, maki atau ape. Tapi takkan korang tak terfikir atau kesian kepada manusia-manusia tak berdosa yang sejak dari dulu terkorban tanpa pembelaan sejak kes ragut ni mula menjadi fenomena. Takat belasah sikit-sikit pun dah'bunyi'? Yang orang lain kehilangan ibu, isteri dan sebagainya tu, bagaimana? Ape halll....

Dah lembik, baru la hantar kat pihak berkuasa. Begitulah prosedur sebenar yang aku rasa patut dilakukan apabila berhadapan dengan kes ragut macam ni. Jangan bercakap itu dan ini kalau tak berlaku di depan mata. Yang tak nak peragut kena belasah ni pada aku mungkin takkan berbuat apa-apa pun kalau tiba-tiba berlaku kejadian seumpama ni di depan mata. Sebab dia takut peragut tu teruk kena belasah...

Lagipun aku memang benci ngan mat pit. Sebab aku penah kene penampar dengan mat pit tak sedar diri. Umur muda tapi rase diri tu lagi tua. Haram jadah sungguh. Bukan aku nak bangga sebab tak pernah ambil 'benda' tu, tapi memang terbukti benda tu lah yang selalu menyebabkan bencana kepada orang lain. Kasihan kau tahu??
on Leave a Comment

Tonton Online Karok La Kau Episod 10






Menampilkan seramai 78 orang selebriti berentap antara satu sama lain di pentas karaoke yang luar biasa. Dihoskan oleh Faizal Ismail dan Hanif EraFM.



from teaoais.com http://ift.tt/1N1n9tz
on Leave a Comment

Tonton Online Cinta Ibadah Episod 140






Kehidupan Siti dan Hafiz sekeluarga yang bahagia mulai goyah apabila Siti disahkan menghidap penyakit barah. Tidak mahu suaminya mengesyaki perkara sebenar, Siti mencari pengganti semasa dalam rawatan.







from teaoais.com http://ift.tt/1ChR0KF
on Leave a Comment

Tonton Online Cinta Ibadah Episod 139






Kehidupan Siti dan Hafiz sekeluarga yang bahagia mulai goyah apabila Siti disahkan menghidap penyakit barah. Tidak mahu suaminya mengesyaki perkara sebenar, Siti mencari pengganti semasa dalam rawatan.







from teaoais.com http://ift.tt/1B9X3gc
on Leave a Comment

Tonton Online Ini Malam Kita Punya Episod 6





Rancangan bual bicara yang di hoskan oleh Nabil Ahmad yang akan mengetengahkan sketch lawak dan temu bual bersama artis-artis terkenal Malaysia.



from teaoais.com http://ift.tt/1B9X3wJ
on Leave a Comment

Tonton Online Orang Gaji Pontianak (2015)






Demi kerana ingin menjadi seorang manusia biasa, Ponty harus berkahwin dengan lelaki berketurunan Kerabat Riau Lingga seperti Reza maka pertama sekali Ponty berusaha untuk menjadi orang gaji di rumahnya.



Pelakon : Jihan Muse, Uqasha Senrose, Josiah Hogan, Sheila Mambo, A Wahab Ismail



from teaoais.com http://ift.tt/1xVxe2m
on Leave a Comment

Tonton Online Bila Hati Telah Hitam Episod 1






Bila Hati Telah Hitam adalah Kisah atau topik yang permasalahan dalam masyarakat yang berkaitan dengan tanda-tanda hati yang telah hitam atau kotor.



from teaoais.com http://ift.tt/1xVxePK
on Leave a Comment

Tonton Online Ye Ke?! Episod 4






Program rakaman yang membincangkan tentang isu-isu serta gosip terkini artis jemputan tanah air akan dihoskan oleh dua pengacara iaitu Ogy Ahmad Daud dan AG Hot FM.



from teaoais.com http://ift.tt/1xVxdvc
on Leave a Comment

Watch Asias Got Talent Episod 2






Billed as the biggest talent competition in the world, Asia's Got Talent will feature some of the region's most incredible performing artists as they compete to take home the coveted winning tit



Subtitle: Bahasa Melayu & English (Foreign Parts)



from teaoais.com http://ift.tt/1xVxcYk
on Leave a Comment

Watch Asias Got Talent Episod 1






Billed as the biggest talent competition in the world, Asia's Got Talent will feature some of the region's most incredible performing artists as they compete to take home the coveted winning tit



Subtitle: Bahasa Melayu & English (Foreign Parts)



from teaoais.com http://ift.tt/1xVxcYb
on Leave a Comment

Tonton Telefilem Talak (2015) Festival TV3






Badrul (Fizo Omar) amat mencemburui persahabatan isterinya Yasmin (Diana Danielle) dengan kawan baik isterinya, Mukhriz (Fadzil Zahari) yang sama-sama bekerja di sebuah syarikat penerbangan sebagai anak kapal. Badrul sukar menerima keakraban mereka.



