Search This Blog

Skin Trade [Review]

Sudah sekian lama kita tidak melihat filem Tony Jaa ditayangkan di pawagam selepas filem-filem Tum Yum Goong dan Ong Bak, tetapi kini sebuah filem usahasama Holywood dan Thaiwood telah berjaya menghasilkan sebuah filem bertajuk Skin Trade.

skin-trade-poster

Skin Trade [Review]

Skin trade mengisahkan dua anggota polis berlainan, Tony Vitayakul dari Thailand dan Nick Cassidy dari Amerika yang bekerja dalam membendung jenayah pemerdagangan manusia di negara masing-masing. Setelah kematian keluarganya akibat ketegasannya dalam kerjanya, Nick Cassidy mengambil langkah sendirian untuk menjatuhkan kumpulan kongsi gelap yang mengusahakan peniagaan berasaskan pemerdagangan manusia.

Tanpa disangka, usaha kedua-dua anggota polis ini, membawa mereka ke Thailand dan mereka berusaha untuk menjatuhkan kongsi gelap itu di puncanya, Thailand. Adakah mereka akan berjaya? Saksikanlah filem ini di pawagam berhampiran.

968full-skin-trade-screenshot

Jalan Cerita

Setelah selesai menonton filem ini, ternyata sekali filem ini dibikin oleh pengarah filem yang agak baharu dan tidak berpengalaman. Segala klise Holywood terdapat dalam filem ini termasuk babak aksinya, cara pengendalian kamera dan juga jalan ceritanya yang memang boleh dijangka.

Paling mengecewakan adalah cara pengendalian kamera semasa babak lawan yang sekaligus tidak memaparkan kebolehan Tony Jaa yang sebenar. Untuk pengetahuan anda, para pembikin filem mempunyai satu teknik khas dalam pengendalian kamera dalam babak lawan yang boleh menampakkan babak lawan lebih gempak. Namun teknik ini hanya sesuai jika pelakon tersebut tidak pandai berlawan.

Teknik ini jika digunakan pada pelakon yang sudah sememangnya pandai berlawan seperti Tony Jaa, mencacatkan babak tersebut dan tidak memperlihatkan kebolehan sebenar pelakon.

Tidak banyak boleh diceritakan mengenai kehambaran jalan ceritanya, mengikut penilaian kami, kami merasakan tujuan utama filem ini adalah untuk menarik perhatian dunia kepada jenayah pemerdangangan manusia yang semakin menjadi-jadi dan bukan untuk memenangi sebarang anugerah.

TJ3

Lakonan

Tidak dapat dinafikan banyak nama-nama besar Holywood membuat kemunculan dalam filem ini. Namun, kerana susunan skrip yang agak amatur, kehadiran pelakon-pelakon tersebut tidak memberi kesan yang baik.

Positif Vs Negetif

Positif

  • Menarik perhatian dunia kepada jenayah pemerdagangan manusia
  • Jalan cerita yang mudah difahami

Negetif

  • “Saham” Tony Jaa jatuh di mata peminat-peminatnya.
  • Jalan cerita yang sangat tipikal.
  • Kesan khas dengan bajet rendah.

Kesimpulan

Jika anda mengharapkan filem Skin Trade ini membawa semula kegemilangan Tony Jaa, lebih-lebih lagi kerana ia membawa namanya ke pesada Holywood, anda tersilap. Ia sebuah filem yang terlalu mudah dan kurang berkualiti bagi pendapat kami.

Sepertimana diketahui umum, apabila seorang pelakon asia hendak memasuki pasaran Holywood, dia tentunya terpaksa bermula semula dari bawah dan mengambil watak yang kurang menarik bagi membolehkan namanya sedikit demi sedikit naik (seperti kemunculannya dalam Furious 7). Pada pendapat kami, Itulah yang berlaku dalam filem ini, di mana Tony Jaa terpaksa bekerja dengan pasukan penggambaran yang kurang berpengalaman dari Amerika. Kami melihat ini sebagai satu langkah ke belakang baginya, namun kami harapkan yang terbaik buatnya.

 

The post Skin Trade [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1I72kM6