Search This Blog

Spy [Review]

Sejujurnya, pada mulanya, kami memandang rendah filem Spy ini dan menyangka ia merupakan sebuah filem komedi Holywood yang tipikal yang dibikin semata-mata untuk memeriahkan landskap perfileman Holiywood. Namun jangkaan kami meleset. Terima kasih kepada Yes 4G yang memberikan tiket tayangan perdana filem ini kepada krew Wayangkini.

spy-2-gallery-image

Spy [Review]

Filem Spy mengisahkan Susan Cooper yang merupakan seorang agen CIA yang bertugas id pejabat sebagai pembantu kepada agen lapangan Bradley Fine. Beliau yang tidak pernah bekerja dilapangan mendapat peluang tersebut apabila agen Fine telah dibunuh oleh penjual senjata di pasaran gelap, Raina Boyanov dan kebanyakan nama agen CIA di lapangan telah didedahkan.

Kini beliau ditugaskan untuk mengintip dan mendapatkan maklumat mengenai senjata nuklear yang telah dicuri sebelum ia jatuh ke tangan pengganas. Dapatkah beliau menghalang penjualan senjata nuklear itu? Tonton filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Spy-Movie-2015-Wallpapers-HD

Jalan Cerita

Pertama sekali, sudah jelas lagi bersuluh bahawa filem ini mengetengahkan topik “women empowerment” di mana ia menampilkan segala permasalahan yang dikaitkan dengan sikap rendah diri yang dialami oleh sesetengah wanita yang tidak mempunyai penampilan yang menarik seperti Susan Cooper ini. Setiap jenis orang yang menjadi gangguan kepadanya ditampilkan ke dalam filem ini bagi menggambarkan perasaan seorang yang dibuli. Namun, secara keseluruhan filem ini mengenai bagaimana beliau mengatasi sifat rendah diri dan menyerlahkan potensinya bagi menyelamatkan dunia.

Berbalik semula kepada jalan ceritanya, jalan ceritanya agak menari dan tidak begitu tikpikal bagi sesebuah filem komedi perisik. Lawak jenaka yang ditampilkan menyebabkan penonton tidak kering gusi. Setiap lawak jenaka dirancang dengan baik dan mamang kelihatan bersahaja. Malah ini merupakan filem yang paling lucu dan menghiburkan pernah kami tonton dalam satu jangkamasa yang agak lama.

Terdapat juga kemunculan istimewa dari 50 Cent, namun lakonannya sangat kaku.

spy-office

Lakonan

Satu perkara yang harus diberi pujian adalah rekaan watak filem ini di mana setiap peranan watak dirancang dengan baik untuk memaksimumkan aspek hiburan filem ini. Ramai pelakon handalan yang melakonkan filem ini, namun tidak semua memainkan peranan yang besar dalam filem ini.

Banyak watak yang lucu dalam filem ini, namun, watak paling kami gemari adalah watak Rick Ford lakonan Jason Statham. Sepertimana yang anda ketahui, beliau biasanya berlakon dalam filem aksi di mana belaiu menjadi hero yang sukar dikalahkan. Namun dalam filem ini beliau memainkan watak seorang agen CIA yang bercakap besar dan bercerita bagai nak rak, namun dalam realiti beliau agak kekok dan bodoh, walaupun wajahnya penuh berkeyakinan.

spy

Positif vs Negetif

Positif

  • Lawak jenaka tak henti-henti
  • Watak-watak yang sangat lucu.
  • Jalan cerita yang menarik dan tidak terlalu tipikal

Negetif

  • Kami tidak menyukai lakonan Jude Law (mungkin kerana watak yang dibawa).
  • Terlalu banyak mencarut, namun simbol mencarut disensorkan

Kesimpulan

Filem Spy mempunyai jalan cerita yang menarik dan tidak terlalu ringkas sehingga boleh dijangka oleh penonton. Semua watak-watak utamanya mempunyai personaliti yang unik dan menghiburkan. Apa yang kami boleh jamin adalah anda pasti terhibur menonton lawak jenaka bersahaja dalam filem ini. Sememangnya berbaloi untuk menonton filem ini di panggung dan bergelak ketawa bersama penonton lain.

The post Spy [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1EWRsLe

The Intern [Trailer]

Filem The Intern dibintangi Robert De Niro dan Anne Hathaway mengisahkan Ben Whittaker yang berumur 70 tahun mengambil keputusan menjadi seorang pelatih di sebuah syarikat yang rata-rata dipenuhi oleh golongan muda-mudi. Syarikat ini diketuai Jules Ostin, seorang wantia muda.

Filem komedi ini akan ditayangkan di Amerika bermula 25 September 2015

IMDB

intern

The Intern [Trailer]

The post The Intern [Trailer] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1JYRRRJ

Steve Jobs [Trailer]

Filem Jobs lakonan Aston Kutcher yang ditayangkan tidak lama dahulu tidak berjaya mendapat sambutan peminat-peminat Apple, khususnya Steve Jobs. Namun sebuah filem baru mengenai pengasas Apple itu akan ditayangkan Oktober ini bertajuk “Steve Jobs” lakonan Michael Fassbender.

Filem ini akan ditayangkan di Amerika mulai 9 Oktober 2015.

IMDB

Steve Jobs

Steve Jobs [Trailer]

The post Steve Jobs [Trailer] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1dgpOTR

Minions [Trailer]

Siapa tidak kenal dengan Minions yang mula-mula diperkenalkan dalam filem animasi Despicable Me. Kini mereka muncul dalam filem animasi mereka tersendiri bertajuk “Minions”. Filem ini berkisar mengenai Stuart, Kevin dan Bob sebelum mereka bertemu dengan Gru dalam Despicable Me. Mereka direkrut oleh Scarlet Overkill dalam pelan untuk menguasai dunia.

Filem ini akan ditayangkan di Malaysia mulai 18 Jun ini.

IMDB

Minions-Film

Minions [Trailer]

The post Minions [Trailer] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1PtRy8h

Mad Max Fury Road

Semalam, krew Wayangkini memperolehi dua tiket percuma dari Yes 4G bagi menonton filem Mad Max Fury Road. Walaupun sebelum ini kami tidak mengetahui latarbelakang filem ini, namun kami mendapat tahu filem ini merupakan siri keempat dalam siri filem Mad Max arahan pengarah Australia George Miller.

 

Mad Max Fury Road

Mad Max Fury Road mengisahkan kisah di masa hadapan di mana tamadun manusia telah runtuh dan apa yang tinggal adalah beberapa puak bersaing sesama sendiri untuk merebut sumber alam. Dalam filem ini, Mad Max dan Imperitor Furiosa merancang untuk merubah nasib dunia dengan membawa wanita-wantia “pembiak” (wantia yang sihat dan subur untuk melahirkan zuriat manusia) ke “Green place” iaitu kawasan hijau dan subur di mana Furiosa dilahirkan.

Mereka dikejar puak-puak berperang dalam perjalan ke tempat berkenaan. Adakah mereka akan berjaya sampai ke Green Place? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Jalan Cerita

Pertama sekali, jika anda tidak mengikuti filem-filem Mad Max sebelum ini, anda sudah pasti akan merasa sangat keliru apabila mula menonton filem ini kerana ia menyambung terus kisah Mad Max Beyond Thunderdome (filem ketiga dalam siri Mad Max) tanpa sebarang pengenalan dan latarbelakang situasi yang jelas.

Jadi bagi kami yang tidak pernah menonton filem-filem sebelum ini, 1 jam pertama filem ini bagaikan hanya satu siri babak-babak aksi di mana memaparkan kereta-kereta dan lori trailer yang pelik dimusnahkan dalam peperangan sesama sendiri.