Oleh itu, Badrul meletakkan syarat kepada Yasmin jika salah seorang daripada mereka meniduri orang lain maka terjatuh talak. Yasmin benar-benar terkejut dengan syarat suaminya sedangkan Yasmin setia sebagai isteri. Badrul menjadikan syarat itu sebagai sebuah ugutan kepada isterinya supaya isterinya setia dan pada masa yang sama mahu menunjukkan dirinya lebih baik dari isterinya.



Pelakon: Fizo Omar, Diana Danielle, Fadzil Zahari, Reen Rahim, Hafreez Adam



from teaoais.com http://ift.tt/1xVxcHN
on Leave a Comment

Tonton Online Teman Lelaki Upahan Episod 25






Disebabkan ingin memastikan perniagaan ayahnya menjadi miliknya, Kyra perlu berkahwin sebelum semua harta ayahnya diserahkan kepadanya. Malangnya, teman lelaki Kyra memutuskan perhubungan disaat akhir. Disebabkan terdesak, Kyra mengupah EL menjadi teman lelakinya walaupun dari awal lagi mereka sering bertikam lidah. Kyra Lydia juga berdendam pada ayahnya kerana baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. Walaupun EL mempunyai masalah dengan Kyra, EL mahu membantu Kyra untuk mengenal erti kekeluargaan.



from teaoais.com http://ift.tt/1xVxcre
on Leave a Comment

Tonton Drama Suami Sebelah Rumah Episod 13






Sebuah drama komedi mengisahkan Eryna, yang perlu mengahwini seorang lelaki yang tidak pernah dicintainya, Amar. Tanpa pengetahuan ibu bapanya, Amar telah dipaksa Aryna untuk tinggal berasingan.



from teaoais.com http://ift.tt/1xVxa2B
on 1 comment

Kalau budak-budak lagi tak payah kerja la. Menyusahkan customer je....

Nasihat aku kepada budak-budak bawah umur 30 tahun agar diorang ni tak payah kerja la. Buat benda lain lagi bagus. Duduk umah tolong mak ayah ke apa yang patut.

Golongan macam ni biadap sikit. Marah-marah customer. Orang perak cakap 'bengkeng' .Orang Melayu cakap 'samseng'.

Duit nak tapi keje macam HARAM . Especially yang keje kat tempat yang tak payah ape-ape kelulusan sangat .Contohnya kat pawagam-pawagam, stesyen minyak, kiosk-kiosk, tempat tukar mata wang asing, restoran makanan segera macam McD dan KFC,  banyak lagi la. Tak tersebut aku..

Diorang ni emosi belum stabil lagi. Jiwa kacau. Tu yang suke marah-marah customer tu. Customer yang lebih tua macam aku ni pun kena marah. Sebab tu aku kate BIADAP.

Tiru macam aku. Baik je sifat. Siap bagi teguran membina lagi.

Kalau nak gaduh boleh je. Tapi kalau muke kau pecah kau nak ngadu kat bapak kau la, kat abang kau la, kat geng kau la. Tah-tah bapak ngan abang kau pun tak sokong kau, hahaha.  Geng kau pun berani sebab ramai je. Kalau kau eksiden moto mati katak tengah jalan 'time' tengah 'rushing' dengan polis, mayat kau terbiar jugak kat situ. Mati hidup bersama sangat la katakan.


Memang ade jugak yang dah baye pakcik makcik pun masih kepala angin marah tak tentu pasal. Tapi takkan kau nak panggil dia biadap? Dia otai bhai...kau tu yang biadap kau tak sedar.


Lagipun kes-kes macam ni kes terpencil je. Kes-kes masalah jiwa macam korang yang berlambak sebenarnya.

on Leave a Comment

Drama Bila Hati Telah Hitam




Drama bersiri terbaharu yang bakal menggantikan drama bersiri Tanah Kubur yang berjudul Bila Hati Sudah Hitam. Drama yang sarat dengan mesej dan pengajaran. Membariskan pelakon-pelakon seperti Ajak Shiro, Amar Baharin, Kila Fairy, Amyza Adnan, Haida Moin, Hasnul Rahmat, Shila Mambo dan ramai lagi. Drama dibawah terbitan Radius One arahan Shahrul Ezad Mohameddin. Akan menemui penonton mulai 20 Mac 2015, pada setiap hari Jumaat pukul 7:30 malam di saluran Astro Oasis dan juga Maya HD.



JUDUL : BILA HATI TELAH HITAM

EPISOD : 13 episod

TARIKH : 20 Mac 2015 (Setiap Jumaat, 7.30 malam)

SIARAN : Astro Oasis (106) dan Maya HD (135)

PENGARAH : Shahrul Ezad Mohameddin

TERBITAN : Radius One Sdn Bhd

PELAKON : Ajak Shiro, Amar Baharin, Kila Fairy, Amyza Adnan, Haida Moin, Hasnul Rahmat, Shila Mambo, Ieda Moin, Makcik Merry (Noryati Taib), Uncle Burn



LAGU TEMA / OST BILA HATI TELAH HITAM

Sujudku nyanyian Nadia Aqilah



VIDEO PROMO




SINOPSIS BILA HATI TELAH HITAM

Kisah atau topik yang permasalahan dalam masyarakat yang berkaitan dengan tanda-tanda hati yang telah hitam/kotor.



EPISOD 1 – BARAN

Sham di kenali sebagai seorang yang sangat baran. Dia mudah marah dan melenting memaki hamun sesiapa saja. Tak kiralah rakan niaga ataupun para pelanggannya



EPISOD 2 - TAMAK

EPISOD 3 – BUSYBODY









from InfoTaip http://ift.tt/1MT2QMP
on Leave a Comment

Telemovie Talak (TV3)




Telefilem sempena Drama Festival Kuala Lumpur diteruskan dengan drama bertajuk 'TALAK'. Lakonan Fizo Omar, Diana Danielle, Hafreez Adam dll. Saksikan pada hari Ahad ini, 22 March pukul 10 malam di TV3.



JUDUL : TALAK

TARIKH : 22 March 2015 (10.00 malam)

SIARAN : Slot Festival TV3

SKRIP : Nana Khalil

PENGARAH : Kas Roshan

TERBITAN : Creative Skill Solution

PELAKON : Fizo Omar, Diana Danielle, Hafreez Adam, Reen Rahim, Fadzil Zahari



VIDEO PROMO




LAGU TEMA / OST TALAK

Terbaik Bagiku oleh Dato Siti Nurhaliza



SINOPSIS TELEFILEM TALAK

Badrul amat mencemburui persahabatan isterinya Yasmin bersama Mukhriz, telah menimbulkan spekulasi kemungkinan Yasmin dan Mukhriz mempunyai hubungan lain yang tidak diketahui oleh Badrul.










from InfoTaip http://ift.tt/1AKLqw1
on Leave a Comment

Lagu OST Ajaibnya Cinta




Lagu tema untuk drama bersiri Ajaibnya Cinta dinyanyikan oleh Sa-Orang Lelaki. Komposer lagu dan senikata oleh Pitahati. Keluaran Luncai Emas Sdn Bhd. Dengarkan lagu ini dalam drama Ajaibnya Cinta bersiaran di slot Lestary TV3.



LAGU TEMA / OST AJAIBNYA CINTA






Lirik Lagu Ajaibnya Cinta oleh Sa-Orang Lelaki



Aku adalah seorang lelaki

Lelaki yang mudah merasa cinta

Pabila ada wanita yang cantik di depanku

Membuat hatiku tertawan



Engkau wanita harus bersedia

Saat dipuji dan digoda

Kerna aku tidak bisa menahan rasa ini

Rasa ini yang membingungkan jiwa



Wanita harus disentuh

Ditempat yang istimewa

Namun tempat itu hanya untuk yang dewasa

Di manakah tempat itu yang membuat wanita suka

Sudah tentulah di hatinya



Wanita harus disentuh

Ditempat yang istimewa

Namun tempat itu hanya untuk yang dewasa



Di manakah tempat itu yang membuat wanita gila

Sudah tentulah di hatinya



Aku memang pernah merasa kan cinta

Namum kali ini amatlah berbeza

Baru sekarang hati aku sadari

Betapa ajaibnya cinta







from teaoais.com http://ift.tt/18LxvhU
on Leave a Comment

Tonton Telemovie Girlfriend Aku Dari Neraka

TONTON ONLINE DOWNLOAD FULL DRAMA GIRLFRIEND AKU DARI NERAKA EPISOD 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 AKHIR SINOPSIP OST








JUDUL : GIRLFRIEND AKU DARI NERAKA

TARIKH : 14 Mac 2015 (10.00malam)

SIARAN : Astro Ria & Maya HD

PENGARAH : -

PELAKON : Aiman Hakim Ridza, Ayda Jebat, Sharifah Sakinah, Aidit Sharifah Shahora



SINOPSIS GIRLFRIEND AKU DARI NERAKA



Kisah Rudi yang telah menjalinkan hubungan kekasih bersama Tasha, atau lebih dikenali sebagai "Girlfriend Dari Neraka".







from teaoais.com http://ift.tt/1H6vU52
on Leave a Comment

I wanna live a real life. I don't wanna dream any longer..

