Antara lagu yang menjadi 'flash back' zaman yang sangat aku rindui

Sebuah lagu Inggeris daripada Nik Kershaw berjudul 'Wouldn't It Be Good'. Lagu ni kalau aku dengar, perasaan aku akan bercampur baur antara gembira dan sedih. Al-kisahnya...


Lagu ni rasanya tahun 80-an. Tahu kenapa aku suker sangat zaman 80-an? Sebab mase tu aku amat merasai kasih sayang daripada seluruh keluarga ku. Abah, Ibu, Atok, Nenek. Semua lah. Memang seronok....

Tahu tak lagi kenapa? Kerana mase tu filem-filem atau movie dalam TV semuanya best-best belaka. Rancangan TV bersiri omputih bertajuk ' Save by the bell'. Terbaik.


Rancangan komedi bertajuk 'Full House'. Juga tayangan filem-filem omputih dari slot 'Mega Movie'. Tak lame pas tu , keluar pulak syarikat TV keluaran Malaysia iaitu 'Mega TV'. Tiru name slot luar negara la tu. 'Time' tu belum ade Astro lagi kerana Malaysia belum ada satelit. Satelit pertama Malaysia dilancarkan mase zaman Tun Dr. Mahathir.

Filem dulu-dulu memang best. Tak merapu. Tak banyak gune CGI. Lagi nampak 'real'. Jalan citer pun best giler.

O.K lah. Sekarang ni nak selit sikit kisah mase kenduri kawin adik aku beberapa hari lepas. Sorang makcik yang juga kawan mak aku. Dia tanye macam-macam pasal aku. Dia tanye aku sekolah mane. Pastu tanye aku ingat tak dulu dia selalu gi sekolah tu amik anak dia. Aku konpius kejap. Bukan saje tak penah nampak makcik tu. Anak dia yang mane satu pun aku tak kenal. Dia cakap name anak dia kat aku. Lagi aku konpius sebab aku tak penah dengar name tu. Jadi aku pun tanye la tahun berape mase tu. Dia tak ckp . Mungkin dia pun tak ingat.

Samada makcik tu salah faham maksud aku, atau memang dia nak beritahu. Dia bagitau tahun kelahiran anak dia tu 1989. Ape lagi, aku pun terus bagi tahu tahun kelahiran sebenar aku yang bertahun-tahun lebih awal dari kelahiran anaknya itu. Terkejut dia. Baru tahu. Patut la aku tak kenal . Budak lagi. Baru tahun 1989. Tapi kalau aku panggil anak dia tu adik mesti bengang giler. Biase la pompuan. Pempuan biasanye tak sedar diri. Laki pangkat abang gi panggil adik. Tah hape2.

Kemudian makcik tu tunjuk kat sorang lelaki yang tengah berdiri layan tetamu yang datang. Dia tanya aku soalan pasal lelaki yang dia panggil 'abang' kepada aku tu. Makcik tu aku tak pasti la sebenarnya dia kenal keluarga aku ke atau buat-buat kenal. Aku terus 'direct' bagitau dia bahawasanya itu adalah adik aku. Lagi sekali dia terkejut . Baru dia tahu.

Memang aku mude lagi....:D


P.S : Actually laki pempuan same je. Kalau tak kenal siapa aku, semua nak cube buli aku. Orang tua kau nak buli. Sape ajar kau? Nak rase penampar sulung cube lah.


评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)