Search (Don't Edit)

Постоянные читатели

Abang Lejen

  • Abang Lejen papar kisah kekeluargaan
 1 / 1 
SEJAK kebelakangan ini, kebanyakan filem-filem aksi lebih menjadikan filem Hollywood atau filem Hong Kong sebagai rujukan dalam garapan aksi.

Bahkan ada juga antara penggiat filem mengupah pelakon aksi lagak ngeri dari Thailand untuk melakukan babak aksi di dalam filem terbitan dan arahan mereka.

Namun, demi mencari kelainan, Mohd Azaromi Ghozali selaku pengarah terfikir untuk kembali mengangkat genre Bollywood yang pernah ditonjolkan dalam filem-filem dahulu.

Bahkan Azaromi yang sebelum ini mengarahkan filem 'Kaki Kitai' turut menyuntik garapan serupa dalam filem tersebut.

Mengangkat tema kekeluargaan, filem yang mengisahkan tentang hubungan antara adik lelaki dan abang ini memperlihatkan gandingan pertama kali, Farid Kamil, Intan Ladyana, Along Eyzendy bersama pelakon baharu, Fadlan Hazim dan Adibah Yunus.

Ia mengisahkan Ajim (Farid) yang menetap di kampung bersama adiknya Alan (Fadlan). Ajim membesarkan Alan setelah kematian ibu bapa dan sanggup melakukan apa saja demi adiknya Alan.

Ajim yang mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri meminati filem Hindustan dan Tamil serta sering menjadi pelindung kepada penduduk kampung selain Alan.

Alan sebenarnya seorang yang lurus bendul dan sering dibuli Karim (Along) dan Mail (Shahfiez). Apabila Alan menyuarakan hasrat ingin berkahwin dengan Nina (Adiba), perasaan bimbang menyelubungi Ajim. Walaupun tidak setuju, tetapi Ajim tetap merelakannya.

Dalam pada itu, Ajim mempunyai sepupu bernama Intan (Intan). Sejak kecil Intan meminati Ajim ingin menjadi isteri kepada Ajim serta mahu menjaga Ajim hingga akhir hayat.

Terjadinya suatu peristiwa yang tidak diduga menyebabkan Alan berhijrah ke Kuala Lumpur dan tidak menghubungi lagi Ajim. Kerana risau akan adiknya Alan, Ajim ke Kuala Lumpur dan Intan mengikutinya.

Namun kedatangan Ajim ke Kuala Lumpur disambut dingin Alan, biarpun ketika itu dia berdepan dengan masalah besar.

Secara keseluruhannya, apa yang boleh penulis simpulkan mengenai filem ini, bagi mereka yang meminati filem Bollywood, atau mencari kelainan dalam filem tempatan, maka anda perlu menonton filem ini.

Aksi-aksi yang dipaparkan sememangnya agak berlebihan, namun jika anda pernah menonton filem Tamil atau Bollywood, ia tidak banyak bezanya dan kadangkala ada filem-filem Tamil digarap berlebihan daripada Abang Lejen.

Perjalanan filem ini juga tidak sukar difahami dan selitan konflik dalam hubungan Ajim dan Alan dilihat tidak lebih kepada sekadar penarik jalan cerita ini sahaja.

Gandingan baharu

Dalam pada itu, dari segi lakonan pula, kehadiran Farid di dalam filem ini dilihat sebagai satu pemilihan yang tepat.

Bukan sahaja tampil dengan lakonan bersahaja, bahkan aksi dijayakan Farid juga tidak kurang hebatnya dan ada ketikanya penonton turut ketawa geli hati dengan aksinya yang bermuka serius pada situasi yang lucu.

Begitu juga dengan Intan yang tidak kurang hebatnya. Barang kali pengalamannya berlakon dalam filem-filem sebelum ini banyak mematangkan lakonannya.

Manakala Fadhlan dan Adiba juga berjaya meletakkan diri mereka sebaris dengan pelakon senior, dan tidak dapat kejanggalan atau kekurangan keserasian dalam lakonan mereka.

Secara keseluruhannya, apa yang boleh penulis katakan, Abang Lejen menarik untuk ditonton bagi anda yang mencari sebuah filem santai pada hujung minggu.

Комментариев нет:

Отправить комментарий

Sebarang komen membina adalah di alu-alukan.

Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg

->