Постоянные читатели

on Leave a Comment

Hotel VS Homestay

Mane satu yang korang suke? Kalau datang dengan keluarga yang ramai, better homestay la kan? Mungkin hotel ruang nya agak limited berbanding homestay. Harga pun ada yang lebih murah dari hotel, space pun luas.

Antara kelebihan lain homestay berbanding hotel adalah seperti kemudahan dapur untuk memasak dan juga mungkin kemudahan mesin basuh. Kalau hotel, mungkin korang kena book penthouse, baru boleh dapat kemudahan-kemudahan yang dinyatakan..

Homestay lak ade macam2 kategori. ade yang suasana kampung dan juga bandar. Boleh pilih. Kalau yang jenis gemar bersosial, boleh lah tegur2 orang sekeliling. Kalau hotel, biasanya orang suke buat hal masing-masing. Privacy is very important kalau menginap kat hotel.


on Leave a Comment

Tak pernah sedetik pun saya lupakan awak

Actually aku dah takde modal nak tulis tentang perkara-perkara yang menyakitkan di hati. Lalu aku bercadang untuk menulis berkenaan kisah yang menggembirakan di hati.

Kisahnya bermula apabila pertama aku lihat dia. Seorang wanita yang memenuhi ke semua ciri-ciri yang aku idamkan selama ini. Ya, dia lah wanita yang paling sempurna . Lalu aku mendekatinya, bertanya kan mengenai dirinya, dari mana asal-usulnya dan sebagainya. Akhirnya hubungan kami telah menjadi seperti merpati dua sejoli. hahahahaha....


Amacam? Bagus tak karangan  SPM aku? Aku Bahasa Melayu dapat '2A'. Matematik moden pun. Matematik Tambahan? Hanya mampu C. Jadi lah...daripada tak kredit langsung. Tapi nak menceburi bidang yang aku minati iaitu kedoktoran, memang tak lepas lah. Pada usia aku yang dah 30 lebih ni, rasanya tak banyak yang telah aku lakukan semasa umur aku 20-an dahulu. Aku mane ade tackle2 awek semua ni. Mat rempit lain lah. Kekadang dapat. Tak dapat, dia mule nak carik pasal. Kadang2 'mendapat' daripada orang awam. Kadang2 terlepas. Nasib lah semua tu. Macam aku selalu katakan, hidup ini berkenaan dengan nasib (rezeki).

Rasenye takat ni dulu kot. Tulis panjang berjela pun last2 syok sendiri je. Takde yang nak bace pun. Tak mengape lah. Rezeki jugak tu .


on Leave a Comment

Kalau suami ada perempuan lain, isteri jangan menangis??

Bapak.....best giler tajuk artikel kat bawah. Macam suruh tak perlu risau terhadap lelaki yang menindas golongan wanita. Kalau korang (perempuan) ade tak setuju ke ape, boleh tunggu dulu. Dengar dulu ape aku cakap sampai habis. 

Memule aku bace artikel ni, ingatkan ending dia happy ending la. Last2, punah....tuan punye badan yang citer ni pun jenis yang suke pendam sorang2. Lantak dia la dah jenis macam itu. Tapi sebenarnya dia pun tak mahu jadi macam tu. Tapi adatlah, dalam dunia ni, yang kuat akan menindas yang lemah. Kebiasaannya lelaki lah yang kuat dan perempuan lah yang lemah. Kalau ade yang tak setuju jugak tentang ni tak tahu lah aku...


Dalam artikel di bawah ni, lelaki dia jenis 'kuat kahwin'. Sat2 kawin, sat2 kawin. hahaha...

Permulaan artikel di dah bagitau yang dia menyesal sebab tak berfikir panjang sebelym kahwin. Ini namanya menyalahkan takdir. Jarang aku dengar orang yang kalau dah betul2 suka sama suka, ada kewangan yang stabil, keluarga izinkan, tak mahu zina, tapi buat keputusan tak mahu kahwin sebab suka2. Kalau ade pun mungkin yang jenis suke melayan perasaan sentimental yang tah hape2.

Kahwin ni memang senang. Buat anak pun senang. Mat rempit pun kahwin, buat anak. Lepas tu dia bantai anak dia. Dah aku cakap, kahwin memang senang. Manusia mana2 pun kalau cukup sifat memang boleh kahwin. Tapi yang aku selalu dengar, bila dah ada anak dua ,tiga, suami atau isteri buat hal. Anak2 terabai. Dah aku cakap, kahwin benda senang....

Tapi ada juga orang yang susah nak kahwin walaupun dah berumur lanjut. Kalau tengok statistik, ramai bujang di negara ini yang tak kahwin faktor utamanya adalah kerana sukar mendapat pasangan yang sesuai. Banyak faktor lah kenapa tak sesuai. Kewangan, keluarga, keturunan, bla bla. Bukan faktor rupa sahaja yang selalu dikaitkan dengan perbuatan 'memilih'. Ade paham??

