Lepas kena 2 ketul ayam KFC, aku terus terbaring

Darah tinggi...itu la aku rasa yang boleh dikatakan. Aku memang tak leh tahan ngan benda yang berlemak dan berminyak macam ayam goreng KFC. Ingat aku 2 hari ni kena rehat je sebab pening.

Dengar kata air berkarbonat macam Pepsi atau Coke dapat 'memotong' lemak dari ayam KFC. Nice combination. KFC and Coke. Patut la resepi dia camtu. Ade sebabnya. So, aku pun minum sampai habis walaupun tak elok sebab tahap gula dalam minuman macam tu tinggi. Tapi apakan daya, terpaksa ku telan jua. Tu pun kena juga serangan darah tinggi.

2 hari ni aku sibuk nak menyiapkan report. Aku masih belum buat keputusan samada nak rehat atau bekerja. Kalau kerja, kena control. Tak leh terlalu berat. Tak leh banyak fikir. Kalau tekanan darah naik lagi, jantung aku pulak akan beban. Risiko tu..

Aduhai..cam ne ni. Kerja@Rehat?

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru