Search This Blog

Mr Holmes [Review]

Sherlock Holmes merupakan watak detektif British yang terkenal di dunia. Banyak versi filem dan siri TV telah dibikin berdasarkan watak ini. Mr Holmes memperlihatkan satu drama yang berbeza sedikit dari filem-filem Sherlock Holmes yang lain.

mr_holmes

Mr Holmes [Review]

Filem Mr Holmes yang dibintangi Sir Ian McKellen menceritakan mengenai Sherlock Holmes yang sudah berumur 93 tahun. Beliau telah berhenti menjadi penyiasat untuk satu jangkamasa yang lama setelah mengalami kegagalan dalam kes terakhirnya.

Rakannya, John Watson telah menjadi penulis dan mensensasikan pengalaman penyiasatan Sherlock Holmes, menjadikan semua kisah mengenainya tidak tepat demi mensensasikan buku yang ditulisnya.

mr-holmes-movie

Untuk membetulkan rekod mengenai dirinya, Sherlock Holmes mula menulis sendiri buku mengenai kes terakhirnya itu. Malangnya dia mengalami penyakit nyanyuk dan sukar mengingati perkara mengenai kes tersebut. Kini beliau tinggal di rumah rehatnya bersama seorang penjaga wanita dengan anaknya, Roger yang merupakan seorang budak yang bijak.

Dengan bantuan Roger, beliau sedikit demi sedikit membantunya mengingati perkara yang berlaku semasa kes terakhirnya. Mampukah beliau mengingati semua perkara itu dan menghabiskan penulisan bukunya? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran.

Hirouki-Sanda-Mr-Holmes

Jalan Cerita

Seperti semua filem Sherlock Holmes, ia bukan untuk sebarang orang. Filem drama ini sesuai untuk mereka yang gemarkan kesusasteraan Inggeris. Oleh kerana ia sebuah filem Sherlock Holmes, ia menampilkan kebijaksanaan dan daya pemerhatiannya dalam mencerap maklumat di sekelilingnya. Tetapi kerana beliau mengalami penyakit nyanyuk, pemerhatian dan ingatannya kurang tajam.

mrholmes1

Secara keseluruhannya filem ini bukan menumpukan kepada penyiasatan atau aksi, sebaliknya mengenai Sherlock Holmes mencari-cari apa sebenarnya yang penting dalam kehidupannya. Beliau seorang yang bijak, namun adakah kebijaksanaan itu boleh membawa kebahagiaannya?

Lakonan dan Produksi

Yang agak mengejutkan mengenai filem ini ialah, walaupun ia boleh dianggap satu filem yang agak ringkas, krew produksi meletakkan usaha bersungguh sungguh dari segi produksi dan lakonan bagi menghasilkan sebuah filem berkualiti tinggi.

Lakonan para pelakonnya juga sangat berkualiti dan langsung tidak menampakkan sedikitpun sambil lewa.

mr-holmes-2015-full-movie-watch

Positif vs Negetif

Positif

  • Filem yang berkualiti.
  • Lakonan yang hebat.

Negetif

  • Tema filem drama bukan untuk semua orang.

1280x720-Y25

Kesimpulan

Filem Mr Holmes bukan untuk semua penonton, namun bagi mereka yang meminati drama sebegini mungkin akan menyukai filem ini. Walaupun ia tidak banyak menampilkan aksi penyiasatan sepertimana filem dan siri TV Sherlock Holmes yang lain, ia menampilkan jalan cerita yang menarik. Jika anda gemar filem drama sebegini kami merekomen anda menontonnya, jika tidak, elakkannya.

The post Mr Holmes [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1Gqp8IL