Search This Blog

Spy [Review]

Sejujurnya, pada mulanya, kami memandang rendah filem Spy ini dan menyangka ia merupakan sebuah filem komedi Holywood yang tipikal yang dibikin semata-mata untuk memeriahkan landskap perfileman Holiywood. Namun jangkaan kami meleset. Terima kasih kepada Yes 4G yang memberikan tiket tayangan perdana filem ini kepada krew Wayangkini.

spy-2-gallery-image

Spy [Review]

Filem Spy mengisahkan Susan Cooper yang merupakan seorang agen CIA yang bertugas id pejabat sebagai pembantu kepada agen lapangan Bradley Fine. Beliau yang tidak pernah bekerja dilapangan mendapat peluang tersebut apabila agen Fine telah dibunuh oleh penjual senjata di pasaran gelap, Raina Boyanov dan kebanyakan nama agen CIA di lapangan telah didedahkan.

Kini beliau ditugaskan untuk mengintip dan mendapatkan maklumat mengenai senjata nuklear yang telah dicuri sebelum ia jatuh ke tangan pengganas. Dapatkah beliau menghalang penjualan senjata nuklear itu? Tonton filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Spy-Movie-2015-Wallpapers-HD

Jalan Cerita

Pertama sekali, sudah jelas lagi bersuluh bahawa filem ini mengetengahkan topik “women empowerment” di mana ia menampilkan segala permasalahan yang dikaitkan dengan sikap rendah diri yang dialami oleh sesetengah wanita yang tidak mempunyai penampilan yang menarik seperti Susan Cooper ini. Setiap jenis orang yang menjadi gangguan kepadanya ditampilkan ke dalam filem ini bagi menggambarkan perasaan seorang yang dibuli. Namun, secara keseluruhan filem ini mengenai bagaimana beliau mengatasi sifat rendah diri dan menyerlahkan potensinya bagi menyelamatkan dunia.

Berbalik semula kepada jalan ceritanya, jalan ceritanya agak menari dan tidak begitu tikpikal bagi sesebuah filem komedi perisik. Lawak jenaka yang ditampilkan menyebabkan penonton tidak kering gusi. Setiap lawak jenaka dirancang dengan baik dan mamang kelihatan bersahaja. Malah ini merupakan filem yang paling lucu dan menghiburkan pernah kami tonton dalam satu jangkamasa yang agak lama.

Terdapat juga kemunculan istimewa dari 50 Cent, namun lakonannya sangat kaku.

spy-office

Lakonan

Satu perkara yang harus diberi pujian adalah rekaan watak filem ini di mana setiap peranan watak dirancang dengan baik untuk memaksimumkan aspek hiburan filem ini. Ramai pelakon handalan yang melakonkan filem ini, namun tidak semua memainkan peranan yang besar dalam filem ini.

Banyak watak yang lucu dalam filem ini, namun, watak paling kami gemari adalah watak Rick Ford lakonan Jason Statham. Sepertimana yang anda ketahui, beliau biasanya berlakon dalam filem aksi di mana belaiu menjadi hero yang sukar dikalahkan. Namun dalam filem ini beliau memainkan watak seorang agen CIA yang bercakap besar dan bercerita bagai nak rak, namun dalam realiti beliau agak kekok dan bodoh, walaupun wajahnya penuh berkeyakinan.

spy

Positif vs Negetif

Positif

  • Lawak jenaka tak henti-henti
  • Watak-watak yang sangat lucu.
  • Jalan cerita yang menarik dan tidak terlalu tipikal

Negetif

  • Kami tidak menyukai lakonan Jude Law (mungkin kerana watak yang dibawa).
  • Terlalu banyak mencarut, namun simbol mencarut disensorkan

Kesimpulan

Filem Spy mempunyai jalan cerita yang menarik dan tidak terlalu ringkas sehingga boleh dijangka oleh penonton. Semua watak-watak utamanya mempunyai personaliti yang unik dan menghiburkan. Apa yang kami boleh jamin adalah anda pasti terhibur menonton lawak jenaka bersahaja dalam filem ini. Sememangnya berbaloi untuk menonton filem ini di panggung dan bergelak ketawa bersama penonton lain.

The post Spy [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1EWRsLe