Search (Don't Edit)

Постоянные читатели

Drama Bencinta (TV3)





Drama terbaharu berjudul 'BENCINTA' akan disiarkan di slot Samarinda TV3. Sebuah drama terbitan Zeel Production, arahan Shuhaimi Lua. Fattah Amin dan Fatiya Latiff bergandingan sebagai teraju utama. Saksikan BENCINTA bermula 31 Mac 2015, setiap hari Selasa hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3.



JUDUL : BENCINTA

EPISOD : 15 episod

TARIKH / MASA : 31 Mac 2015 (Selasa-Khamis, 10.00 malam)

SIARAN : Slot Samarinda TV3

SKRIP : Mufid Shuhaimi

PENGARAH : Shuhaimi Lua

TERBITAN : Zeel Production

PELAKON : Fatiya Latiff, Fattah Amin, Bella Dally, Erwin Dawson, Nazeera Sardi, Dato’ Eizlan Yusoff dan Amy Mastura, Sabrina Ali, Abdul Rahman Suud, Azri



WATAK PELAKON

Fatiya Latiff sebagai Nabila

Fattah Amin sebagai Nabil

Bella Dally sebagai Aishah

Erwin Dawson sebagai Adam

Nazeera Sardi sebagai Natasya

Dato’ Eizlan Yusof sebagai Datuk Majid

Amy Mastura sebagai Datin Maria

Sabrina Ali sebagai Maimunah

Azri sebagai Ikmal



LAGU TEMA / OST BENCINTA

Lagu : Kisah Kita

Artis : Nieyl Mentor feat Sabhi Saddi

Link : http://ift.tt/1FbkutE



VIDEO PROMO





SINOPSIS DRAMA BENCINTA



Mengisahkan tentang Nabil (Fattah Amin) yang menjadi anak yatim piatu selepas ibunya meninggal dunia pada usia 10 tahun. Mak saudaranya, Maimunah (Sabrina Ali) telah menghantar Nabil ke rumah anak yatim kerana menganggapnya sebagai seorang yang sial. Di sana, Nabil berkawan rapat dengan Aishah (Bella Dally) dan Ikmal (Azri). Sifat kepimpinan Nabil terserlah sejak kecil.



Selepas setahun, Nabil menjadi anak angkat kepada Majid (Dato’ Eizlan Yusof) dan Maria (Amy Mastura) yang tidak dikurniakan cahaya mata setelah sekian lama berkahwin. Walaupun hanya anak angkat, Nabil ditatang seperti minyak yang penuh oleh Maria. Majid pula sering membawa Nabil ke pejabatnya kerana mahu mendidiknya sebagai waris syarikatnya sejak usia muda lagi.



Tidak lama kemudian, Maria telah mengandung. Malangnya, Maria meninggal dunia selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Nabila (Fatiya Latiff). Maria telah meninggalkan amanat kepada Nabil supaya menjaga Nabila dan mengahwini Nabila apabila mereka berdua dewasa nanti.



Nabil menjaga Nabila dengan penuh kasih sayang. Namun, sikap Nabil yang terlalu mengongkong telah menyebabkan Nabila mula memberontak dan bencikan Nabil. Lalu, Nabila yang mendahagakan kebebasan telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Nabil tidak bersetuju tapi dia terpaksa akur kerana Majid telah memberikan kelepasan kepada Nabila.



Nabila mengambil jurusan perniagaan kerana dia mahu mengambil alih perniagaan ayahnya dari jatuh ke tangan Nabil. Nabila telah bercinta dengan Adam (Erwin Dawson) namun mereka terpaksa berpisah apabila Adam dipanggil pulang oleh keluarganya selepas tamat pengajian. Nabila dan Adam berjanji akan jumpa di Malaysia dan tidak akan putus hubungan.



Nabil berjumpa semula dengan Aishah dan Ikmal. Aishah masih memendam perasaan terhadap Nabil. Aishah mengambil peluang memenangi hati Nabil selepas berjaya mendapat jawatan sebagai pembantu peribadi kepada Nabil. Kemunculan Natasya (Nazeera Sardi) sebagai klien Nabil telah menggugat perasaan Aishah. Natasya seorang wanita korporat yang lincah, tidak segan silu menggoda Nabil walaupun dalam urusan rasmi.



Selepas tamat pengajian, Nabila pulang dengan tekad dan azam baharu. Suasana di rumah sudah berbeza kerana Nabil yang lebih berkuasa. Nabil yang mengatur semua urusan memandangkan Majid sudah uzur. Nabila hanya bersabar dengan Nabil demi menjaga hati ayahnya. Kebencian Nabila terhadap Nabil bertambah apabila hanya diberikan jawatan biasa dalam syarikat ayahnya.



Pertemuan semula Adam dan Nabila membibit semula cinta mereka. Nabila sering pulang lewat. Majid mula risau dan mahu Nabil mengawal cara hidup Nabila. Majid ingin menyatukan Nabil dan Nabila. Nabila terima Nabil dengan berat hati kerana tidak ingin syarikat keluarganya menjadi milik mutlak Nabil sekiranya dia tidak berkahwin dengan Nabil.



Selepas berkahwin, Nabila masih berjumpa dengan Adam tanpa menghiraukan perasaan suaminya. Nabil telah menyiasat tentang Adam. Akhirnya, Nabil menunjukkan bukti bahawa Adam telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Walaupun begitu, Nabila tetap bersikap dingin terhadap Nabil malah dia berpihak kepada Adam yang terpaksa berkahwin demi menyelamatkan syarikat ayahnya.



Nabil dan Nabila sering bertengkar pasal Adam. Nabila pula menyerang Nabil kerana Natasya sering mendampingi Nabil. Suatu hari, Nabila yang tidak dapat mengawal kemarahannya telah mengatakan syarikat tidak memerlukan Nabil kerana dia boleh uruskan sendiri. Oleh kerana tercabar dengan kenyataan Nabila, Nabil telah meletak jawatan dan menghilangkan diri.



Apakah Nabila akan bahagia selepas Nabil mengundurkan diri? Apakah yang akan berlaku seterusnya?



GAMBAR PELAKON



















































from InfoTaip http://ift.tt/1Fbkw4H

Комментариев нет:

Отправить комментарий

Sebarang komen membina adalah di alu-alukan.

Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg

->