Jika orang bertanya 'apa yang kamu inginkan di dalam hidup ini'. Aku akan jawab 'aku mahukan hidup yang sebenar. Dan aku tak mahu bermimpi lagi'. Ya, ini lah apa yang aku mahu. Sesuatu yang dinamakan 'kehidupan'. Kerana aku sekarang terpenjara.

Aku sukar menemui akan maksud sebenar kebahagiaan. Dulu aku pernah ke Krabi, Thailand. Pantainya cantik. Pasirnya halus dan putih sekali. Tak pernah aku lihat pantai yang seumpamanya.

Air laut jernih sekali. Mereka bekerja di pantai, dengan membawa pelancong menaiki bot mengelilingi pulau-pulau yang indah. Lalu aku berkata pada diriku ' inikah yang dinamakan kehidupan'? Ya. Mungkin juga. Kerana orang-orang di sana sangat peramah. Juga baik hati. 

Kehidupan ku di sini jauh berbeza. Bila aku lihat budak-budak remaja di sini. Aku dapat rasakan mereka terpenjara. Mencari hiburan dengan cara menggadai nyawa. Amat kurang bijak. Atau boleh ku katakan, ianya tindakan yang memang sangat tidak bijak. Tetapi itulah hakikatnya. Pentingkan diri, suka memberontak dan kadang-kadang menyusahkan masyarakat.

Zaman remaja ku mungkin dah berlalu. Aku dah melepasi 3 dekad kehidupan di dunia. Aku cuba ingat kembali zaman remaja ku. Memang jauh berbeza. Kerana aku bukan dari keluarga yang porak-peranda. Salah satu faktor yang aku rasa sebagai penyebab masalah budak-budak sekarang. Aku tahu, bahawa di mana-mana sahaja tempat di dunia ini, ada sahaja remaja yang berperangai sebegitu. Tetapi bagiku, di sini mungkin lebih nyata. Di sini, masalah remaja amat ketara. Hanya hukuman yang lebih berat sahaja yang mungkin mampu mengubah situasi ini. Kerana manusia tidak pernah tahu, sehinggalah dia merasainya sendiri, apa itu kehidupan...
on Leave a Comment

Wayang The Gunman Penuh Debaran










sean


Selepas kejayaan filem ‘Taken’ yang mendapat perhatian peminat-peminat filem aksi beberapa tahun dahulu, pengarahnya, Pierre Morel, tampil dengan filem terbarunya, ‘The Gunman’. Masih memilih genre aksi, pengarah kelahiran Perancis ini cuba memberikan kelainan melalui babak aksi yang lebih solid kepada penonton yang menggemari filem-filem dari genre sebegini.



Meski jalan ceritanya agak klise dan mungkin tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan filem-filem aksi Hollywood lain sebelum ini, filem yang bakal menemui penonton pada 26 Mac ini tetap mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Kisah adaptasi daripada novel terlaris, The Prone Gunman’, karya Jean Patrick Manchette (2002) ini divisualkan dengan Pierre dengan cukup menarik.



Elemen aksi dan suspen bergantian sepanjang jalan cerita membuatkan penonton merasa terikat untuk mengetahui apakah yang terjadi pada hujung cerita. Sementelah dengan kehadiran pelakon aksi senior seperti Sean Penn tentunya memberi kelebihan yang tersendiri kepada filem ini.



‘The Gunman’ mengisahkan tentang Jim Terrier (Sean Penn), bekas anggota tentera dari skuad khas yang kemudiannya bergelar pembunuh upahan. Tidak mahu terus mempertaruhkan nyawanya dalam keadaan bahaya, Jim memutuskan untuk membina kehidupan baru bersama teman wanitanya, Annie (Jasmine Trinca). Dia cuba menyelesaikan tugasan terakhirnya dengan baik dan sempurna agar hasratnya untuk meninggalkan organisasi yang disertai itu berjalan dengan lancar.



