Artis adalah golongan yang paling tinggi 'self-esteem'

Golongan artis khasnya dan golongan yang terkenal seperti tokoh politik, ahli perniagaan dan sebagainya, amnya. Betul ke ape aku cakap ni? Belasah je la.. Pada pendapat aku, begitulah..korang faham ke lenggok bahasa aku ni? Buat-buat faham pun takpe.

O.K. Kenapa aku kate golongan artis ni tinggi self-esteem. Sebelum tu, tau ke ape biskut self-esteem ni? Takpe, korang ramai yang dah tahu. Kepada yang belum tahu, self-esteem bukan sejenis makanan melainkan ianya adalah salah satu jenis sifat dan perangai manusia. Self-esteem bermaksud 'keyakinan diri'.

Hujah aku tentang mengapa artis adalah golongan yang tinggi dengan self-esteem adalah kerana mereka sanggup dan rela menjadi pujaan ramai dan juga sanggup jadi terkenal. Dalam banyak-banyak artis yang gembira diselubungi kemahsyuran (betul ke imbuhan aku tu?), ade juga yang kurang bernasib baik dan mengalami tekanan perasaan yang hebat. Dan ini terbukti kerana di dalam majalah dan akhbar ada disiarkan bahawa golongan selebriti juga tak terlepas daripada masalah ketagihan. Aku andaikan, masalah itu berpunca daripada kemahsyuran. Omputih panggil glamour..popularity, famous and so on.


Jadi famous pun tertekan? Aku tak pastilah sebab aku bukan orang terkenal. Orang tak berape kenal pun aku. Tapi tu lah, ape yang aku rasa. Kerana apabila menjadi contoh dan ikutan, ada juga yang datang bersamanya dugaan.

Ibarat mulut orang. Tak semua yang akan bercakap baik-baik sahaja. Tak gitu? Inilah namanya kehidupan. Nak menyesal, lebih baik menyesal sekarang . Maksud aku , kalau berdosa, bertaubatlah, selagi masih hidup.

P.S : Pesanan untuk diri aku jugak..

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)