Watak watak yang pelik dalam filem ini juga sangat pelik sehingga boleh diklasifikasikan sebagai pesakit mental.

Namun dengan tidak mengambil kira faktor di atas, babak-babak aksi dalam filem ini (sebenarnya hampir keseluruhan filem ini adalah babak aksi) dibuat dengan sangat baik dan unik sehinggakan an

The post Mad Max Fury Road appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1RHpNI4

The Last Witch Hunter [Trailer]

Dalam filem The Last WItch Hunter, Vin Diesel memainkan watak pemburu ahli sihir terakhir yang terpaksa memerangi ahli-ahli sihir di era New York moden. FIlem ini akan mula ditayangkan di USA bermula 23 Oktober 2015.

IMDB

hr_The_Last_Witch_Hunter_5

The Last Witch Hunter [Trailer]

The post The Last Witch Hunter [Trailer] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1F5VQe4

Mad Max Fury Road [Trailer]

Mad Max Fury Road merupakan kisah di masa hadapan di mana dunia telah menjadi kucar-kacir dan tiada pentadbir. Semua manusia berperang sesama sendiri untuk merebut sumber penting untuk hidup. Dalam dunia ini terdapat dua orang pemberontak sedang diburu yang mampu mengembalikan keamanan.

Seorang daripadanya bernama Max, seorang yang berkebolehan tetapi tidak banyak berkata-kata setelah kehilangan isteri dan anaknya dan seorang lagi bernama Furiosa, seorang wanita lasak yang percaya untuk terus hidup beliau perlu merentasi gurun untuk sampai ke tanahair asalnya.

Filem ini akan mula ditayangkan di Malaysia Khamis ini.

IMDB

mad-max-fury-road-tom-hardy-wallpapers-mad-max-epic-road-war-at-the-heart-of-fury-road-930x600

Mad Max Fury Road [Trailer]

The post Mad Max Fury Road [Trailer] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1zUtTXE

San Andreas [Trailer]

San Andreas lakonan The Rock mengisahkan kejadian gempa bumi dengan magnitud 9 pada skala Richter berlaku di California akibat keruntuhan San Andreas Faultline. Seorang ahli pasukan penyelamat berhelikopter dan bekas isterinya bertolak dari California ke San Francisco untuk bersama-sama mencari satu-satunya anak mereka yang hilang.

Filem ini akan mula ditayangkan di Malaysia bermula 28 Mei

IMDB

San Andreas

San Andreas [Trailer]

The post San Andreas [Trailer] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1AQA8qH

Infini [Review]

Jika tahun 80an dan 90an terkenal dengan filem sci-fi seram seperti siri filem Aliens, Predator dan  Event Horizon, tidak banyak filem sci-fi seram diterbitkan sejak kebelakangan ini. Filem Infini antara filem filem dalam genre ini yang mendapat penilaian baik di peringkat antarabangsa. Ia tidak dimainkan di semua pawagam, namun ia antara filem yang menarik yang mula ditayangkan pada bulan Mei 2015.

infinionesheet

Infini [Review]

Kisiah Inifini berlangsung sekitar abat ke 23 di mana penghantaran manusia ke sebarang tempat di ruang angkasa secara spontan boleh dilakukan. Whit Carmichael bertugas sebagai anggota keselamatan dari pangkalan East Coast yang sepatutnya dihantar ke stesen melombong bernama Infini ungtuk menyiasat masalah yang berlaku di stesen berkenaan.