Pada aku, kalau dah berumur lebih 30 tahun tapi masih belum dapat pasangan. Rasanya agak lewat juga lah tu. Setuju? Jadi korang yang dah pun berkahwin dalam lingkungan 20-an sepatutnya bersyukur sebab korang dah pun bertemu dengan cinta sejati korang di awal usia usia korang. Sebab aku rasa majoriti manusia memang kahwin pada usia begitu. Aku tak payah tengok jauh2, sepupu2 aku ramai yang kahwin pada usia begitu. Membuktikan bahawa memang ramai manusia kahwin dalam usia 20-an.Cuma apa yang aku selalu pesan, jangan sesekali menghina orang yang belum kahwin. Kalau korang cakap 'memilih', tu pun dah dianggap menghina. Jenuh korang nak minta maaf kat orang tu di akhirat nanti. Habis la pahala korang kat akhirat nanti. Sia2...


Sebagai manusia kita sering berdoa kerana ia salah satu bentuk 'pengharapan' manusia terhadap penciptanya. Kita sering dengar doa orang yang teraniaya itu makbul. Tahu kah mengapa? Sebab itu janji tuhan. Tahu tak kenapa tuhan janji begitu? Aku rasa korang boleh tanya diri korang sendiri. Hanya ada satu jawapan.

Tapi ada sesetengah manusia yang berdoa bersungguh-sungguh tapi doanya tak makbul. Sebab apa? Sebab lepas dia berdoa tu, dia tak 'keluar dari rumah' dan berusaha seperti apa yang dia minta di dalam doanya. Walau keluar air mata darah sekali pun, dan hanya berharap dari tikar sejadah, doa sebegitu tidak akan makbul dengan sendirinya. dan juga doa tak semestinya makbul di dunia. Korang kena faham. Kalau korang tak dapat kat dunia, korang boleh dapat kat akhirat. Fair enough isn't it?





Saya bernikah dengan suami, awal 2011, salah saya tak berfikir panjang waktu tu.. Ikut hati. Saya perkahwinan ketiga dan merupakan isteri kedua. Isteri pertama bercerai,dan sudah pun berkahwin lain.Yg kedua (dah naik jd no 1) dan saya no 2. Waktu tu suami saya tidak berkerja tetap, ada masa ada duit dan bila tiada maknanya tiada langsung. Saya selalu baca sms dari wife dikampung, tiada duit, susu anak dan pampers. Macam macam lg. Saya jd kasihan.. saya selalu letak Rm50 atau bila awal gaji Rm100 dalam dompet suami. Saya tahu dia pasti bank in kat kampung (isteri pertama dikampung ). Pada masa tu saya fikir, saya harus menolong kerana siapa yg ada selain saya. Walaupun serangan fb berkaitan saya mengambil suaminya hebat bermula. Tak mengapa, siapa tak sakit hatikan?

Tp betul org tua kata, isteri diuji disaat suami tidak mempunyai apa, suami diuji disaat punya segala..

Anak saya yg pertama baru 4 bulan, suami main cinta dgn budak umur 19 tahun, pelajar universiti. Seminggu habis 40k, macam macam dia beli handfon, perfume sampai adik beradik budak tu semua dia beli.Sampai satu tahap mereka bercuti berdua. Saya sabar, saya tak marah dan tak bergaduh. Saya fikir masa saya sudah sampai.. karma saya sudah sampai. Saya pasrah saya redha.

Sewaktu mereka bercuti, Allah swt menguji saya, isteri pertama dikampung yg memujuk saya secara tiba tiba, pada dia saya meluah segala.. saya tak tenang, jgn kata hati tak tenang.. duit, sedikit harta saya korban sebab saya tak suka suami bersedih. Muram. Kami menjadi kawan baik. Kami menjaga antara satu sama lain. Bila dia memerlukan kewangan, saya membantu sekiranya mampu.

Satu hari, suami pergi out station, saya tahu.. tp saya tak bertanya. Senyap senyap saya follow sampai ke airport, tak nampak pun. Saya ke rumah budak perempuan tu dgn anak dan ibu, kereta suami ada disitu. Allah... menggigil kaki saya, macam2 perasaan, marah bengang semua ada. Saya balik ke rumah.. saya pack barang barang suami dan niat saya hantar kerumah budak tu. Ayah saya kata jangan hantar ke rumah budak tu, jika betul betul nekad, hantar rumah ibu bapa suami. Dengan hati yg membara, saya hantar ke rumah mak mertua dan saya ambil kereta suami dirumah budak perempuan tersebut. Setelah bersemuka, dgn keluarga perempuan tersebut baru saya tahu yg mereka membohongi keluarga dengan mengatakan saya gila talak. Nasib saya bawa ibu bapa saya sebagai saksi. 

Lepas 2 bulan, saya menerima sms, dari budak perempuan tu.. mengatakan sudah memutuskan hubungan dgn suami saya. Saya balik yg bertanya, mengapa? Bukankah kamu saling menyayangi? Saya tak pandai jaga suami.. saya itu dan ini, mcm mcm kurang.. saya dah redha, saya mengalah.. kata saya. Allah menguji saya dan budak perempuan tu.. saya mengandung anak kedua.. akhirnya mereka putus dan saya tak tanya lg. Saya hanya menonton wayang di fb dan twitter, mereka berperang sesama sendiri.

Saya maafkan suami.. kami kembali bersama cuba..utk membina kembali. Tapi masih tidak serumah , kerana sepanjang kami serumah lebih kurang dua tahun, 2 kali suami hampir memukul ibu saya. SAYA ULANG, IBU SAYA . Pada suami dia bebas buat apa sahaja, jgn ditegur. Dia berhak kerana dia SUAMI. Kami teruskan hidup dgn setiap minggu berjumpa, habiskan masa menonton wayang, bercuti dgn suami, kdg2 dgn anak2 tiri.Saya nampak perubahan,setiap hari saya berdoa agar perubahan tu berpanjangan..r ezeki dipermudahkan.

Selepas 2 tahun, saya diuji lagi.. suami bernikah di sempadan dgn janda anak 4, dan suami saya adalah perkahwinan ke tiga beliau. Saya dengar melalui bekas isteri suami, Saya kata saya tak tahu.. hampir sebulan kami tidak berhubung, berikutan hubungan suami dgn perempuan juga. Tulah bercinta org lain, nikah org lain. Pada hari itu saya hairan dengan diri saya sendiri, saya tak menangis, mungkin saya tak ambil peduli.. mungkin sudah lali. 

Awal tahun ini saya menerima pm dari fb, dari seorang perempuan katanya mahu berterus terang. Saya terima, orang baik saya sepuluh kali baik. Kami bertukar no fon, kami whatsApp sepanjang malam. Suami dan isteri barunya minta saya mencuba kehidupan baru ni. Saya cuba, tetapi mereka mempermainkan saya, kebaikan yg dihulurkan hanya untuk melekakan saya agar tidak membuat sebarang laporan. Isteri baru suami menyatakankata kekurangan saya.. saya terlalu pentingkan kerja,tak ada masa bersama dan terlalu mengikut kata ibu. Bagaimana saya tak pentingkan kerja ? Jika rumah, api air,unifi, pampers susu, insurans, duit dapur dan duit bg emak semua atas saya? 

Wallahi, saya tak minta suami sepanjang kami bernikah, ada bagi.. tak ada saya diam. Bagaimana saya tidak mementingkan ibu? Disaat yg paling sukar ibu berada disamping saya, menjaga anak anak disaat saya mencari sesuap nasi. Saya berusaha sendiri. Pada fikiran saya yg dikatakan kolot ni,tak mengapa suami tak ada duit,saya ada. Kita org tua tak makan tak apa, anak2 perlu makan minum, susu pampers mesti ada. Tu belum sakit mereka lagi, kita sakit makan panadol tidur . Budak? Mereka tak tahu.

Setiap hari saya pulang kerumah, saya tinggalkan masalah saya dan suami didalam kereta, saya ukir senyuman utk anak2. Ibu saya tak tahu perihal suami berkahwin lain. Suami dan isteri baru,daftar menggunakan surat cerai suami dgn isteri lama. Saya termenung dipermainkan lagi, bukan seorang kini dua org. Saya hanya melihat gambar kegembiraan mereka di fb dan instagram. Kadang kadang anak anak tiri menghubungi saya bertanyakankhabar dan mengadu.Saya hanya mampu mendengar.
Tak mengapalah, saya kata once for all. Jaga hati sendiri, salah saya tak hormat hati sendiri. Saya berfikir, saya tak rugi apa2, saya cuma tak ada suami, saya masih beruntung ada kerja tetap, rumah, kereta dan anak2.

Saya bersyukur Allah SWT masih sayang , ujian saya ni kecil jika dibandingkan dgn isteri2 yg jd mangsa aniaya. Akhirnya, saya membuat permohonan cerai, Alhamdulillah, saya tenang, walaupun saya ke mahkamah seorang diri tanpa ditemani sesiapa,saya tahu saya kuat. Allah ada,Allah lindung saya. Saya tak tuntut apa2 dengan suami, hanya lepaskan saya cara baik. Kalau dia ingat anak-anak, berilah duit belanja, jika tidak..tak apa, ada rezeki lain utk anak. Kalau dulu saya ikut hati, sekarang saya serah kepada Allah, bulat- bulat.

Buat isteri diluar sana, kalau suami ada perempuan lain, jangan menangis atau murung, bangkit.. kalau tak kerja, cari kerja. Belajar berdikari. Doabanyak banyak. Doakan urusan saya dipermudahkan. Thanks admin.
on Leave a Comment

Segalanya telah terungkap

Aku dah pun tahu. Memang dia tak pernah sukakan aku. Genap 2 tahun 11 hari. Dia cuma mahu aku mengaku bahawa aku sukakannya. Tak lebih dari itu. Aku faham egonya.

Lagipun aku dah biasa macam ni. Aku sedar sape aku. Sekarang aku pasang lagu 'Kita terpaksa bermusuhan'. Lagu yang yang famous masa aku darjah 5 . Masa aku jadi ketua darjah. 21 tahun dahulu.

Aku dah masak sangat dengan kehidupan ini. Dah faham sangat dengan perangai manusia. Aku dah tak hairan pun.

Mungkin suatu hari nanti aku akan jumpa dengan orang yang baik. Tapi luka ini dah jadi parut. Nak ape lagi.

Lagi 2 hari. Aku akan umumkan 'persaraan' aku. Aku dah puas selama 2 tahun ni. Banyak yang aku dapat. Lagi 2 hari juga adalah hari Jumaat. Memang hari yang sangat baik. Hari di mana aku selalu mendapat 'kifarah'.

Baru2 ni, mase aku tengah berjalan nak gi solat Jumaat, tiba2 ada budak kecik tengah main dengan kawan2 dia. Salah sorang tegur kawan yang sedang pegang kayu,"Ada pakcik kat belakang tu!". Seingat aku, tahun lepas, budak2 besar tu masih panggil aku 'abang'.   Nampak macam budak darjah 1.

Gi beraya rumah kawan baru2 ni pun, anak buah dia panggil aku pakcik, bukan lagi 'abang' macam tahun lepas. Mungkin abang sado dekat gym je yang nampak aku macam student. Ade ke student U ,budak darjah 1 panggil pakcik? Kebodohan ape manusia macam tu pun aku tak tahu.

Makcik kat kenduri pun boleh tersilap, ingat aku sebaya anak dia yang lain, padahal aku sebaya anak sulung dia. Perbezaan sebanyak 6 tahun. Banyak tu. Seronok la aku sebab nampak muda. Tapi bila budak2 dah mula panggil aku dengan panggilan begitu, rasanya mimpi ngeri aku dah pun bermula. Lepas ni macam2 lah alasan oleh anak2 dara. Aku faham sangat. Sebab baru2 ni pun, anak kakak tu tak datang, kakak je yang datang. Kakak tu teringin sangat nak aku jadi menantu. Tapi bila anak dia tak datang, aku syak mungkin anak dia tu sedang perhati dari jauh. Ingat aku jahil sangat ke? Tak lame pas tu, terus tak jadi. Mungkin anak dia yang tak nak. Mak aku call kakak tu lepas tu pun tak dapat2.

Dulu mase aku kerja kat situ, takde sape pun teringin nak meminang. 6 tahun aku tunggu. Padan muke kau. Aku tak rasa macam padan muke aku pun. Sebab aku ni jenis yang dah tak berapa kisah semenjak 7 tahun dulu. Mase aku rasa aku dah jumpa dengan cinta sejati aku. Tapi dipersenda. Dan juga semasa aku di matriks dahulu. 14 tahun dahulu. Aku yang ngorat budak perempuan tu. Kawan2 siap support lagi. Dia pulak bagi respond 'baik' punyer. Alih2 dah ade yang punya rupanya. Tapi gedik mengalahkan orang yang belum ada bakal laki. Entah lah....


Itu lah, kalau mulai sekarang aku selalu bagi orang perempuan terase hati pun. Aku dah tak rase berdosa pun. Bukan niat aku, sebab aku paranoid...



on Leave a Comment

Bolehkah kasih sayang dibina semula

Terluka, dirawat, kembali terluka, dirawat kembali. Mampu kah?

Dapat tak korang bayangkan putus cinta berkali-kali dan bercinta pun berkali-kali? Senang atau susah? Ada yang baru sekali putus cinta dah terus kecewa selamanya. Ada yang masih mampu bertahan.

Persoalannya, sekali korang dikhianati, dapatkah korang bina semula kepercayaan tersebut apabila korang jatuh cinta sekali lagi?