Bagaimanapun, hasrat Jim untuk mengundurkan diri itu mendapat tentangan rakan-rakan sepasukannya. Malah mereka juga merancang konspirasi agar rancangan Jim untuk meninggalkan organisasi mereka tidak menjadi kenyataan. Jim difitnah dan kemudiannya terpaksa berdepan misi baru dalam usaha untuk membersihkan namanya kembali.



Situasi itu memerlukan Jim menjelajah sehingga ke Eropah untuk mencari kebenaran. Dia bukan sahaja memburu tetapi juga diburu. Lebih malang, teman wanitanya juga dijadikan sasaran kerana dirinya.



Untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku ke atas Jim, jangan ketinggalan untuk menonton filem ini di pawagam yang berdekatan.



Faizal (7)



from teaoais.com http://ift.tt/1Gcrki3
on Leave a Comment

Artis Faezah Elai Bimbang Dengan Penampilan Baharunya










Faezah Elai


BARU-baru ini, tiga selebriti cantik, Rozita Che Wan, Hanis Zalikha dan Elfira Loy, telah membuat keputusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dari segi penampilan.



Penghujung minggu lalu, pelakon terkenal, Faezah Elai mencuri perhatian apabila media melaporkan bahawa aktres ini juga tampil bertudung.



Usai penyebaran berita itu, isteri kepada pengarah terkenal, Heykal Hanafiah, ini turut menulis sesuatu di laman sosial, Instagram miliknya seakan mengesahkan perkara itu.



"Saya terima banyak pesanan di WhatsApp dan pesanan ringkas hari ini (Jumaat). Saya mintak maaf banyak-banyak, bukan tidak mahu membalasnya tapi bimbang nanti tersalah bicara, riak bunyinya.



"Sudah tiga minggu saya hidup macam ini dan rasa tenang sangat. Alhamdulillah. Bagi saya sedikit masa, nanti saya balas bila masa sudah tiba sebab saya tak ada cerita menarik yang nak dikongsi.



"Terima kasih pada yang mendoakan dan saya maafkan pada yang menghina. Semoga Allah merahmati kita. Allahuakbar," katanya yang turut menggambarkan bahawa dia kini sedang berada di Pulau Pinang.



Sebelum ini, Faezah pernah membawakan watak wanita bertudung di dalam lakonannya termasuk Memberku Hawa, Asmara dan Cinta Sempurna.



Malah, ketika membawa watak berkenaan, pelakon ini memberitahu akan sentiasa menjaga batas dan pemakaian yang sopan untuk memastikan maruah wanita bertudung terjaga.



"Saya tiada masalah untuk membawa watak bertudung. Kebiasaannya apabila saya diarahkan untuk membawa watak wanita bertudung, saya akan pastikan pemakaian saya adalah pakaian sebenar wanita bertudung dan tidak mendedahkan mana-mana aurat.



“Malah, bukan sahaja dari segi pemakaian, malah saya sendiri menitik beratkan supaya watak wanita bertudung itu menjaga batas apabila bersama dengan lelaki supaya tidak bersentuhan,” katanya sebelum ini.



faizal (6)



from teaoais.com http://ift.tt/1FoONy1
on Leave a Comment

Tutorial copy paste kod HTML di blog


  1. Klik butang kiri tetikus dan highlight ke semua kod di bawah.
  2. Klik butang kanan tetikus dan pilih 'copy'
  3. Pergi ke www.blogger.com
  4. Klik 'create new post'
  5. Klik di HTML
  6. Tulis tajuk entry 'Tutorial copy paste kod HTML di blog'
  7. Klik 'publish'
Done.



on Leave a Comment

Artis Ummi Aida Rancang Ambil Anak Angkat










umie


Melewati usia yang mencecah ke angka 41 tahun pada 18 Januari lalu telah mematangkan diri selebriti wanita ini. Bukan sahaja gaya dan pertuturan malah Datin Paduka Umie Aida juga mengakui pendapat dan tindakannya menanggani liku-liku hidup juga semakin matang.



Dalam meniti kehidupan sehariannya, pelakon filem 'Embun' ini mengakui kian sunyi dek dua anaknya yang sudah besar dan mempunyai kehidupan sendiri. Terdetik dihatinya untuk mempunyai anak lagi bagi mengubat kerinduannya.



"Saya terlalu sukakan budak-budak tetapi inilah dugaan untuk saya. Allah tidak memberikan saya zuriat dan kami masih belum ada rezeki untuk itu. Lagipun doktor beritahu saya ada penyakit dan peluang untuk mengandung itu agak sukar. Alhamdulillah saya reda dengan ujian ini dan mungkin Allah ingin menguji untuk melihat sejauh mana kesabaran saya. Saya juga tidak tertekan memikirkan tentangnya," ujarnya lagi yang kini sibuk membuat persediaan untuk memulakan sebuah perniagaan yang masih dirahsiakan.



