Trailer dan Sinopsis Filem Pilot Cafe




Lakonan Fahrin Ahmad sebagai Ameer Reza, seorang pilot. Neelofa Mohd Noor sebagai dan beberapa lagi pelakon pembantu lain seperti Remy Ishak, Izara Aishah dan Dato' Eizlan Yusoff.

Berdasarkan kisah yang diadaptasi dari sebuah novel karya oleh penulis novel lelaki terkenal, Ahadiat Akashah.

Pilot Cafe mengisahkan tentang kehidupan seorang juruterbang iaitu Ameer Reza (Fahrin Ahmad) yang mempunyai sikap suka berfoya-foya. Beliau gemar mempermainkan hati wanita membuatkan dirinya tidak pernah tunduk pada pujuk rayu dan air mata wanita.
Namun, segalanya berubah apabila dia kehilangan sahabat karibnya, Harris (Keith Foo) yang maut ketika sedang mengendalikan helikopter. Ameer mula sedar hidupnya selama ini penuh dengan kejahilan. Lalu, dia berniat untuk insaf dan meninggalkan kekhilafan lampaunya.
Bukan mudah laluan buat Ameer untuk kembali ke pangkal jalan. Dia sering diburu igauan mimpi ngeri atas perbuatan silamnya.









Bagi menebus dosa silam, Ameer berhenti dari menjadi juruterbang dan membuat keputusan untuk mengusahakan sebuah restoran yang diberi nama ‘Pilot Cafe’
Di saat kerjaya baru semakin stabil, takdir telah menemukan Ameer bersama seorang gadis kampung, Maya (Izara Aishah) yang sedang diburu oleh bapa ayam. Melihat keadaan Maya yang dalam ketakutan membuatkan Ameer terus menghulurkan bantuan.
Ameer mengambil keputusan untuk membantu Maya dengan harapan dia dapat menebus kekhilafan lalu. Niat yang mulanya sekadar ingin membantu namun berubah apabila hatinya semakin terpanggil untuk mencungkil rahsia kehidupan sebenar Maya.
Sedikit demi sedikit Ameer mula mengetahui punca Maya melarikan diri ke Kuala Lumpur dan itu membuatkan dia semakin simpati terhadap gadis naif yang sedang berbadan dua dek terlanjur dengan kekasih hatinya Rashid (Remy Ishak).


评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)