Search This Blog

Momentum [Review]

Momentum bukanlah satu filem box office yang ditunggu-tunggu, namun kami mendapat peluang menonton filem aksi ini dan kini kami nukilkan pendapat kami mengenai filem yang dibintangi Olga Kurylenko ini.

momentum_still_1_-h_2015

Momentum [Review]

Momentum mengisahkan sekumpulan perompak upahan yang diketuai Alex Farraday (Olga Kurylenko) yang diberi tugasan terakhir untuk merompak satu peti bank yang mengandungi berlian dan sebuah pemacu USB, mengandungi maklumat rahsia. Malangnya oleh kerana salah seorang anggota pasukan itu membuat kesilapan, muka Alex telah terdedah kepada saksi dan walaupun mereka berjaya melarikan diri, gambar beliau telah diketahui umum.

Oleh kerana itu, senator Amerika yang mengupah mereka mahu kumpulan perompak itu dihapuskan. Mampukah beliau menyelamatkan diri dari dibunuh pembunuh upahan senator Amerika itu?

uskorenie-scene

Jalan Cerita

Jalan cerita filem ini bukanlah suatu yang baharu. Filem aksi teori konspirasi seperti ini telah banyak digunapakai dan bukan lagi suatu yang menarik. Oleh kerana jalan cerita sebegini telah banyak digunapakai, ia boleh dijangka oleh penonton dan tidak memberikan penonton rasa terhibur.

Namun, filem ini lebih banyak menumpukan kepada aksi-aksi mendebarkan yang tidak putus-putus. Babak aksinya, walaupun tidak dapat dibandingkan dengan filem-filem James Bond atau Furious 7, ia tidaklah begitu teruk atau kelihatan murahan.

movie-momentum-2015-657384

Filem ini mempunyai kesudahan yang tergantung, memungkinkan pembikinan sebuah sekuel. Tetapi sejujurnya, kami rasakan filem ini tidak cukup menarik untuk memungkinkan pembikinan sebuah sequel. Apapun, kita lihat nanti.

Lakonan

Mutu lakonan pelakon dalam filem ini bukanlah yang terbaik, malah watak jahat Mr. Washington cuba menampilkan perwatakan orang yang mempunyai “kelas”, namun pada hakikatnya lakonannya tidaklah begitu meyakinkan.

Pelakon tambahan yang ditampilkan juga nampak terlalu beria-ia dalam lakonan mereka sehingga menampakkan banyak kelemahan dalam lakonannya.

Positif vs Negetif

Positif

  • Aksi yang boleh tahan, walaupun filem ini kelihatan seperti sebuah filem bajet rendah.
  • Putaran plot yang OK menjadikan jalannya tidak begitu membosankan.

Negetif

  • Jelas sekali sebuah filem bajet rendah.
  • Jalan cerita yang telah biasa digunakan dan digunakan semula.

Momentum-WEB7

Kesimpulan

Filem Momentum bukanlah sebuah filem yang hebat, namun ia juga bukanlah sebuah filem yang teruk. Ia mungkin lebih sesuai untuk dijadikan filem TV di mana ia mungkin mendapat penilaian yang lebih baik. Tontonlah filem ini jika anda telahpun menonton filem-filem lain yang anda mahu tonton.

The post Momentum [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1i2zjYj