Telemovie Diam-Diam Rindu (TV3)

Diam-Diam Rindu TV3

Telefilem terbaru bertajuk 'Diam-Diam Rindu' yang diadaptasi daripada novel karya Syahirah Ibrahim. Sutradara Harris Kadir lakonan Nad Zainal, Amar Asyraf dan Wan Sharmila. Bersiaran di slot Cereka Ahad, pada 16 Mei ini jam 10.30 malam di TV3.

JUDUL : DIAM-DIAM RINDU
TARIKH / MASA : Slot Cereka Ahad TV3
SIARAN : Slot Cereka Ahad TV3
SKRIP : Ahmad Saabun
PENGARAH : Harris Kadir 
TERBITAN : Pujangga Kreatif Sdn Bhd. 
PELAKON : Nad Zainal, Amar Asyraf, Wan Sharmila, Qistina Abdain

SINOPSIS DIAM-DIAM RINDU
Nur Iman, dipersalahkan oleh ibunya, Puan Nora atas kematian Maisara. Seiring dengan itu, Nur Iman sangat tertekan tetapi masih kuat atas sokongan rakan karibnya iaitu Diana. Bertahun-tahun dia menanti ibu memaafkan kesalahan yang bukannya berpunca darinya. Sehinggalah pada suatu saat yang tidak dijangkakan, ibunya sudi memaafkannya tapi dengan bersyarat. Dia terpaksa berkahwin dengan kenalan rapat ayahnya. Nur Iman akur dengan kehendak ibunya dan dia juga turut meletakkan syarat. Dia akan berkahwin sekiranya tempoh pertunangannya dilanjutkan sehingga lima tahun.

Selepas lima tahun berlalu, Nur Iman kembali ke tanah air dengan membawa segulung ijazah dan harapan. Harapan supaya tunangnya Mirza sudah melupakannya. Dia tidak menyangka yang Mirza sanggup menunggunya selama itu walaupun mereka tidak pernah kenal dan berjumpa selama ini. Setiap kali bersua muka, mereka pasti bertengkar walaupun hal yang remeh-temeh. Ibu pula masih lagi melayannya sama seperti dulu.

Hatinya semakin memberontak membuatkan Nur Iman tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Fikirannya bertambah kusut bila ada lelaki lain datang menagih kasih kepadanya. Bagaimana penantian Mirza selama ini? Dapatkah mereka bersatu?



from InfoTaip http://ift.tt/1cPXsQ5

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)