Mengapa fitnah itu lebih merbahaya daripada membunuh




Yang aku pernah dengar ustaz cakap seperti Dr. MAZA contohnya, beliau menterjemahkan maksud fitnah itu sebagai 'keburukan'. Jadi aku rumuskan, apa jua gossip yang menyebabkan keburukan kepada orang yang digossip, maka ia adalah suatu bentuk fitnah. Contohnya, si A membuat gossip mengenai orang ketiga di dalam rumahtangga si B. Akhirnya, rumahtangga si B kacau bilau akibat perselisihan, pergaduhan dan sebagainya. Maka layaklah si A digelar sebagai penyebar fitnah (keburukan) yang menyebabkan rumahtangga si B kucar-kacir.

Apabila fitnah merupakan keburukan, dan apabila seseorang memfitnah orang lain, maka ia telah menyebarkan suatu bentuk keburukan. Contohnya, Mamat memfitnah rakannya sebagai perogol tanpa bukti yang kukuh. Lalu manusia-manusia yang entah dari mana ceruk datang dan membelasah rakan si Mamat tanpa sebarang usul periksa. Maka rakan si Mamat telah mendapat keburukan dengan menjadi mangsa fitnah dan manusia-manusia yang membelasahnya pula akan menjadi pesalah-pesalah yang wajib dihukum. Itu juga contoh keburukan yang datangnya dari fitnah.

Jika seorang manusia membunuh manusia lain, ia hanya menyebabkan satu kematian sahaja dan boleh jadi kerana balas dendam dan sebagainya. Namun fitnah adalah berbeza dengan sekadar membunuh kerana di dalam sejarah, beberapa peperangan pernah berlaku hanya disebabkan fitnah. Peperangan mengakibatkan ribuan nyawa terkorban, bukan hanya satu. Maka dengan itu, layaklah fitnah itu dianggap dan juga disahkan sendiri di dalam kitab yang jelas lagi nyata, al-Qur'anul Qarim sebagai suatu perkara yang amat merbahaya daripada pembunuhan.

Bayangkan jika peperangan tersebut adalah perang dunia. Berapa jumlah korban dianggarkan? Mungkin ratusan ribu, jutaan atau mungkin juga separuh daripada populasi dunia. Lihatlah betapa bahayanya fitnah itu. Di dalam sejarah juga, fitnah berkenaan ideologi dan keagamaanlah yang selalu menyumbang kepada peperangan. Manusia mempunyai fahaman masing-masing di dalam kelompok masing-masing. Hanya kerana perbezaan ini, dan juga kerana kesombongan, ketamakan dan kerakusan hawa nafsu manusia, akhirnya mengundang padah kepada manusia itu sendiri.

Ingatlah ketika mana Allah ingin mencipta Adam dan para malaikat tidak menyetujuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu, dan setiap penciptaanNya juga mempunyai sebab belaka dan tidak pula sia-sia. Ini juga berkaitan dengan persoalan takdir di mana sebelum berlakunya penciptaan makhluk, Allah telah menetapkan segalanya seperti kelahiran, rezeki, jodoh, ajal dan sebagainya. Tidak mungkin Allah mencipta manusia dan tidak mengetahui apa yang bakal berlaku kepada manusia tersebut. Malah Allah juga tahu apa yang terlintas atau terniat di hati manusia tersebut. Iblis juga tidak mengetahui apa yang diniatkan di dalam hati manusia, melainkan dengan izin Allah. Ilmu Allah adalah meliputi segala yang ada di langit dan Bumi manakala Iblis yang merupakan makhluk, hanya memiliki sedikit sahaja dari ilmu Allah tersebut. Allah juga tahu untung nasib seseorang manusia dan juga tempatnya setelah mati kelak, samada syurga atau neraka. Manusia tidak mengetahui untung nasib dirinya. Maka dengan itu manusia wajib berusaha untuk mengubah nasib dirinya. Wallahu'alam.

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)