Aku sendiri tak faham dengan diri aku sebenarnya. Aku memang pernah rasa bagaimana dikhianati, tetapi aku masih ingin bahagia dengan cinta. Cuma, setiap kali aku suka kepada seseorang, aku terus diam. Hairannya. Adakah aku diam kerana malu? Atau kerana aku takut pisang berbuah dua kali? Aku terus tanya kepada diri aku sendiri, akhirnya tiada jawapan. Aku terus buntu.

Apa sebenarnya yang berlaku. Peluang sentiasa ada tetapi mengapa aku terus teragak-agak? Adakah perasaan ini dari tuhan yang ingin menyelamatkan diriku, ataupun kerana kelemahan aku sendiri? Bengang rasanya bila difikirkan.

Aku ingin bertanya, jika seseorang yang peluangnya dinafikan oleh takdir, apakah hikmahnya??

Begini, aku sebenarnya percaya bahawa kita berkuasa kepada diri kita sendiri. Kita mampu mengubah apa yang kita mahu. Memang takdir ada kaitan, tetapi ia tetap boleh diubah.

Kejadian-kejadian begini cuma akan memburukkan lagi keadaan. Aku selalu marah-marah kepada orang yang kurang matang. Yang kurang dapat dugaan dalam hidup tetapi berlagak lebih. Especially orang perempuan. Aku tahu, mungkin perempuan yang aku suka tu pun tersiksa dengan perangai aku. Aku tahu dia mungkin sukakan aku. Aku tahu dia sekarang ada masalah. Entah apa yang hendak disalahkan lagi. Aku pun tak tahu.

Katakanlah aku dapat tahu bahawa perasaannya cuma suatu pembohongan. Dia lakukan semua itu untuk kepentingan dirinya semata-mata. Memang aku masih bertuah kerana aku tak pernah beri apa-apa pengharapan kepadanya. Tetapi aku juga mula sedar bahawa selama ini dia telah mengkhianati perasaan aku kepadanya. Tahukah dia apa kesannya kepada kaum hawa? Orang perempuan seharusnya mula berfikir tentang perkara seperti ini mulai sekarang.....
on Leave a Comment

Tahukah anda bahawa saya pun tidak tahu?

Dikisahkan bahawa terdapat tujuh beradik yang tidak ade kena mengena dengan ultraman ataupun ayah Pin. Mereka bernama Hang Tudiala, Hang Nakpimana, Hang (Tengik, Biaqbetoi, Gokkau, Ghaplah, Ngit) <----boleh darab sendiri guna kaedah matematik. Lenguh pulak nak taip hang2 banyak2 kali...

Ke semua mereka membawa satu misi iaitu untuk menawan, bertapa, membawa pulang (complete one package) Puteri Santubong Puteri Sejinjang Penjaga Gunung Negeri Sarawak Manis Sik Ada Dapat Dilawan (boleh sambung nyanyi sendiri) untuk dipersembahkan kepada baginda Sultan.

Setibanya mereka di puncak Gunung Jerai, mereka bertemu dengan seorang kiai yang sedang bertapa. Lalu mereka menyatakan hajat mereka iaitu untuk mempelajari ilmu silat daripada kiai tersebut. Kiai tersebut memberi syarat iaitu hendaklah mereka mengikutnya turun ke kaki Gunung Jerai pada keesokan paginya dan mengikut apa yang akan dilakukan olehnya. Mereka bertujuh terus bersetuju tanpa banyak bicara.

Tatkala bunyi ayam bersahut-sahutan, berkokok memecah kebeningan pagi, mereka bertujuh bersama -sama dengan kiai memulakan perjalanan dari puncak Gunung sehingga ke kaki gunung, menyelusuri lorong-lorong berliku dan akhirnya sampai ke pekan Gurun.

Kiai tersebut kemudian terus berjalan ke celah-celah lorong bangunan sambil diikuti oleh tujuh beradik yang tidak ada kena mengena dengan Ultraman mahupun ayah Pin tersebut. Lalu kiai tersebut mengeluarkan sesuatu yang terselit di celah bengkungnya. Rupa-rupanya ia sebuah guni. Kiai tersebut kemudian mula mengutip sesuatu .Rupa2 nya kiai tersebut mengutip tin-tin kosong lalu dimasukkan ke dalam guni. Walaupun terpinga-pinga, tujuh beradik yang bla bla (boleh baca balik scroll kat atas) mengikut sahaja perbuatan kiai tersebut. Tatkala guni tersebut telah penuh muatan dan tiada lagi ruang untuk dimasuki tin-tin lagi, tujuh beradik bukan ultraman, bukan ayah Pin tersebut lantas bertanya mengapa harus dikutip tin-tin tersebut dan bilakah mereka boleh mempelari silat sambil menawan puncak Gunung Jerai serta membawa pulang Puteri Santubong Puteri Sejinjang (nyanyi sendiri lah)...akhirnya kiai tersebut mengaku bahawa mereka telah ditipu dan beliau bukan lah seorang kiai. Tidak sampai beberapa saat, dengan jurus langkah seribu yang menggunakan kaki hikmat, kiai tersebut terus lesap dari pandangan mata ketujuh beradik bukan ultraman bla bla...

