Search This Blog

Terminator Genesis [Trailer]

Kisah Terminator Genesis berlangsung pada tahun 2029. John Connor, pemimpin pemberontak terus berperang dengan mesin. Di medan peperangan Los Angeles, John Connor bimbang masa depan yang tidak diketahui mula muncul apabila pengintip TECOM mendedahkan plot baru dengan SkyNet yang akan menyerangnya dari kedua-dua arah; masa lalu dan masa depan, dan akhirnya akan mengubah peperangan itu untuk selama-lamanya.

terminator-genesis-2

Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 2 Julai 2015.

AWAS : Trailer ini akan mendedahkan plot filem ini dan mungkin akan mengecewakan peminat yang mengharapkan kejutan. Jika anda mahu menonton filem ini tanpa mengetahui plotnya, JANGAN tonton trailer ini.

IMDB

Terminator Genesis [Trailer]

The post Terminator Genesis [Trailer] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1GJ777p

Infini [Trailer]

Infini merupakan sebuah filem sci-fi seram yang mengisahkan satu pasukan tentera elit yang ditugaskan untuk menyelamatkan  Whit Carmichael, satu-satunya orang yang terselamat dari satu wabak biologi yang tercetus di sebuah stesen melombong bernama Infini. Apa yang mereka temui langsung tidak dijangkakan.

Buat masa ini tidak dapat disahkan samada filem ini akan memasuki pawagam Malaysia, namun ia telahpun mula ditayangkan di sebilangan negara Eropah.

infinionesheet

IMDB

Infini [Trailer]

The post Infini [Trailer] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1KrGthM

Tomorrowland [Trailer]

Tomorrowland adalah sebuah filem sci-fi fantasi mengisahkan seorang genius bernama Frank (George Clooney) dan Casey (Britt Robertson), seorang remaja yang penuh dengan perasaan ingin tahu menjalani sebuah misi yang berbahaya untuk membongkar rahsia sebuah tempat misteri yang wujud di antara masa dan ruang yang hanya dikenali sebagai Tomorrowland. Apa yang mereka lakukan bakal merubah dunia dan juga diri mereka sendiri.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai 21 Mei 2015.
tomorrowland

IMDB

Tomorrowland [Trailer]

The post Tomorrowland [Trailer] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1DHkXkB

The Avengers Age of Ultron [Review]

Filem The Avengers Age of Ultron sememangnya telah lama ditunggu-tunggu peminat filem francais The Avengers dan penonton tentunya boleh mengharapkan aksi-aksi yang mendebarkan, lawak jenaka bersahaja dan watak-watak baharu yang menarik.

ZZ1DA53BA9

The Avengers Age of Ultron [Review]

The Avengers Age of Ultron menyambung dari filem Captian America The Winter Soldier di mana pertubuhan SHIELD telah dilumpuhkan dan kini tugas menjaga keamanan dunia diambilalih oleh pertubuhan The Avengers yang terdiri dari Iron Man, Captain America, Thor, Blackwidow, Hulk dan Hawkeye.

Dalam filem ini pasukan The Avengers berjaya merampas kembali cokma ajaib Loki daripada Hydra. Setelah menganalisa cokma tersebut, Tony Stark mendapati ia mengandungi satu kuasa yang seakan satu entiti yang boleh berfikir.

Avengers Age of Ultron

Dengan bantuan Bruce Banner (Hulk), mereka bersama-sama membangunkan secara rahsia, rancangan Tony Stark untuk mencipta satu entiti kepintaran buatan yang boleh menjaga keamanan dunia bernama Ultron menggunakan entiti yang terdapat pada cokma Loki tadi.

Tanpa disangka entiti dalam cokma tersebut ingin menjaga keamanan dunia, tetapi dengan memusnahkan semua manusia di bumi. Kini, menjadi tugas pasukan The Avengers untuk menghentikannya.

Avengers Age of Ultron

Jalan Cerita

Secara keseluruhan filem ini kurang menarik sedikit berbanding The Avengers dan Captain America The Winter Soldier. Namun, itu tidak bermakna ia tidak menarik ditonton. Mungkin kerana plotnya agak ringkas dan boleh dijangkakan berbanding dengan plot filem The Winter Soldier yang mempunyai putar belit yang lebih menarik.

Namun, anda masih boleh mengharapkan babak aksi yang mendebarkan, walaupun babak perang terakhir sangat klise dan dibikin menggunakan formula yang sama dengan filem The Avengers pertama di mana pasukan robot jahat terlalu lemah ketika menentang pasukan The Avengers, membolehkan pasukan itu membelasah mereka dengan terlalu mudah.

aaron-taylor-johnson-the-avengers-age-of-ultron-set-01-1200x793

Kehadiran beberapa watak, bagaimanapun, telah menjadikan filem ini lebih menarik. Antaranya, watak Quicksilver yang pernah dilihat dalam filem X-Men : Days of Future Past yang mempunyai kuasa luarbiasa untuk berlari laju. Namun latarbelakangnya dilihat tidak sama dengan Quicksilver dalam filem X-Men.

Lakonan

Secara keseluruhan, lakonan semua pelakonnya sangat baik, namun watak Ultron yang suaranya dimainkan oleh James Spader (pelakon watak Redington dalam siri TV The Blacklist) mempunyai sedikit isu.

687883034_3951504392001_avengers-preview

 

Suaranya tidak begitu sesuai dengan personaliti Ultron. Suara James Spader sesuai untuk watak ketua orang jahat, namun Ultron pula mempunyai perwatakan yang melakukan kerja-kerja berlawan sendiri. Ketidakserasian suara dengan perwatakan Ultron ini sedikit sebanyak mengurangkan aura kejahatan Ultron.

