Search This Blog

Mengapa manusia memerlukan agama

Sifat manusia yang sering 'berharap' menyebabkan kita memerlukan kepada agama.

Manusia berharap kepada suatu 'kuasa' yang dapat menolong mereka untuk mengubah sesuatu keadaan atau pun nasib.

Istilah lain selain dari berharap adalah 'berdoa'.

Maka dengan itu bermacam agama ada di dunia ini. Namun sebagai umat Islam, kita harus percaya dengan yakin bahawa hanya Islam agama yang diredhai, yang dapat menyelamatkan kita semua. Mengapa??

Ini kerana kandungan yang terdapat di dalam kitab umat Islam yakni al-Qur'an merupakan sebuah kitab yang lengkap dan sempurna. Jika ada agama lain yang lebih sempurna daripada Islam, maka sudah tentulah agama tersebut yang dapat menyelamatkan manusia. Namun hakikatnya, tiada....


Sebab lain mengapa manusia memerlukan agama adalah kerana manusia tidak dapat meramal masa hadapan, Ketidakpastian ini lah yang menyebabkan manusia sentiasa 'berharap'. Pengharapan ini menyebabkan manusia 'mempercayai' sesuatu yang akhirnya melahirkan sebuah agama.

DI dalam Islam, kita harus percaya bahawa sumber agama Islam datang dari Allah S.W.T.

London Has Fallen [Trailer]

Sebagai sequel kepada filem aksi Olympus Has Fallen, filem London Has Fallen akan menemui anda penghujung Januari 2016. Sepertimana anda dapat simpulkan dari tajuknya, filem ini berlatar belakangkan London. Kali ini Mike Banning mendedahkan satu plot untuk membunuh ketua-ketua negara yang menghadiri acara pengebumian perdana menteri UK.

IMDB

London-Has-Fallen

London Has Fallen [Trailer]

The post London Has Fallen [Trailer] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1HJmSL4

The Transporter Refueled [Trailer]

Ingatkah lagi anda francais filem The Transporter lakonan Jason Statham yang popular sejak pertengahan tahun 2000an? Kini ia kembali dengan filem The Transporter Refueled memaparkan hero baharu, namun tetap menggunakan kereta Audi kegemaran ramai.

Filem ini akan ditayangkan di France mulai 9 September dan tidak lama selepas itu, Malaysia.

IMDB

rsz_the-transporter-refueled-07012015

The Transporter Refueled [Trailer]

The post The Transporter Refueled [Trailer] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1ReVcDU

Antman [Trailer]

Dengan baju kebal istimewa yang mempunyai kuasa untuk mengecilkan tetapi menguatkan badan pemakainya, seorang pakar menipu, Scott Lang, adalah Antman dan beliau perlu membantu mentornya, Dr. Hank Pym, untuk menjalankan satu pelan mencuri bagi menyelamatkan dunia.

Filem ini akan memasuki pawagam Malaysia bermula 16 Julai ini.

IMDB

antman

Antman [Trailer]

The post Antman [Trailer] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1M32lRb

Terminator Genisys [Review]

Dua buah filem terakhir dalam siri filem Terminator iaitu Terminator 3 : Rise of the Machines dan Terminator Salvation tidak mendapat pujian seperti yang diperolehi dua filem asalnya, The Terminator dan Terminator 2 : Judgment Day. Namun, filem terbaharu dalam siri ini, Terminator Genisys diharap dapat membantu menghidupkan semula minat terhadap franchais filem tersebut.

terminator_genisys_2015-wide

Terminator Genisys [Review]

Filem Terminator Genisys bermula di masa hadapan pada saat pasukan pemberontak berjaya menjatuhkan Skynet. Mengetahui kekalahannya, Skynet menghantar sebuah Terminator ke tahun 1984 untuk membunuh Sarah Connor. Untuk mempertahankan Sarah Connor, Kyle Reese dihantar pulang mengikutinya.

Namun sesuatu telah berlaku dan merubah sejarah sedia ada dan segala yang dijangkakan oleh Kyle Reese telah jauh meleset. Apakah perubahan yang berlaku dan mampukah mereka manamatkan riwayat Skynet? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

funny-terminator-genisys-franchise-paradox-parody-trailer

Jalan Cerita

Filem ini sangat mengujakan, terutamanya bagi mereka yang peminat setia filem Terminator (T1) asal Terminator 2 (T2) dan Terminator 2 yang kebanyakannya hidup pada tahun 80 dan 90 an. Dua filem ini menjadi kayu ukur kepada filem-filem terminator yang baharu.

Dalam Terminator Genisys, apa yang menjadikannya menarik ialah perubahan kepada garis masa yang telah dilakukan yang menyebabkan filem ini berlainan dari filem T1 dan T2, terapi pada masa yang sama ia berkaitan. Malah jika anda belum menonton T1 dan T2, dinasihatkan menontonnya terlebih dahulu sebelum menonton filem ini untuk membuatkan anda lebih menghargai apa yang dipaparkan dalam filem Genisys ini.

epcjckx9aql6darbtjvv

Jalan ceritanya ditulis dengan baik bagi menyesuaikan diri dengan zaman teknologi masa kini dan Skynet yang kini diberi nama samaran Genisys dilancarkan dengan cara yang lebih munasabah berbanding yang dipaparkan dalam T3.

Babak aksinya juga cukup mantap untuk menghiburkan penonton sepanjang tayangannya, kecuali babak helikopter yang kelihatan sangat tidak realistik. Namun, jika difikirkan semula, jika babak itu terlalu realistik, tentu ia tidak mendebarkan.

sarah-connor-terminator-genisys

Lakonan

Lakonan pera pelakon filem ini sangat mantap, namun bagi mereka yang biasa menonton filem Arnold Schwarzenegger yang lebih memfokuskan kepada watak yang mempunyai fizikal yang kuat, tentu sedikit kekok mendengarnya mengeluarkan dialog saintifik dan agak geek dalam filem ini.

maxresdefault

Positif vs Negetif

Postif

  • Jalan cerita yang menarik.
  • Aksi tanpa henti.
  • T-800 (Schwarzenegger) yang mempunyai lebih karektor, malah boleh berlawak.
  • Bagi peminat Korea, pelekon Korea Lee Byun Hun melakonkan watak T-1000

Negetif

  • Schwarzenegger sudah tua dan filem ini membuktikannya.
  • Tidak dapat menandingi kehebatan T1 dan T2.

Terminator-Genisys-5

 

Kesimpulan

Filem Terminator Genisys jelas sekali satu usaha untuk memulakan semula franchais filem Terminator sesuai mengikut peredaran zaman dan pada pendapat kami, ia telah berjaya mencapai matlamatnya. Agak menarik untuk memikirkan apa yang bakal dihidangkan dalam sequel filem in yang diumumkan akan menemui peminat pada 2017.

Walaupun filem ini tidak setanding T1 dan T2, ia masih mendapat tempat sebagai filem wajib tonton tahun ini. Pastikan anda tidak pulang awal kerana terdapat babak tersembunyi selepas babak kredit.

IMDB

The post Terminator Genisys [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1Ubjspt