Постоянные читатели

on Leave a Comment

Avengers Age Of Ultron




Aku dah tengok filem ni. Sebenarnya nak habiskan mase. Bukan minat sangat pun. Filem-filem macam ni memang totally hiburan. Tak pasti la kalau ada nilai moral juga di dalamnya.

So, pade aku, filem ni macam filem transformers. Banyak sangat robot-robot. Aku suke satu je babak. Mase Iron Man lawan dengan Hulk. Besar betul Iron Man 'time' tu. Dia guna baju besi besar amik daripada Veronica yang sentiasa terbang kat atas langit. Memang boleh berlawan dengan Hulk la macam tu.

Kebanyakan avengers mase tu dah kene rasuk oleh dua orang budak nakal. Tapi ada kuasa atau kelebihan yang hebat. Sorang boleh kejar sepantas kilat. Sorang lagi boleh pengaruhi minda.

Macam biasa, setiap filem akan diwujudkan suatu 'masalah' supaya watak penjahat boleh dijelmakan. Jadi dalam filem ini, nama penjahat tu ialah Ultron. Punca terjadinya Ultron ni adalah daripada Tony Stark dan Bruce Banner sendiri. Sorang pakar kejutureraan, sorang lagi pakar bidang biologi.

Tony Stark dah dirasuk oleh sorang budak nakal tu. Budak nakal perempuan. Aku tak faham sangat kat sini. Tapi yang aku faham, lepas dirasuk, Tony Stark nampak 'keperluan' untuk menghasilkan 'sesuatu' yang dapat menyelamatkan dunia, tanpa perlu avengers lagi. Kerana setiap kali avengers berperang, setiap kali itu juga ada nyawa tak berdosa menjadi mangsa.

Kat sini pun aku tak berapa faham lagi. Dalam panggung aku tak berapa fokus sangat sebab filem ni kan untuk bebudak. Aku dah 30 lebih. Banyak fikir benda lain daripada benda hiburan kanak-kanak macam ni. Skrin tunjuk Tony Stark pegi satu tempat, nak cari 'cokmar' Aku pun tak tau ape jadah 'cokmar' tu. Tapi aku dengar geng2 avengers tu panggil 'joystick'. Of course la, sebab diorang kan mat salih. Takkan cakap Jepun pulak kan.  So mase tengah mencari tu, dia sampai satu tempat. Kat situ, Tony Stark 'nampak' mase depan kot. Dia nampak semua avengers mati, termasuk Captain America.


Namun begitu, 'teori' Tony Stark untuk mencipta sesuatu yang dikatakan sebagai 'penyelamat' ini sebenarnya dianggap sebagai bencana. Ultron mase tu telah tercipta. Ultron terhasil, macam biasalah. Dalam kebanyakan filem Hollywood, idea yang hampir serupa digunakan. Iaitu yang dipanggil sebagai 'Artificial Intelligent'. Kalau korang tak tahu, Artificial Intelligent atau A.I ni adalah 'Kepandaian Ciptaan'. Ia terhasil apabila 'robot' telah jadi terlebih 'pandai'. Dalam filem ini, sumber robot tersebut adalah 'internet'. Biasalah, memang selalu internet yang akan dijadikan A.I. Diorang berpendapat, internet boleh menghasilkan jasadnya sendiri apabila telah terlebih pandai. Internet jadi pandai sebab manusia yang bagi 'input' bebanyak kat dia. So, internet ni dah jadi macam suatu 'otak' yang gilebabas power. Sampai teringin nak jadi macam manusia dan kuasai dunia. Ultron ni pulak sebenarnya nak kuasai dunia dengan cara 'menjahanamkan' dunia . Sebab dia robot, mane dia tahu apa2. Manusia lain la sebab manusia ada nafsu. Manusia nak kaya. Robot bukannya nak kaya pun. Betul tak teori diorang?

Tapi pade aku, tak mungkin lah mesin atau robot boleh jadi lagi pandai dari manusia. Kita yang cipta robot, takkan robot boleh jadi lagi pandai dari kita. ape2 je lah...

SO, berbalik kepada babak Hulk lawan Iron Man tu, aku suke tengok mase Iron Man gune tangan robotnya tu untuk tumbuk muke Hulk berkali-kali. Macam alat palam untuk tanam cerucuk mase buat bangunan tu. Kan dulu2 selalu pakai. Sekarang ni macam dah jarang dengar bunyi yang 'tang' tang tang mase nak palam cerucuk. Tapi ni dia tumbuk muke Hulk gune tangannya yang seperti alat pemalam cerucuk tu pada kelajuan yang super duper, hingga Hulk hampir pengsan. Tapi tak pengsan, giginya saje yang patah. Pas tu, Hulk jadi bengang gile. Iron Man pun dah cuak. Hulk tangkap Iron Man, bagi dia cukup-cukup. Koyak baju besi dia, sampai dia terpaksa minta pertolongan Veronica lagi sekali.


Perlawanan ni berakhir apabila Hulk jatuh di atas bangunan belum siap, dari atas sampai bawah.(Of course Tony Stark kena ganti harga bangunan tu). Bila Hulk bangun dari timbunan konkrit-konkrit tersebut dan dikelilingi oleh askar-askar, dia terus ditumbuk oleh Iron Man. Baru lah Hulk pengsan mase tu.

0 comments:

Отправить комментарий

Sebarang komen membina adalah di alu-alukan.

Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg