Search This Blog

Paranormal Activity The Ghost Dimension [Review]

Sepertimana yang anda ketahui, siri filem Paranormal Activity merupakan siri filem seram yang kononnya diambil sendiri oleh watak-watak dalam filem menggunakan kamera “amatur”. Dalam satu atau dua filem pertamanya, ia telah memaparkan pengalaman puaka yang tidak keterlaluan, namun dalam filem-filem terakhirnya, jalan ceritanya semakin mengarut. Adakah ini sama untuk filem terbaharu dalam siri ini, Paranormal Activity The Ghost Dimension? Ini ulasan kami.

paranormal

 

Paranormal Activity The Ghost Dimension [Review]

Paranormal Activity The Ghost Dimension mengisahkan keluarga Ryan dan Emily yang mempunyai seorang anak kecil bernama Leila. Mereka baharu berpindah ke rumah baharu. Adik Ryan, Mike yang baharu berpisah dengan teman wanitanya, datang untuk tinggal bersama mereka.

 

Dalam membuat persiapan Krismas, mereka terjumpa sebuah kamera istimewa tersimpan dalam kotak di dalam rumah mereka. Kamera tersebut ditemui bersama beberapa buah kaset VHS yang menunjukkan rakaman aktiviti pemujaan syaitan. Setelah mencubanya, didapati kamera itu boleh merakam dimensi hantu.

Sejak penemuan itu, anak mereka, Leila disapa satu entiti bernama Toby yang menjadi kawannya. Kelakuannya semakin pelik sejak berkawan dengan entiti itu.

Apakah kesudahan filem ini? Tontonilah di pawagam berhampiran anda.

NEDxCn9bCZt9GK_1_b

Jalan Cerita

Berbeza dengan filem-filem sebelumnya, Paranormal Activity The Ghost Dimension menampilkan sebuah filem dengan jalan cerita yang lebih mendalam berbanding filem-filem sebelumnya. Sungguhpun begitu, ini tidak bermakna filem ini sebuah filem yang menarik.

Mungkin dalam babak-babak awal filem di mana Ryan dan Mike menemui kamera istimewa dan menyiasat kaset VHS, filem ini menunjukkan potensinya, namun selepas itu, jalan ceritanya boleh diramal, terutamanya jika anda telah menonton filem-filem sebelumnya.

paranormal-activity-the-ghost-di

Sebenarnya banyak babak-babak pelik yang tidak sepatutnya berlaku jika difikirkan secara logik. Contohnya, pada kebiasaannya, seseorang itu tidak akan merakamkan perbualan peribadi mereka yang membincangkan hal berkenaan perkara aneh yang sedang berlaku kepada mereka.

Satu lagi contoh adalah, sekiranya seseorang itu mendapati anak mereka diganggu makhluk ghaib, sudah tentu mereka tidak akan membenarkannya tidur di bilik sendiri dan mungkin terus memanggil pakar dalam bidang ghaib. Ini tidak berlaku dalam filem ini, sebaliknya mereka terus membenarkan anak mereka tidur dibiliknya walaupun mengetahui 1001 bahaya boleh berlaku padanya.

video-paranormal-activity-the-ghost-dimension-30-sec-tv-spot-videoSixteenByNine1050

Paling mengecewakan ialah tiada babak seram dalam filem ini, cuma ada babak yang mengejutkan. Jadi bagi mereka yang gemarkan filem yang memberi kesan seram yang mendalam, filem ini bukan filem untuk anda. Kekurangan faktor seram mungkin disebabkan jalan cerita filem yang memang tidak realistik.

Buat pertama kalinya, penggunaan CGI yang meluas menambahkan lagi faktor tidak realistik filem ini.

PARANORMAL ACTIVITY THE GHOST DIMENSION

Positif VS Negetif

Positif

  • Berbanding filem-filem sebelum ini, ia mempunyai jalan cerita yang jelas, walaupun tidak begitu menarik.
  • Penggunaan CGI yang lebih banyak berbanding filem sebelumnya.

Negatif

  • Filem dipenuhi babak mengejutkan, tetapi tidak seram.
  • Mengikuti formula yang sama dengan filem Paranormal Activity 4 sebelumya

image

Kesimpulan

Filem Paranormal Activity The Ghost Dimension merupakan sebuah filem seram yang menggunapakai formula yang sama seperti filem-filem sebelumnya iaitu membuatkan penonton terkejut dan bukannya sebuah filem yang begitu seram. Mungkin salah satu sebab utamanya ialah filem seram Holywood tidak serasi dengan penonton Asia. Penonton Asia lebih menggemari filem seram Thai dan Korea yang mempunyai nilai-nilai universal di kalangan penonton Asia. Apa pun, jika anda sememangnya mengikuti filem-filem Paranormal Activity, tontonlah filem ini kerana ia adalah yang terbaik di antara semua filem dalam siri berkenaan.

Ivy George plays Leila in Paranormal Activity: The Ghost Dimension from Paramount Pictures.

The post Paranormal Activity The Ghost Dimension [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1WqDVoB