Antara babak paling kelakar spontan dalam filem Meet Joe Black



Bagi yang belum pernah menonton filem ini, di sini aku terangkan serba ringkas mengenai filem dan babak kelakar (bagi aku) yang terdapat di dalamnya.

Bayangkan kalau korang kene 'introduce' 'malaikat maut' kepada ahli keluarga anda (di dalam filem ini ayah dan anaknya). Selain dari perasaan gementar, sudah pasti lah tiada nama  manusia untuknya. Agak lucu juga apabila ayahnya terkedu seketika dan  terpaksa 'berfikir sejenak' untuk memberikan nama kepada 'malaikat maut' yang menyamar sebagai lelaki asing tersebut. Ditambah pula gelagat malaikat maut tersebut (lakonan Brad Pitt) yang sudah tentu seperti orang yang 'hilang ingatan' atau lupa diri kerana ia bukan dirinya yang sebenar.

Di dalam filem ini, si ayah (Anthony Hopkins) sedang 'berunding' dengan malaikat maut (Joe Black) agar usianya dilanjutkan seketika kerana belum puas hidup bersama keluarga dan anak-anaknya.


评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)