Malangnya pasukannya yang dihantar sebelumnya telah kembali dengan satu penyakit yang menyebabkan mereka mengamok dan menyerang semua yang ada di pangkalan East Coast. Oleh sebab itu, Carmichael terpaksa “slipstream” (terma yang digunakan untuk aktiviti penghantaran secara spontan) ke Infini secara haram untuk lari daripada keganasan yang berlaku di pangkalan tersebut.

header_0004534

Tidak lama selepas itu, sepasukan anggota keselamatan dari pangkalan West Coast ditugaskan untuk operasi mencari dan menyelamat Whit Carmichael dari stesen infini. Apa yang berlaku selepas itu bakal mengejutkan semua. Adakah mereka akan berjaya menyelamatkan Carmichael? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Jalan Cerita

Filem Infini ini sememangnya tidak membuang masa dalam babak pengenalannya. Ia membentangkan latarbelakang keadaan dunia dalam filem ini dengan baik. Dengan kata lain, asas filem ini kukuh dan tidak mempunyai kelemahan yang jelas seperti sesetengah filem. Namun anda perlu menumpukan perhatian pada permulaan filem ini untuk mengetuai situasi yang dihadapi watak-watak filem ini, jika tidak anda mungkin akan keliru di pertengahan filem ini.

139

Memasuki di bahagian pertengahan filem ini, jalan ceritanya mula menampakkan persamaan dengan beberapa filem zombie, di mana ahli pasukan penyelamat itu dijangkit penyakit misteri yang sama. Kami pasti jika anda menonton bahagian pertengahan filem ini, anda mungkin akan merasa sedikit pening melihat watak-watak filem yang menjadi tidak waras dan saling berbunuhan.

Namun apa yang membezakannya dengan filem-filem lain sepertinya adalah pengakhirannya. Walaupun filem ini mempunyai persamaan dengan filem-filem sci-fi seram yang lain, pengakhirannya sangat tidak dijangka dan lain dari yang lain. Walaubagaimanapun, anda juga perlu menumpukan perhatian sepanjang filem ini untuk memahami kenapa filem berkenaan berakhir sebegitu rupa.

242

Lakonan

Lakonan watak-watak filem ini juga perlu diberi pujian. Memang sukar untuk melakonkan watak orang yang tidak waras dan yang berada dalam keadaan mengamuk, tetapi mereka berjaya memainkan watak masing-masing dengan baik dan meyakinkan.

maxresdefault (2)

Positif vs Negetif

Positif

  • Jalan cerita yang hampir sama, tetapi sangat berlainan dengan filem sci-fi seram yang lain.
  • Asas filem yang kukuh, walaupun tidak logik dari segi saintifik.
  • Props dan CGI yang dibikin dengan baik.
  • Kesudahan filem yang tidak dijangka.

Negetif

  • Bahagian pertengahan filem yang penuh dengan kegilaan mungkin akan memeningkan kepala sesetengah penonton.
  • Mungkin sukar difahami jika tidak menumpukan perhatian.

infini

Kesimpulan

Filem Infini merupakan sebuah filem sci-fi seram yang terbaik dibikin dalam beberapa tahun ini. Ia adalah adunan antara filem Interstellar dan filem World War Z. Ia juga mempunyai jalan cerita yang mempunyai persamaan dengan permainan video Dead Space. Walaupun ia bukanlah filem epik seperti Star Wars atau Guardians of The Galaxy, kami rekomen anda menonton filem ini jika anda seorang peminat filem seram dan filem sci-fi.

IMDB

The post Infini [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1EjIis5

Skin Trade [Review]

Sudah sekian lama kita tidak melihat filem Tony Jaa ditayangkan di pawagam selepas filem-filem Tum Yum Goong dan Ong Bak, tetapi kini sebuah filem usahasama Holywood dan Thaiwood telah berjaya menghasilkan sebuah filem bertajuk Skin Trade.

skin-trade-poster

Skin Trade [Review]

Skin trade mengisahkan dua anggota polis berlainan, Tony Vitayakul dari Thailand dan Nick Cassidy dari Amerika yang bekerja dalam membendung jenayah pemerdagangan manusia di negara masing-masing. Setelah kematian keluarganya akibat ketegasannya dalam kerjanya, Nick Cassidy mengambil langkah sendirian untuk menjatuhkan kumpulan kongsi gelap yang mengusahakan peniagaan berasaskan pemerdagangan manusia.

Tanpa disangka, usaha kedua-dua anggota polis ini, membawa mereka ke Thailand dan mereka berusaha untuk menjatuhkan kongsi gelap itu di puncanya, Thailand. Adakah mereka akan berjaya? Saksikanlah filem ini di pawagam berhampiran.

968full-skin-trade-screenshot

Jalan Cerita

Setelah selesai menonton filem ini, ternyata sekali filem ini dibikin oleh pengarah filem yang agak baharu dan tidak berpengalaman. Segala klise Holywood terdapat dalam filem ini termasuk babak aksinya, cara pengendalian kamera dan juga jalan ceritanya yang memang boleh dijangka.

Paling mengecewakan adalah cara pengendalian kamera semasa babak lawan yang sekaligus tidak memaparkan kebolehan Tony Jaa yang sebenar. Untuk pengetahuan anda, para pembikin filem mempunyai satu teknik khas dalam pengendalian kamera dalam babak lawan yang boleh menampakkan babak lawan lebih gempak. Namun teknik ini hanya sesuai jika pelakon tersebut tidak pandai berlawan.

Teknik ini jika digunakan pada pelakon yang sudah sememangnya pandai berlawan seperti Tony Jaa, mencacatkan babak tersebut dan tidak memperlihatkan kebolehan sebenar pelakon.

Tidak banyak boleh diceritakan mengenai kehambaran jalan ceritanya, mengikut penilaian kami, kami merasakan tujuan utama filem ini adalah untuk menarik perhatian dunia kepada jenayah pemerdangangan manusia yang semakin menjadi-jadi dan bukan untuk memenangi sebarang anugerah.

TJ3

Lakonan

Tidak dapat dinafikan banyak nama-nama besar Holywood membuat kemunculan dalam filem ini. Namun, kerana susunan skrip yang agak amatur, kehadiran pelakon-pelakon tersebut tidak memberi kesan yang baik.

Positif Vs Negetif

Positif

  • Menarik perhatian dunia kepada jenayah pemerdagangan manusia
  • Jalan cerita yang mudah difahami

Negetif

  • “Saham” Tony Jaa jatuh di mata peminat-peminatnya.
  • Jalan cerita yang sangat tipikal.
  • Kesan khas dengan bajet rendah.

Kesimpulan

Jika anda mengharapkan filem Skin Trade ini membawa semula kegemilangan Tony Jaa, lebih-lebih lagi kerana ia membawa namanya ke pesada Holywood, anda tersilap. Ia sebuah filem yang terlalu mudah dan kurang berkualiti bagi pendapat kami.

Sepertimana diketahui umum, apabila seorang pelakon asia hendak memasuki pasaran Holywood, dia tentunya terpaksa bermula semula dari bawah dan mengambil watak yang kurang menarik bagi membolehkan namanya sedikit demi sedikit naik (seperti kemunculannya dalam Furious 7). Pada pendapat kami, Itulah yang berlaku dalam filem ini, di mana Tony Jaa terpaksa bekerja dengan pasukan penggambaran yang kurang berpengalaman dari Amerika. Kami melihat ini sebagai satu langkah ke belakang baginya, namun kami harapkan yang terbaik buatnya.

 

The post Skin Trade [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1I72kM6

The Visit [Trailer]

Lama sudah tidak kedengaran berita mengenai M. Night Shyamalan. Beliau yang terkenal dengan filem Sixth Sense dan The Village kini tampil dengan filem terbaharunya, The Visit. Ia mengisahkan pasangan adik beradik yang dihantar ke rumah datuk dan nenek mereka di perkampungan Pennsylvania untuk cuti selama seminggu. Banyak perkara aneh berlaku dan datuk dan nenek mereka mempamerkan tabiat yang pelik dan menakutkan.

Filem ini akan mula ditayangkan di Amerika mulai 11 September.

the visit

IMDB

The Visit [Trailer]

The post The Visit [Trailer] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1GAyo6P