Постоянные читатели

on Leave a Comment

My Stupid Boss [Review]

Kami amat jarang menonton filem Indonesia di pawagam, malah kami belum lagi menonton filem Ada Apa Dengan Cinta 2 walaupun filem pertamanya merupakan filem zaman kami belajar. Tetapi setelah menonton trailer My Stupid Boss dan mengetahui ia merupakan filem kerjasama produksi Indonesia dan Malaysia, kami tertarik untuk menonton filem ini.

My Stupid Boss

My Stupid Boss [Review]

Filem My Stupid Boss merupakan adaptasi siri novel berdialog dari Indonesia dengan tajuk yang sama. Filem ini dibikin pengarah Indonesia Upi Avianto yang dibikin sepenuhnya di lokasi di Malaysia.

Filem ini mengisahkan Diana yang mengikuti suaminya, Dika, yang bekerja dan tinggal di Malaysia. Oleh kerana kebosanan menjadi surirumah, beliau mengambil keputusan untuk bekerja di syarikat milik sahabat suaminya yang terletak di Kuala Lumpur (menurut papan tanda, ia terletak di Jalan Sungai Buloh, Selangor).

Sejak kali pertama Diana menjejakkan kaki ke syarikat tersebut dan mendapat jawatan ketua kerani, beliau mula menyedari dengan cepat betapa gilanya bosnya yang dipanggil Bossman. Di situlah bermulanya kisah lucu mengenai kehidupan sehari-hariannya melayan kerenah Bossman yang gila-gila, kedekut dan luar biasa yang hampir membuatkan Diana separuh gila.

2_副本

Jalan Cerita dan Lakonan

Sejujurnya filem ini tiada jalan cerita yang jelas dan ia hanyalah paparan kehidupan harian di syarikat Malaysia Sinar Berjaya Sdn Bhd. Jika ada pun jalan cerita, secara keseluruhannya ia memaparkan kisah “sesi suai kenal” antara Diana dengan bosnya. Tetapi itu semua tidak penting kerana filem ini adalah filem paling lucu kami pernah tonton tahun ini dengan diambil kira juga filem Hollywood!

Walaupun ia tiada jalan cerita yang jelas, babak-babak dan dialog-dialog disusun dengan sempurna bagi memastikan impak kelucuan yang maksima serta tiada lawak slapstik. Bersesuaian dengan buku-buku asalnya yang menampilkan dialog-dialog lucu antara Diana dan Bossman.

Babak-babak yang ditampilkan sangat jujur. Sebagai contoh, filem ini tanpa segan silu memaparkan pekerja-pekerja Malaysia di syarikat Bossman tidak faham percakapannya yang menggunakan Bahasa Indonesia yang membawa kepada banyak babak-babak yang sangat lucu.

Ccd1frZWEAAMiVk

Dan jika anda menganalisa filem ini secara dekat, anda tentu akan perasan sindiran tersirat mengenai orang-orang Malaysia yang diselitkan dalam filem ini. Antaranya, filem ini memaparkan jiran-jiran wanita surirumah di apartemen Diana yang suka bergossip, memaparkan masyarakat Malaysia yang bukan satu bangsa dan satu bahasa, dan beberapa lagi sindiran nakal yang diselitkan. Namun ia tidaklah serious dan tidak perlu diambil terlalu serious.

Lakonan watak-wataknya juga dilakonkan dengan jujur (kata kuncinya jujur), berekspresi dan bersahaja. Setiap orang mempunyai perwatakan yang kuat serta konsisten sepanjang filem ini dan ini membuatkan anda lebih menghayati dan “mesra” dengan watak-watak dalam filem ini. Apa yang pasti, filem ini dipenuhi lawak jenaka yang jujur dan bersahaja, malah ada juga lawak jenaka yang tidak disangka-sangka, membuatkan kami tidak henti-henti bergelak-ketawa dari mula sehingga akhir filem ini.

071451200_1461675655-IMG_0904

Kesan Khas dan Skor Muzik

Pertama sekali mengenai muzik di dalam filem My Stupid Boss. Filem ini berjaya menonjol di kalangan penonton Malaysia dengan pilihan lagu Gerimis Mengundang dan Cindai yang menjadi lagu tema filem ini dan kami percaya kedua buah lagu ini sememangnya popular di Malaysia dan Indonesia. Malah terdapat babak joget beramai-ramai dengan lagu Cindai yang kami rasakan sangat lucu (bukan kerana lagu itu lucu, tetapi sebab kenapa mereka berjoget membuatkannya lucu).

Dari segi visual, filem ini menampilkan gaya funky ala hipster di mana banyak warna-warna terang digunakan dalam perhiasan pejabat dan rumah Diana. Gaya ini memang popular dalam filem-filem masa kini, jadi ia bukanlah sesuatu yang baharu, namun menjadikan filem ini sedap dipandang.

Positif vs Negatif

Positif

  • Filem paling lucu pernah kami tonton tahun ini.
  • lakonan watak yang jujur, lucu dan bersahaja
  • “Plot twist” di akhir filem yang tidak disangka.

Negatif

  • Tiada jalan cerita yang jelas
  • “Plot Twist” di akhir filem agak mendadak dan tiada kaitan dengan filem in secara keseluruhan.

646xauto-my-stupid-boss-reza-rahadian-gendut-dan-botak-160409t

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat kami buat adalah, anda wajib menonton filem My Stupid Boss walaupun anda terpaksa mengheret, rakan, suami, boyfriend, rakan sekerja atau bos anda ke panggung wayang. Kami jamin anda tentu akan bergelak ketawa di pawagam sepanjang filem ini. Kami tidak bernasib baik kerana semasa menonton filem ini, pawagam hanya dipenuhi 10-15 orang sahaja, jadi persekitaran gelak ketawa kami kurang memberangsangkan. Jangan jadi seperti kami, ajak rakan-rakan anda menonton sekali!

Penilaian: 8/10

IMDB

The post My Stupid Boss [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/20A8knu

0 comments:

Отправить комментарий

Sebarang komen membina adalah di alu-alukan.

Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg