Search This Blog

Infini [Review]

Jika tahun 80an dan 90an terkenal dengan filem sci-fi seram seperti siri filem Aliens, Predator dan  Event Horizon, tidak banyak filem sci-fi seram diterbitkan sejak kebelakangan ini. Filem Infini antara filem filem dalam genre ini yang mendapat penilaian baik di peringkat antarabangsa. Ia tidak dimainkan di semua pawagam, namun ia antara filem yang menarik yang mula ditayangkan pada bulan Mei 2015.

infinionesheet

Infini [Review]

Kisiah Inifini berlangsung sekitar abat ke 23 di mana penghantaran manusia ke sebarang tempat di ruang angkasa secara spontan boleh dilakukan. Whit Carmichael bertugas sebagai anggota keselamatan dari pangkalan East Coast yang sepatutnya dihantar ke stesen melombong bernama Infini ungtuk menyiasat masalah yang berlaku di stesen berkenaan.

Malangnya pasukannya yang dihantar sebelumnya telah kembali dengan satu penyakit yang menyebabkan mereka mengamok dan menyerang semua yang ada di pangkalan East Coast. Oleh sebab itu, Carmichael terpaksa “slipstream” (terma yang digunakan untuk aktiviti penghantaran secara spontan) ke Infini secara haram untuk lari daripada keganasan yang berlaku di pangkalan tersebut.

header_0004534

Tidak lama selepas itu, sepasukan anggota keselamatan dari pangkalan West Coast ditugaskan untuk operasi mencari dan menyelamat Whit Carmichael dari stesen infini. Apa yang berlaku selepas itu bakal mengejutkan semua. Adakah mereka akan berjaya menyelamatkan Carmichael? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Jalan Cerita

Filem Infini ini sememangnya tidak membuang masa dalam babak pengenalannya. Ia membentangkan latarbelakang keadaan dunia dalam filem ini dengan baik. Dengan kata lain, asas filem ini kukuh dan tidak mempunyai kelemahan yang jelas seperti sesetengah filem. Namun anda perlu menumpukan perhatian pada permulaan filem ini untuk mengetuai situasi yang dihadapi watak-watak filem ini, jika tidak anda mungkin akan keliru di pertengahan filem ini.

139

Memasuki di bahagian pertengahan filem ini, jalan ceritanya mula menampakkan persamaan dengan beberapa filem zombie, di mana ahli pasukan penyelamat itu dijangkit penyakit misteri yang sama. Kami pasti jika anda menonton bahagian pertengahan filem ini, anda mungkin akan merasa sedikit pening melihat watak-watak filem yang menjadi tidak waras dan saling berbunuhan.

Namun apa yang membezakannya dengan filem-filem lain sepertinya adalah pengakhirannya. Walaupun filem ini mempunyai persamaan dengan filem-filem sci-fi seram yang lain, pengakhirannya sangat tidak dijangka dan lain dari yang lain. Walaubagaimanapun, anda juga perlu menumpukan perhatian sepanjang filem ini untuk memahami kenapa filem berkenaan berakhir sebegitu rupa.

242

Lakonan

Lakonan watak-watak filem ini juga perlu diberi pujian. Memang sukar untuk melakonkan watak orang yang tidak waras dan yang berada dalam keadaan mengamuk, tetapi mereka berjaya memainkan watak masing-masing dengan baik dan meyakinkan.

maxresdefault (2)

Positif vs Negetif

Positif

  • Jalan cerita yang hampir sama, tetapi sangat berlainan dengan filem sci-fi seram yang lain.
  • Asas filem yang kukuh, walaupun tidak logik dari segi saintifik.
  • Props dan CGI yang dibikin dengan baik.
  • Kesudahan filem yang tidak dijangka.

Negetif

  • Bahagian pertengahan filem yang penuh dengan kegilaan mungkin akan memeningkan kepala sesetengah penonton.
  • Mungkin sukar difahami jika tidak menumpukan perhatian.

infini

Kesimpulan

Filem Infini merupakan sebuah filem sci-fi seram yang terbaik dibikin dalam beberapa tahun ini. Ia adalah adunan antara filem Interstellar dan filem World War Z. Ia juga mempunyai jalan cerita yang mempunyai persamaan dengan permainan video Dead Space. Walaupun ia bukanlah filem epik seperti Star Wars atau Guardians of The Galaxy, kami rekomen anda menonton filem ini jika anda seorang peminat filem seram dan filem sci-fi.

IMDB

The post Infini [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1EjIis5