Tiba-tiba Hang Nakpimana bersuara "Hang Tudiala!". Terasa dirinya disindir, Hang Tudiala terus mengeluarkan keris dan menikam Hang Nakpimana. Hang Nakpimana terus terdiam sehingga mati. Mereka berenam beradik walaubagaimanapun tidak patah semangat dan mendaki semula Gunung Jerai untuk mencari, menawan dan membawa pulang Puteri...(lagu Puteri Santubong). Setibanya mereka berenam di puncak GUnung, Hang Nakpimana bersuara, "Ade bau tengik lah!". Terasa dirinya disindir, Hang Tengik terus menikam Hang Nakpimana dengan lembing saktinya di bahagian dada Hang Nakpimana goreng pun sodap. Tanpa banyak bicara, Hang Nakpimana terus berkata yang dia telahpun mati.

Melihatkan situasi yang kian meruncing, Hang Gokkau berkata "Hang Biaqbetoi!" Hang Biaqbetoi sempat membalas balik, "Hang Gokkau!!" Terasa diri mereka disindirkan, mereka pun saling berbunuhan sesama sendiri.

Akhirnya Hang Tengik, Hang (Ngit, Gpahlah) berjaya menemukan Tuan Puteri Santubong bla bla dan membawa pulang Tuan Puteri tersebut. Semasa di dalam perjalanan, Tuan Puteri Santubong bla bla menegur, "Dari manakah bau hangit ini?". Oleh kerana tidak sanggup membiarkan Tuan Puteri mangkat dan membawa kepada kemurkaan baginda Sultan, Hang Tengik dan Hang Ghaplah berpakat lalu membunuh Hang Ngit. Tinggallah Hang Tengik dan Hang Ghaplah bersama-sama Tuan Puteri Santubong bla bla meneruskan perjalanan sehingga lah mereka sampai di istana.

Oleh kerana keperwiraan Hang (Tengik, Ghaplah), maka baginda sultan mengurniakan mereka pangkat laksamana. Walaubagaimanapun, Hang Tengik berasa tidak puas hati kerana pada firasatnya, dia seorang sahaja yang berhak mendapat pangkat laksamana tersebut. Hang Tengik kemudian merancang taktik licik dengan penuh dendam kesumat, bersama-sama pengikut-pengikutnya, mereka membunuh Hang Ghaplah dengan meracunnya. Taktik kotor Hang Tengik beserta kejahatannya sampai ke pengetahuan rakyat dan semenjak itu seluruh rakyat jelata membenci Hang Tengik. Sepurnama kemudian, Hang Tengik dilihat tidak lagi siuman dan sering dicaci nista oleh sesiapa sahaja yang berselisih dengannya. Hang Tengik dicaci dan dihina dengan panggilan "Hang Tengik!" sehingga ke akhir hayatnya.

Tidak pula dapat dipastikan melalui kisah ini ke mana perginya Hang Tudiala. Kalau diceritakan semula, Hang Tudiala tidak mati ataupun hilang. Penulis menganggap biarlah Hang Tudiala kekal diselubungi misteri.....
on Leave a Comment

Lelaki bujang lagi ramai dari perempuan bujang

Membujang sehingga lewat usia. Jika lelaki, ramai yang menggelar 'bujang terlajak' manakala gelaran yang popular untuk wanita pula ialah 'anak dara tua' (andartu). Meskipun ia hanya gelaran digunakan kebanyakan orang tetapi jelas cukup popular tambahan pula apabila jumlah kelompok itu semakin hari semakin bertambah.

Mungkin ramai yang tidak ambil peduli jika ada lelaki membujang sampai ke tua tetapi kebiasaannya lain pula halnya jika ada wanita masih belum berkahwin walaupun usia belum pun sampai masuk angka 40-an.

Namun, merujuk Laporan Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2008 serta Kajian Penduduk dan Kekeluargaan 2004 yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini, peratusan lelaki bujang dalam lingkungan usia 25 hingga 49 tahun lebih tinggi iaitu 59.6 peratus berbanding wanita (40.4 peratus). 

Peratusan penduduk bujang berusia 40 hingga 49 tahun pula menunjukkan jumlah di kalangan wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Ia sekali gus memberi gambaran wanita yang semakin berusia sukar mendapat pasangan berbanding lelaki. Ada juga kemungkinan wanita yang berusia lebih 40 tahun tidak akan berkahwin langsung.

Pendidikan menjadi salah satu faktor yang sering dikaitkan dengan isu perkahwinan lewat khususnya bagi mereka berpendidikan tinggi. Statistik menunjukkan wanita bujang berpendidikan tinggi lebih ramai iaitu 34.7 peratus berbanding lelaki (25.7 peratus).

Merujuk kepada jenis pekerjaan pula, didapati peratusan wanita bujang melebihi lelaki bujang dalam kumpulan pekerjaan yang memerlukan tahap kemahiran tinggi seperti penggubal undang-undang, profesional serta juruteknik dan profesional bersekutu.

Sebaliknya peratusan lelaki bujang lebih tinggi dalam kumpulan pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan tinggi seperti pekerja pertanian dan perikanan; pekerja pertukangan; operator loji dan mesin; pekerjaan asas serta tentera.

Berdasarkan pendapatan bulanan pula menunjukkan purata pendapatan wanita bujang adalah sebanyak RM1,547 berbanding hanya RM1,240 bagi lelaki bujang. Pendapatan wanita bujang yang melebihi RM3,000 juga lebih tinggi berbanding lelaki bujang.

Apabila ditanya kepada golongan bujang, 48.3 peratus daripada mereka berpendapat lelaki terus membujang kerana masalah kewangan, 19.1 peratus berpendapat kerana terlalu pentingkan kerjaya dan belum bersedia untuk memikul tanggungjawab (lapan peratus).

Di pihak wanita bujang pula, 24.7 peratus berpendapat wanita terus membujang lantaran terlalu memilih, terlalu mementingkan kerjaya (23.8 peratus) serta sukar mencari pasangan sesuai (19.5 peratus).

Ada pelbagai persepsi mengenai berapakah umur dianggap sebagai lewat berkahwin bagi lelaki dan wanita. Secara keseluruhan, 36.5 peratus daripada penduduk bujang berpendapat umur kahwin lewat bagi lelaki ialah 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, secara purata, umur kahwin lewat bagi lelaki ialah 36.2 tahun manakala wanita pula dianggap lewat berkahwin selepas berusia 31.3 tahun.

Pada masa dulu, ramai orang berkahwin pada usia muda iaitu sebelum menjangkau 20 tahun, malah berdasarkan perangkaan hampir 12 peratus wanita berusia antara 15 hingga 19 tahun sudah berkahwin ketika bancian dibuat pada 1980. Namun, peratusan itu merosot ketika bancian pada 2000 di mana hanya empat peratus wanita dalam kumpulan usia itu sudah berkahwin.

Berdasarkan kaji selidik yang dibuat di kalangan penduduk bujang, purata umur yang sesuai bagi lelaki untuk berkahwin ialah ketika berusia 28.4 tahun manakala bagi wanita pula di bawah 25 tahun.

Secara keseluruhan kajian mendapati tiga sebab utama penduduk bujang enggan berumahtangga adalah kerana tiada calon yang sesuai (22.9 peratus), diikuti dengan mempunyai masalah kewangan (18.3 peratus) dan berasa lebih selesa hidup bersendiri (17.4 peratus).

Rumusan daripada sebab utama itu juga mendapati mereka yang berusia 40 tahun ke atas lebih suka bersendiri kerana pada ketika itu, isu perkahwinan bukan lagi perkara penting bagi mereka seterusnya mendorong kepada keputusan untuk terus membujang.

Seperti yang sudah diketahui umum bilangan pelajar wanita lebih ramai berbanding lelaki di institusi pengajian tinggi (IPT), malah sehingga kini, jumlah pelajar wanita di IPT hampir dua kali ganda pelajar lelaki.

Justeru, timbul persoalan sama ada wanita bujang berpendidikan tinggi sanggup mengahwini lelaki yang lebih rendah tahap pendidikannya. Seramai 68.1 peratus lelaki bujang bersedia untuk mengahwini wanita yang lebih tinggi tahap pendidikannya manakala 71.7 peratus wanita bujang pula bersetuju untuk mengahwini lelaki yang lebih rendah tahap pendidikannya.

Bagaimanapun apabila merujuk kepada isu pendapatan, hanya 57 peratus wanita bujang sanggup mengahwini lelaki yang lebih rendah pendapatannya berbanding 70 peratus lelaki bujang yang bersedia untuk mengahwini wanita yang lebih tinggi pendapatannya.

Melihat kepada semua hasil kajian yang dibuat itu memberi gambaran yang lebih kritikal pada masa akan datang sekiranya isu perkahwinan lewat tidak ditangani dengan berhemah. Ini kerana, berdasarkan fakta terkini, jumlah profesional di kalangan wanita yang semakin bertambah akan berkemungkinan meramaikan lagi jumlah mereka yang terus membujang di kalangan mereka.

Meskipun ketika ini, jumlah pelajar jurusan kedoktoran di kalangan lelaki lebih ramai tetapi angka yang ditunjukkan bagi kursus sarjana dan sarjana muda menunjukkan jurang yang sangat ketara apabila lebih 50 peratus daripadanya dipenuhi pelajar wanita.

Senario tidak berkahwin di kalangan wanita juga dilihat bakal lebih ketara pada masa akan datang apabila kajian menunjukkan jangka hayat lelaki lebih pendek berbanding wanita sedangkan pertambahan di kalangan wanita terus meningkat setiap tahun. 

- BERITA HARIAN




Komen :



Maknanya orang perempuan lebih senang dapat pasangan, dengan kata lain, lebih senang bahagia. Membuatkan aku jadi lebih bengang dengan orang perempuan. Bukan  ape, dah kawin tapi nak menggatal lagi. Ada yang kena tangkap khalwat dengan laki lain bagai. WTF. Sebab tu aku sebagai lelaki pun rase nak curang gak. Jahat tol orang perempuan.
on Leave a Comment

Lagu terbaru beserta lyrics - Swedish House Mafia | Don't You Worry Child




Ini antara lagu yang bile aku dengar, aku boleh terkenang kembali masa lalu. Korang dengar lah. Tak minat takpe...
on Leave a Comment

Benarkah lelaki kuat curang?

Masih terngiang-ngiang di telinga aku, seorang pemanggil menelefon sebuah stesyen radio dalam tahun 2005. Pemanggil tersebut adalah seorang wanita. Ketika itu tajuk perbincangan yang dibincangkan secara tepat memang aku tak ingat, tapi yang pasti adalah permasalahan mengenai lelaki dan wanita. Wanita tersebut pula secara terang-terang mengatakan bahawa lelaki lah yang paling banyak curang berbanding wanita. Pada pendapat aku, wanita tersebut hanya bercakap menggunakan emosi. Kerana orang perempuan memang terkenal dengan penggunaan emosi diorang. Salah satunya ketika bercakap.


Lelaki pula banyak 'diam' bila orang perempuan melakukan provokasi seperti itu. Mungkin diorang macam rase bersalah atau sebagainya. Tapi bukan aku. Pada aku, orang perempuan kalau curang, lagi dahsyat daripada lelaki. Korang pasti tahu. Banyak kejadian perempuan atau pun isteri yang curang ditemui di dalam keadaan 'mengerikan' bersama lelaki lain. Zaman sekarang dah tak macam dulu. Perempuan lebih 'bebas'. Dah tak perlu masak, jaga anak bagai. Boleh cari orang gaji (maid).

Tentang curang tu,  di mana2 saja boleh berlaku. Di tempat kerja, di rumah...di parking lot??(yang tuh bukan aku yang cakap, tapi seorang tomboy yang merupakan seorang manager suatu ketika dahulu'... Dahsyat...


Aku tak banyak karenah. Aku tak berkompromi dengan perempuan yang curang. Tiada tempat untuk perempuan yang curang. Jika dia curang, dia boleh pergi. Dosa dengan aku, kita jumpa di sana.


Benar, perempuan juga boleh salahkan lelaki. Contohnya dalam kes seorang pelajar perempuan hantar message whatsapp gambar bogelnya kepada seorang cikgu lelaki. Tak lama, ada juga suara seorang perempuan yang mengatakan 'kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang'. Pada aku, pokok boleh juga bergoyang dengan izin tuhan, tanpa perlu kehadiran makhluk seperti angin. Ini cuma provokasi orang perempuan. Kerana seperti mana yang kita tahu, di akhir zaman nanti, salah satu golongan yang paling banyak menjadi pengikut dajjal adalah golongan wanita. Jadi, boleh disimpulkan di sini bahawa perempuan lah yang paling tak kuat, tak tahan godaan dan lebih mudah curang berbanding lelaki. Sekian. Terima kasih.

Oh ya, seperkara lagi. Tak perlu lah komen tentang lelaki patut menjadi pembimbing kepada wanita bagai. Ramai lelaki dah sedia maklum tentang tu. Masalah sekarang adalah perempuan-perempuan yang tak 'makan saman'. Cakap je lah, nasihat je lah macam mane pun, . Penyakit orang perempuan iaitu penyakit 'keras hati' memang sukar dipisahkan. What can we (men) say more....

Dan juga, bukan lah aku ni pernah disakiti atau tersakiti. Semua yang aku tulis ni adalah supaya semua orang perempuan sedar diri dan tidak melakukan bencana di kemudian hari, kerana akibatnya sangat buruk. wassalam.


Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg