Постоянные читатели

on Leave a Comment

Kalau aku bermimpi tentang usiaku sekarang

Orang kata, kalau tak dewasa, takkan nak jadi kanak-kanak selamanya. Mesti nak rasa juga pengalaman jadi seorang dewasa. Pengalaman tamat tingkatan 5, pengalaman masuk universiti atau kolej, pengalaman kali pertama bawa kereta, pengalaman berumahtangga, macam-macam lagi lah..tapi..


Aku rasa dalam usia aku sekarang. Usia pertengahan kata orang. 32 tahun. Aku agak frust jugak lah. Sebab aku takde pengalaman bercinta. Mungkin ada suara sinis yang akan kata, 'muda lagi', 'tak lame lagi ade la, sabar je', macam-macam lah. Tu korang....bukan aku..


Aku masih teringat zaman mase aku kanak-kanak. Aku happy sangat2. Tak dapat bayangkan bagaimana happynya..

Mase tadika, mak aku kasi bekal. Sebelum tadika esok dia dah tanya nak bawak bekal ape. Aku kadang-kadang diam sebab tak tahu nak makan ape. Esoknya waktu rehat, aku buka bekal. Tengok ade burger dalamnya, mak aku buat. Sedap tak terhingga. Rase dia takkan dijumpai di mana-mana stall burger. Memang masakan mak tiada tolok bandingnya. Yang best tu waktu nak tunggu waktu rehat. Nak tengok ape ade dalam bekal.


Sekolah rendah pun best. Abes sekolah, kalau takde mengaji , aku kayuh basikal gi kedai buku. Komik-komik kungfu memang jadi kegemaran ku. Setiap siri akan aku ternanti-nanti. Biasanya 2 minggu sekali. Ade yang sebulan sekali. Asyik tengok tarikh je nak beli buku baru. Lalu depan kedai, tengok belum keluar lagi. Tunggu sampai esok, akhirnya ade dah buku komik kegemaran yang dinanti. Terus beli. Tak tunggu lagi.

Komik Doraemon antara komik favourite juga. Kadang-kadang lagi best dari komik kungfu. Itu lah salah satu hiburan mase zaman kanak-kanak. Mase tu sorry to say. Internet memang tak wujud lagi. Facebook ke ape memang takde. Budak-budak dulu memang tak terjebak dengan pengaruh tak elok dari internet. Internet pun takde, nak terpengaruh cane. Tapi budak sekarang, memang advance. Tersangat advance. Aku tahu sebab aku seorang guru yang mengajar budak sekolah rendah. Cabaran sebagai ibu bapa pada zaman sekarang lebih hebat berbanding dulu-dulu.


Berbalik soal frust tadi. Aku rase, aku ni tak jahat sangat kot. Sebab even aku 'kesepian', aku tak kacau orang. Aku tak berani pun nak gaduh ke ape. Aku sabar je. Itu je yang selalu mampu aku buat. Tapi...kesihatan aku pun ikut same la terjejas. sebab kemarahan tak dapat dilepaskan. Entah lah. Aku memang sentimental. Aku tak kisah pun. Mak aku kate, kalau aku kahwin, nanti O.K lah. Tak lah aku jadi macam aku sekarang. Maksudnya, mungkin aku berubah la. Tapi, tak tau lah.  Lebih 10 tahun dulu sehingga sekarang. Same je..10 tahun akan  datang? Boleh ke ?

Kalau lah semasa aku menaip ni pun  aku sebenarnya tengah mimpi. Bila aku terjaga, aku masih seorang kanak-kanak. Oh, seronoknya. Banyak lagi yang boleh aku buat. Dan yang paling best, aku tahu di mana kesilapan yang hendak diperbetulkan. Dan mungkin juga cita-cita aku mase kanak-kanak akan tercapai. amin.



0 comments:

Отправить комментарий

Sebarang komen membina adalah di alu-alukan.

Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg