Search This Blog

Star Wars VII The Force Awakens [Review]

Selama beberapa minggu kami berusaha untuk tidak tertonton atau terbaca spoiler mengenai filem epik Star Wars VII The Force Awakens dan akhirnya kami berjaya menontonnya tanpa sebarang pengetahuan mengenai later belakang jalan ceritanya. Walaupun terdapat seorang peminat tegar Star Wars dalam team Wayangkini, penulis ditugaskan untuk menulis review ini untuk mengelakkan review yang “pilih kasih”. Penulis bukanlah peminat tegar Star Wars, tetapi telah menonton semua filem sebelum ini sekurang-kurangnya sekali.

Star Wars VII The Force Awakens

Star Wars VII The Force Awakens [Review]

Star Wars VII The Force Awakens berlangsung 30 tahun selepas kejadian Star Wars VI Return of The Jedi. The Empire telah tumbang dan kini digantikan oleh satu organisasi dipanggil The First Order. Tanpa memberikan sebarang spoiler, filem ini mengisahkan kedua dua pihak, The First Order dan pasukan pemberontak berusaha untuk mencari Luke Skywalker yang menghilangkan diri untuk sekian lama.

Pertembungan bakal berlaku antara dua pihak ini. Apakah kesudahannya? Tontonlah filem ini di pawagam IMAX atau 3D berhampiran anda.

star_wars_characters_-_h_-_2015

Jalan Cerita dan Lakonan

Jalan cerita filem ini sememangnya tidak syak lagi mengikut gaya penceritaan filem Star Wars dan tidak melupakan unsur-unsur yang membuatkan siri filem ini sebuah lagenda dalam perfileman Holywood. Babak aksi dan peperangan angkasa pula sememangnya mengujakan semua peminat-peminat setia francais filem Star Wars.

_86225572_cb1120.4k_noblur.v04.1132

Lakonan pelakon-pelakonnya juga di tahap yang terbaik. Dalam Star Wars IV hingga VI, masalah dan komplen yang dihadapi adalah kualiti kesan khasnya yang kurang baik. Tetapi itu sememangnya dijangkakan dengan teknologi perfileman yang ada pada zaman lewat 70an dan awal 80an. Tetapi lakonan pelakonnya sememangnya mendapat pujian ramai.

Dalam episod Star Wars I hingga III pula, kesan khas yang digunakan jauh lebih baik memandangkan teknologi CGI telah berkembang pesat pada zaman itu. Tetapi lakonan pelakonnya didapati kaku dan tidak memberangsangkan.

Star_Wars_Still

Untuk filem Star Wars VII maklumbalas awal adalah ia menggabungkan kehebatan lakonan siri Star Wars asal (IV – VI) dengan kehebatan CGI siri Star Wars kedua (I – III). Cuma mungkin watak jahat utama, Kylo Ren kurang “ganas” dan kelihatan mentah, berbanding Darth Vader yang sememangnya kejam. Tetapi mungkin itu sememangnya karakter watak berkenaan. Terdapat juga watak-watak yang muncul terlalu sekejap dan tiada fungsi dalam filem ini.

Secara keseluruhan, dari pandangan seorang yang bukan peminat tegar Star Wars, jalan cerita filem ini OK sahaja. Tidaklah begitu gempak. Namun penulis pasti peminat tegar kurang bersetuju dengan penulis. Ada sahabat penulis yang telah menonton filem ini 3 kali kerana minatnya terhadap filem Star Wars.

Star-Wars-Force-Awakens-Chrometrooper

Salah seorang watak yang muncul terlalu sekejap dan tiada fungsi dalam filem ini

Positif vs Negetif

Positif

  • Lakonan dan CGI yang terbaik
  • Kesinambungan  dari filem episod 6 dilakukan dengan baik
  • Menepati gaya dan persekitaran Star Wars

Negetif

  • Jalan cerita walaupun menarik, tidak menampilkan sebarang kejutan
  • sesetengah watak tidak ada fungsi dan muncul hanya sekejap sahaja.

5543ca96801ffcbc36b34181_vanity-fair-star-wars-01

Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan filem Star Wars VII The Force Awakens merupakan sebuah filem yang hebat dan kini meraih filem paling pantas menerima kutipan melebihi USD300 juta dalam minggu pertamanya dengan kutipan USD325.4 juta dalam masa 5 hari berbanding Jurassic World yang mengutip USD300 juta dalam masa 8 hari. Namun kehebatan filem ini banyak bergantung kepada jika anda seorang peminat tegar filem ini atau tidak.

Terdapat sesetengah orang yang tidak pernah menonton filem-filem Star Wars. Bagi mereka filem ini langsung tidak menarik perhatian mereka. Malah jika diberi peluang menonton semula siri filem Star Wars sebelum ini, mereka tidak dijangka akan meminati filem francais ini pun.

Tetapi bagi mereka yang telah menonton filem ini sejak kecil lagi, pasti akan bertepuk kegembiraan selepas menontonnya.

IMDB

The post Star Wars VII The Force Awakens [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1U7GwDD