Disebabkan itu, Umie juga mendedahkan bahawa dia merancang untuk mengambil seorang anak angkat jika suami mengizinkannya dalam masa terdekat ini.



"Saya ada dua anak tetapi anak-anak saya sudah dewasa. Mereka sudah ada kehidupan sendiri dan kadangkala saya sunyi. Suami pula sibuk bekerja. Saya sedang memujuk suami untuk mengambil seorang anak angkat dan jika dia izinkan, insyaAllah semua akan menjadi kenyataan. Itu pun jika mendapat keizinannya.



"Lebih kurang dua atau tiga tahun lalu, saya pernah menjaga seorang kanak-kanak lebih kurang seminggu. Tetapi kerana kurang mendapat kebenaran dari suami, saya batalkan niat itu. Disebabkan terlalu sukakan budak-budak, saya rapat dengan anak-anak buah," ujar Umie yang kerap berkunjung ke rumah kebajikan atau menghabiskan masa bersama anak-anak yang memerlukan jika punya kesempatan.



Sumber ini dipetik daripada wartawan majalah media hiburan.



FAizal (5)



from teaoais.com http://ift.tt/1EEHdjU
on Leave a Comment

Anggota Kongsi Gelap Maut Ditembak Polis










Polis tembak mati anggota kongsi gelap


Seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai anggota kongsi gelap maut ditembak polis selepas berbalas tembakan di Lencongan Barat, Bandar Laguna Merbok .



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata dalam kejadian kira-kira jam5.30 petang itu, K.Sujenthiran, dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap 35, bertindak melepaskan tembakan sejurus sepasukan polis cuba menghampiri kenderaan suspek.



Beliau berkata kejadian berlaku ketika sepasukan polis dari Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang yang melakukan rondaan terserempak dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna hitam yang dipandu lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.



"Ketika itu anggota polis keluar dari kenderaan dan memberi amaran kepada suspek. Selepas itu terdengar beberapa das tembakan dari dalam kenderaan suspek sebelum berlakunya tembakan balas oleh polis," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.



Beliau berkata suspek itu, yang berasal dari Taman Bandar Baharu, Sungai Lalang, Bedong di sini, menggunakan sepucuk pistol semi auto buatan Republic Czech jenis Luger kaliber 9mm.



Mohd Nashir berkata lelaki itu merupakan suspek utama yang dikehendaki berhubung penemuan mayat dengan kesan tembakan di kepala di Ladang Kelapa Sawit, Sidam Kiri di sini pada 16 Sept tahun lalu.



Beliau berkata polis juga mengesyaki suspek yang tidak bekerja dan terlibat dalam pengedaran dadah turut terlibat dalam satu lagi kes bunuh di Kota Setar serta kes membakar motosikal. - Bernama



FAizal (3)



from teaoais.com http://ift.tt/1EEHdR4
on Leave a Comment

Cara Terbaharu Jana Elektrik Diperkenalkan -TNB










TNB perkenal kaedah baharu penjanaan elektrik


SEBUAH anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu TNB Research Sdn Bhd begitu optimis dengan projek perintis Sistem Fotovoltan Tersambung Grid Terapung sebagai alternatif baharu kuasa elektrik.



Projek itu juga mendapat kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi menyokong kepentingan bekalan air negara.



Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie berkata, ia merupakan satu inovasi baharu kepada sektor tenaga boleh diperbaharui dengan perbelanjaan RM3.16 juta untuk projek itu.



“Dana digunakan ini daripada Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE). Pembinaan sistem baharu ini di atas permukaan air dijangka dapat meningkatkan penjanaan kuasa elektrik berasaskan tenaga boleh diperbaharui.



“Ia juga penyelesaian alternatif bagi mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dalam sektor penjanaan elektrik,” katanya pada majlis perjanjian antara TNB Research dengan KeTTHA di Bangi,.



Katanya, tempoh perjanjian tersebut berlangsung selama 20 bulan bermula dari Mac ini hingga Oktober depan.



“Hasil inovasi ini kelak dapat memaksimumkan penggunaan permukaan kawasan berair serta menggelakkan penebangan pokok secara tidak terkawal,” katanya.



Faizal (1)



from teaoais.com http://ift.tt/1EEHcN3
on Leave a Comment

Some script from.... Vanilla Sky...




Mysterious voice : Open your eyes....

Creepy face of Julie Giannie freaks Aames out as he opened his eyes. He stunned. Suddenly it turned to be Sophia.

Sophia : This is a cheap ploy for sympathy.

David Aames : I'm okay...I'm okay...


Sophia : And it works. Get up. Uhh...(sound of Sophia felt burden of carrying Aames up from his laid). I agree....

David Aames : This is a joke..(speak in a lower voice)

Sophia : David, I'm not gonna lie to you. I like the way you look. But...you have to put it all together. Because if not, I forget the other guy. You know that other guy? You!

David Aames : I'm still that guy...I'm still that guy

Sophia : Listen...I don't have a mother saving my bone in my back. It's not about that. You are coming with me. But if this turns to be a big a mistake, I do have the ability to fall other love (she snaps her finger) like that...

David Aames : I'm still that guy...

Sophia : Shut up..

David Aames : [Speak to himself as they were walking together] We create our whole world. Us VS Them.(referring to the board members of David's)




on Leave a Comment

Sebuah negeri sederhana yang kurang fitnah

Ya..negeri itu ada di negara ini. Aku pernah tinggal di sana selama setahun semasa menimba ilmu, 14 tahun dahulu..


Cuacanya agak kering. Hampir sama seperti di tanah haram (pada aku). Suasana paling gembira adalah di bulan puasa. Tapi nak lebih meriah, kena pegi di pusat bandar negeri tersebut.

Masyarakat di sana kebanyakannya peniaga. Tak kira bangsa. Kalau korang rasa nak kurangkan tekanan, dan merasai hidup yang sebenar, di situlah tempatnya.

P.S : Negeri ini mungkin tak sesuai kepada muda-mudi yang telah terbiasa kehidupan di kota dan kurang merasai kesukaran dalam hidup.
on Leave a Comment

Artis adalah golongan yang paling tinggi 'self-esteem'

Golongan artis khasnya dan golongan yang terkenal seperti tokoh politik, ahli perniagaan dan sebagainya, amnya. Betul ke ape aku cakap ni? Belasah je la.. Pada pendapat aku, begitulah..korang faham ke lenggok bahasa aku ni? Buat-buat faham pun takpe.

O.K. Kenapa aku kate golongan artis ni tinggi self-esteem. Sebelum tu, tau ke ape biskut self-esteem ni? Takpe, korang ramai yang dah tahu. Kepada yang belum tahu, self-esteem bukan sejenis makanan melainkan ianya adalah salah satu jenis sifat dan perangai manusia. Self-esteem bermaksud 'keyakinan diri'.

Hujah aku tentang mengapa artis adalah golongan yang tinggi dengan self-esteem adalah kerana mereka sanggup dan rela menjadi pujaan ramai dan juga sanggup jadi terkenal. Dalam banyak-banyak artis yang gembira diselubungi kemahsyuran (betul ke imbuhan aku tu?), ade juga yang kurang bernasib baik dan mengalami tekanan perasaan yang hebat. Dan ini terbukti kerana di dalam majalah dan akhbar ada disiarkan bahawa golongan selebriti juga tak terlepas daripada masalah ketagihan. Aku andaikan, masalah itu berpunca daripada kemahsyuran. Omputih panggil glamour..popularity, famous and so on.


Jadi famous pun tertekan? Aku tak pastilah sebab aku bukan orang terkenal. Orang tak berape kenal pun aku. Tapi tu lah, ape yang aku rasa. Kerana apabila menjadi contoh dan ikutan, ada juga yang datang bersamanya dugaan.

Ibarat mulut orang. Tak semua yang akan bercakap baik-baik sahaja. Tak gitu? Inilah namanya kehidupan. Nak menyesal, lebih baik menyesal sekarang . Maksud aku , kalau berdosa, bertaubatlah, selagi masih hidup.

P.S : Pesanan untuk diri aku jugak..
on Leave a Comment

Gudang Kubur Full Movie 2015

TONTON ONLINE DOWNLOAD FULL MOVIE FILEM GUDANG KUBUR 2015

TONTON ONLINE DOWNLOAD FULL MOVIE FILEM GUDANG KUBUR 2015



Pasangan suami isteri Anwar (Faizal Hussein) dan Zarra (Nora Danish) membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubin mereka. Tanpa diduga, gudang tersebut didiami oleh 'sesuatu' yang tidak senang dengan kehadiran pasangan tersebut. Mereka mula mengalami pelbagai gangguan mistik yang akhirnya mengakibatkan rumah tangga mereka goyah.