Tetapi ketidakserasian ini mungkin hanya akan disedari oleh mereka yang mengikuti siri TV The Blacklist dan mungkin mereka yang tidak mengikuti siri TV tersebut tidak akan menyedarinya.

Positif vs Negetif

Positif

  • Aksi mendebarkan dipaparkan dalam filem.
  • Watak-watak baru yang menarik.
  • Menghiburkan hingga ke babak terakhir.

Negetif

  • Plot yang mudah dijangka dan klise.
  • Lawak jenaka yang terlalu bersahaja sehinggakan mudah untuk terlepas pandang.

avengers-age-of-ultron-trailer

Kesimpulan

Filem The Avengers Age of Ultron merupakan sebuah filem yang menghiburkan dan wajib ditonton oleh peminat francais filem Marvel. Walaubagaimanapun, penggunaan formula plot yang lebih kurang sama dengan filem-filem Marvel lain menghalang filem ini menjadi filem yang epik.

Tetapi, walau apa pun, kami menjamin anda akan terhibur dengan filem ini sungguhpun terdapat plot yang klise.

Nota : Pastikan anda menonton sehingga penghujung bahagian kredit di mana terdapat babak rahsia yang disorokkan.

The post The Avengers Age of Ultron [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1IOUULH

Jurassic World [Trailer]

Trailer penuh terbaharu untuk Jurassic World telah diterbitkan dan ia mendedahkan lebih banyak aksi, jenis dinosaur yang terlibat dalam filem ini dan sedikit mengenai jalan ceritanya. Filem ini merupakan filem pertama dalam francais baharu Jurassic Park di mana ia mengisahkan mengenai Jurassic Park kini telah menjadi taman tema yang berjaya.

Jurassic World

IMDB

 Jurassic World [Trailer]

The post Jurassic World [Trailer] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1aL9iZR

Star Wars The Force Awakens [Trailer]

Trailer kedua filem paling ditunggu-tunggu tahun ini, Star Wars The Force Awakens, telah diterbikan, mendedahkan lebih banyak mengenai watak-watak yang akan ditampilkan pada filem tersebut. Filem yang merupakan filem pertama dalam siri filem baharu Star Wars akan mula ditayangkan di pawagam 18 Disember ini.

"Star Wars: The Force Awakens" adalah filem ketujuh dalam siri utama Star Wars, diarahkan oleh J.J. Abrams dan dikeluarkan pada tahun 2015. Berikut adalah ulasan ringkas mengenai filem ini:


**Sinopsis:**

"The Force Awakens" berlaku 30 tahun selepas peristiwa "Return of the Jedi." Resistance, yang dipimpin oleh General Leia Organa, sedang berjuang menentang First Order, rejim ketenteraan yang bangkit daripada reruntuhan Galactic Empire. Filem ini memperkenalkan watak-watak baru, Rey, Finn, dan Poe Dameron, yang menjadi tokoh-tokoh utama dalam perjuangan antara sisi cahaya dan sisi gelap Kuasa.


**Kelebihan:**

1. **Watak-watak Menarik:** Pengenalan watak-watak baru, terutamanya Rey (Daisy Ridley), Finn (John Boyega), dan Kylo Ren (Adam Driver), memberikan dinamika yang segar dan menarik kepada alam Star Wars.

2. **Visual Yang Mengagumkan:** Filem ini menampilkan efek khas yang mengagumkan, reka bentuk set yang terperinci, dan aksi yang mendebarkan.

3. **Nostalgia dan Keseronokan:** "The Force Awakens" berjaya mengeksplorasi nostalgia trilogi asal sambil memperkenalkan elemen baru. Kembalinya wajah-wajah yang dikenali, seperti Han Solo (Harrison Ford) dan Chewbacca, memberi kegembiraan kepada peminat lama.

4. **Skor Muzik John Williams:** Skor muzik ikonik oleh John Williams terus meningkatkan kedalaman emosi dalam alam Star Wars.


**Kritikan:**

1. **Kemiripan dengan A New Hope:** Sesetengah pengkritik menyatakan bahawa filem ini mengikuti struktur naratif yang serupa dengan "A New Hope," filem Star Wars asal, yang menyebabkan dakwaan bahawa ia terlalu derivatif.

2. **Soalan-soalan Tanpa Jawapan:** Walaupun filem ini menimbulkan misteri yang menarik, sesetengah penonton merasa bahawa beberapa titik plot dibiarkan tanpa jawapan, menyebabkan keghairahan untuk filem-filem seterusnya dalam trilogi ini.


**Penerimaan Penonton:**

"Star Wars: The Force Awakens" secara umumnya diterima baik oleh kritikus dan penonton. Ia mendapat lebih daripada $2 bilion di seluruh dunia, menjadi salah satu filem yang paling berjaya dari segi kutipan sepanjang masa. Pengenalan watak-watak baru dan sambungan kepada siri epik Star Wars menimbulkan keghairahan dan jangkaan untuk sambungan seterusnya.


Secara keseluruhannya, "The Force Awakens" berjaya menyegarkan semula francais Star Wars, memperkenalkan watak-watak yang menarik dan meneruskan tradisi epik opera angkasa yang disayangi. Walaupun beberapa pengkritik menunjukkan kemiripan naratif, lakonan yang kuat, kesan visual, dan hubungan dengan alam Star Wars yang dikasihi menyumbang kepada penerimaan yang positif secara keseluruhan.



IMDB


Star Wars The Force Awakens


Star Wars The Force Awakens [Trailer]



The post Star Wars The Force Awakens [Trailer] appeared first on WayangKini.