Search This Blog

London Has Fallen [Review]

Setelah bertahun menunggu sejak trailer pertamanya, akhirnya filem London Has Fallen telah mula ditayangkan di pawagam. Kami berpeluang menonton filem ini dengan harapan filem ini akan menampilkan aksi-aksi mendebarkan dan jalan cerita yang menarik.

London-has-Fallen-Gerard-Butler

London Has Fallen [Review]

London Has Fallen merupakan filem sequel kepada Olympus Has Fallen yang ditayangkan pada 2013. Kali ini presiden Amerika Syarikat, Benjamin Asher lakonan Aaron Eckhart dan ketua perkhidmatan rahsia, Mike Banning, menghadiri upacara pengebumian perdana menteri Britain yang mati mengejut.

Namun, tanpa pengetahuan mereka, seorang pengedar senjata haram, Aamir Barkawi merancang membunuh semua ketua-ketua negara yang menghadiri upacara tersebut, termasuk presiden Amerika Syarikat demi membalas dendam keatas mereka kerana membunuh keluarganya dalam satu serangan dron dua tahun sebelum itu.

Mampukah mereka terselamat dari genggaman Barkawi? Tontonlah filem ini di pawagam berhampiran untuk mengetahui kesudahannya.

Aamir Barkawi

Aamir Barkawi

Jalan Cerita dan Lakonan

Walaupun separuh pertama filem ini dipenuhi aksi mendebarkan, namun, lama-kelamaan, separuh kedua filem ini membuktikan ia hanyalah sebuah filem aksi Holywood yang tipikal yang memaparkan Amerika sebagai kuasa besar yang boleh melakukan sesuka hati dan masih digelar hero dunia. Dalam kes ini, Amerika telah membunuh keluarga Barkawi yang tidak bersalah menggunakan dron. Ini sememangnya berdasarkan kisah-kisah benar yang berlaku di Yemen sebelum peperangan terkini meletus. Tetapi, seperti biasa, pihak Amerika bijak menjustifikasikan perbuatan mereka.

London-Has-Fallen-Butler-Eckhart

Apa pun kesnya, terdapat banyak kelopongan plot dalam filem ini dan yang paling utamanya bagaimana Barkawi berjaya menempatkan konco-konconya dalam pihak keselamatan UK dengan begitu banyak, sehingga mereka berjaya menguasai keseluruhan London. Tambahan pula, bukan semua mereka orang Islam, tetapi ada yang merupakan orang kulit putih UK. Walaupun soalan ini terjawab di penghujung filem, namun sebab yang diberikan kurang kukuh.

'London Has Fallen' stunt scenes filming in East London Featuring: Atmosphere Where: London, United Kingdom When: 28 Feb 2015 Credit: WENN.com

Kredit: WENN.com

Seperti biasa juga, heronya terlalu hebat untuk dikalahkan pengganas di mana seorang hero boleh mengalahkan beratus-ratus pengganas. Filem ini juga agak pendek, lebih kurang satu setengah jam dan kami mengharapkan kesudahan yang lebih sofistiketed, namun dikecewakan.

London-Has-Fallen-2016-Movie-Wallpaper-11-1280x793

Lakonan di pihak Amerika memuaskan, namun di pihak British agak mengecewakan sedikit di mana lakonan pagawai-pegawai atasan perisikan dan keselamatan British agak kaku, walaupun seluruh London hampir musnah, mereka tetap tenang seolah mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Sejujurnya filem ini seolah-oleh memperkecilkan pihak keselamatan British di mata dunia.

Pelakon-pelakon yang berada di bilik krisis di Amerika juga kurang memberangsangkan. Sebahagian besar masa dalam filem ini, mereka hanya mempunyai peranan sebagai pasukan sorak Amerika, bersama-sama dengan timbalan presiden, Trumbull.

london-fb

Sinematografi dan Kesan Khas

Tidak banyak yang boleh kami ulas mengenai sinematografi filem ini, namun kesan khas CGInya agak teruk. Helikopter Marine One, Two dan Three jelas sekali menggunakan CGI dan kesan letupan dalam serangan bom sangat tidak realistik. Agak mengecewakan melihat filem Holywood berprofil tinggi seperti ini menggunakan CGI yang kurang berkualiti.

Walaubagaimanapun, aksi-aksi dan lagak ngeri sebenar yang ditampilkan dalam filem ini memuaskan.

Kesan letupan yang kurang meyakinkan

Kesan letupan yang kurang meyakinkan

Positif Vs Negatif

Positif

  • Separuh pertama filem ini gempak dan penuh aksi

Negetif

  • Jalan cerita dan kesudahan yang ringkas
  • CGI kurang memberangsangkan
  • Masa tayangan yang pendek, iaitu lebih kurang satu setengah jam.

London-Has-Fallen-2016-Movie-Wallpaper-07

Kesimpulan

Walaupun kami memberikan banyak komen negatif mengenai filem ini, separuh pertamanya sangat mendebarkan dan kami pasti anda akan terhibur. Filem ini bermula dengan potensi yang besar, tetapi, lama kelamaan, filem ini kelihatan seperti sebuah filem aksi tipikal Holywood. Tambahan pula ia tiada selok-belok plot yang sofistiketed, malah sebahagian besar plotnya agak simplistik.

Jika anda hanya menonton filem ini sebagai hiburan di hujung minggu, filem ini boleh memberi ruang untuk melepaskan tekanan. Tetapi jika anda mengharapkan jalan cerita yang menarik, ini bukan filem untuk anda.

Penilaian: 6.5/10

IMDB

The post London Has Fallen [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1SnHm1q