Klasifikasi: P13

Genre: Seram

Tarikh Tayangan: 12 Februari 2015

Bahasa: Malay

Pengedar: METROWEALTH

Pengarah: Eyra Rahman

Pelakon: Faizal Hussein, Nora Danish, Atikah Suhaimie, Nizam Zaidi, Epy Kodiang, Along Eyzendy, Pablo Amirul










from teaoais.com http://ift.tt/1NJPFRx
on Leave a Comment

Tonton Drama Suamiku Encik Sotong Episod Akhir

TONTON ONLINE FULL DRAMA SUAMIKU ENCIK SOTONG EPISOD AKHIR



TONTON ONLINE FULL DRAMA SUAMIKU ENCIK SOTONG EPISOD AKHIR



Drama adaptasi novel terbaru karya Syikin Zainal berjudul Suamiku Encik Sotong akan ditayangkan di kaca TV. Drama arahan Eoon Shuhaini ini mengandingkan pasangan Sharnaaz Ahmad dan Amyra Rosli sebagai pelakon utama. Saksikan drama ini bersiaran mulai 27 Oktober 2014, pada setiap hari Isnin jam 10.00 malam tayangan serentak di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135).



LINK SUAMIKU ENCIK SOTONG EPISOD AKHIR : AKAN DIKEMASKINI








from teaoais.com http://ift.tt/1Fz1KU5
on Leave a Comment

Full Movie Takhta 3 Ratu 2015

takhta 3 ratu TONTON ONLINE DOWNLOAD FULL MOVIE TAKHTA 3 RATU 2015



Sinopsis : Takhta 3 Ratu mengisahkan tentang puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai yang berkahwin dengan Sultan Mansur terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini Puteri Hang Li Po bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China. Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-dua mereka terkejut apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa, iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba hendak menyerang Melaka.



from teaoais.com http://ift.tt/1Ew1sia
on Leave a Comment

Sedutan filem Werewolf dari Bangladesh




Macam best jer, macam best jer...Actually aku ni kureng sikit layan filem Melayu. Jangan kutuk aku. Bukan taknak sokong industri filem tempatan, cume aku minat genre yang aksi dan realistik yang kebanyakannya terdapat di dalam filem asing.

Maafkan aku sekali lagi. Lagipun ada insiden yang menyebabkan aku kureng dengan filem tempatan ni. Biarlah rahsia...

Tentang filem Mamat Khalid ni, aku respect la jugak sebab filem beliau seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah tu boleh dianggap berjaya. Tahap lawak di dalam filem tu memang A class. Tapi untuk Werewolf dari Bangladesh ni, nampak macam genre seram. Tak pasti la tahap kelawakkannya A class, sederhana, atau tiada langsung. Apa-apa pun kene gi tengok la juga nampak gayanya.

Sinopsis Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh

Usop Wilcha Dalam Werewolf  Dari Bangladesh mengisahkan kisah 20 tahun lalu apabila Mirdu, lakonan Saiful Apek iaitu seorang warga Bangladesh diserang seekor serigala mengakibatkan berlaku perubahan fizikal ke atas dirinya menjadi haiwan berkenaan. Mirdu menjadi ganas dan kejam hingga ramai penduduk kampung menjadi korban kerakusannya.

Penduduk kampung yang sudah tidak boleh bersabar akhirnya membakar rumah Mirdu. Mirdu yang marah dengan kejadian itu bertindak menggigit dua anak kembar Kumba (Muhamad Ikhwan) dan Kumbi (Muhamad Azwan), sekali gus menyebarkan jangkitan wabak itu sebelum dia ditembak mati.

Di Malaysia, Usop Wilcha (Shy 8) yang baru berpindah ke kawasan baru bersama Wahab B (Sharwani NS) bertemu dengan Jaynab Ramunggei (Emma Maembong) dan tinggal berjiran serta menjalankan perniagaan bersama-sama di sebuah medan selera.

Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh Sinopsis

Pada masa sama, wabak werewolf itu sudah mula merebak di Malaysia. Kumbi yang sudah dewasa yang berada di Malaysia untuk mendapatkan bantuan Jaynab bagi mengembangkan pembiakan baka werewolf, sekali gus melenyapkan spesies manusia di muka bumi. Agenda jahat ini sudah diketahui Pilun (Zizan Razak) iaitu seorang pekerja asing tanpa izin warga Bangladesh yang bekerja di gerai Usop. Pilun berkali-kali mencuba untuk memaklumkan kepada Usop mengenai perkara itu tetapi usahanya sering terhalang.

Pelakon Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh
Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh, membariskan pelakon komedia terkemuka tanahair, Zizan Razak, juga Emma Maembong, Usop Wilcha, Saiful Apek dan ramai lagi.

Sumber: http://anizyn.blogspot.com



Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg