Search This Blog

Precious Cargo [Review]

Sekali-sekala kami terdorong untuk menonton filem yang tidak ternama dan filem Precious Cargo merupakan salah satu daripadanya. Walaupun ia sebuah filem tidak ternama, ia dibintangi Bruce Willis, seorang pelakon filem aksi veteran terkenal. Kami cuma ingin tahu adakah filem ini berkisar tentang apa.

Precious cargo

 

Precious Cargo [Review]

Filem Precious berkisar tentang Jack, seorang pakar perancang rompakan yang merompak bersama kumpulan perompak yang diupah mengikut tugasan yang diambil. Suatu hari bekas teman wanitanya Jenna, juga seorang perompak kembali kepadanya dan mengatakan beliau sedang diburu oleh ketua kumpulan jenayah terancang bernama Eddie. Beliau hanya boleh selamat jika Jack bersetuju untuk merompak sebuah trak keselamatan yang membawa berlian.

Mampukah Jack dan rakan-rakannya merompak trak tersebut dan seterusnya menyelamatkan bekas teman wanitanya, Jenna? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

maxresdefault (4)

Jalan Cerita dan Lakonan

Perkara pertama yang kami sedari mengenai filem ini ialah ia merupakan filem dengan bajet kecil. Plotnya sangat klise dan disusun secara amatur. Namun, sungguhpun begitu, filem ini masih mampu membuatkan kami menontonnya sehingga ke penghujungnya dengan beberapa “plot twist” yang agak menarik, walaupun secara keseluruhannya jalan cerita filem ini ketara ditulis secara amatur.

Malah satu perkara pelik mengenai jalan cerita filem ini ialah bagaimana Logan (kawan perempuan Jack) mempertahankannya dari Jenna yang beliau rasakan mahu menipu Jack. Biasanya lelaki yang mempertahankan kawan perempuan daripada ditipu, namun dalam filem ini sebaliknya. Ia tidak salah, tetapi agak janggal.

precious_cargo__2016_282

Lakonan juga menjadi satu masalah besar bagi filem ini. Walaupun watak utamanya dilakonkan dengan baik, lakonan watak sokongan seperti watak Logan yang merupakan penembak tepat dan kawan rapat Jack jelas sekali kaku. Tidak dapat dinafikan watak beliau sememangnya seorang yang kurang berperasaan, namun lakonannya terlalu kaku.

Watak-watak sampingan lain pula mempunyai lakonan samada terlalu bersemangat atau mempunyai gaya lakonan yang kurang “natural“.

Kesan Khas

Kesan khas yang ditampilkan dalam filem ini juga kelihatan secara keseluruhannya amatur. Efek tembakan jelas sekali ditambah menggunakan komputer pasca-produksi dan kadang kala tembakan yang terkena orang tidak mengeluarkan kesan darah. Mungkin kekangan bajet menyebabkan kesan khas filem ini tidak mencapai standard filem-filem Holywood yang terkenal.

maxresdefault (7)

Positif vs Negetif

Positif

  • Ia sebuah filem bajet yang tidak berpura-pura menjadi sebuah filem box office.
  • Walaupun bajetnya kecil, ia bukanlah filem murahan dan masih boleh ditonton.

Negatif

  • Lakonan kurang mantap dari pelakon sokongan.
  • Jalan cerita yang klise.
  • Kesan khas yang berada pada peringkat bajet.

5

Kesimpulan

Walaupun kami memberikan banyak komen negatif mengenai filem Precious Cargo, namun sebenarnya ia tidaklah seteruk yang disangkakan, cuma ia ditayangkan di tempat yang salah. Ia tidak sepatutnya ditayangkan di pawagam, sebaliknya ditayangkan sebagai filem TV seperti filem dalam segmen Cerekarama. Jika dinilai sebagai sebuah filem TV kami boleh katakan ia filem yang OK. Namun, kami tidak boleh rekomen anda menonton filem ini di pawagam.

Penilaian : 4/10

IMDB

The post Precious Cargo [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1rUiULb