Постоянные читатели

on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG INSTITUT JANTUNG NEGARA 2016

Kerja Kosong Institut Jantung...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/1Pvfrro
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 24 SEPTEMBER 2016

Jawatan Kosong terkini MPSJ...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/2a42kno
on Leave a Comment

Star Trek Beyond [Review]

Filem Star Trek Beyond merupakan salah satu filem yang ditunggu-tunggu tahun ini dan filem kali ini sedikit istimewa. Bagaimana ia istimewa? Kami akan terangkan dalam review kali ini.

Chris-Pine-as-Captain-Kirk-in-Star-Trek-Beyond

 

Star Trek Beyond [Review]

Star Trek Beyond arahan pengarah kelahiran Malaysia, Justin Lin, mengisahkan krew USS Enterprise yang menyahut permintaan bantuan seorang makhluk asing yang telah tiba di stesen angkasa Yorktown kerana beliau mendakwa kapalnya telah terhempas di sebuah planet yang hanya boleh diakses oleh kapal seperti USS Enterprise.

Setibanya mereka di planet tersebut, mereka diserang oleh kaum makhluk asing yang beroperasi seperti sekawan lebah. Ini menyebabkan kapal mereka mengalami kerosakan teruk dan semua krew terpaksa melarikan diri menggunakan pod keselamatan. Malangnya mereka ditawan oleh makhluk asing tersebut.

Dengan kapalnya musnah dan keadaan mereka yang terdampar di sebuah planet yang tidak berpenghuni, Kapten Kirik mesti mencari jalan untuk menyelamatkan krewnya. Makhluk apakah yang dihadapi mereka? Apakah mereka akan dapat diselamatkan? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem ini di pawagam berhampiran anda.

star-trek-1400-1

 

Jalan Cerita dan Lakonan

Star Trek Beyond istimewa kerana dua sebab. Pertama ia diarahkan pengarah kelahiran Malaysia, Jeremy Lin dan kedua kerana jalan cerita filem kali ini dibuat khas untuk memastikan jalan cerita keseluruhan francais filem ini kembali selari dengan siri TV asal yang ditayangkan bermula 50 tahun dahulu di mana watak utama Kapten Kirk dimainkan William Shatner. Malah terdapat satu babak di mana Spock muda menangisi kematian Spock tua (yang hadir dari masa hadapan dalam filem Star Trek reboot pertama pada tahun 2009), dan melihat gambar krew USS Enterprise yang disimpan dalam koleksi barangan Spock tua. gambar tersebut merupakan gambar krew dan pelakon yang sama dalam siri Star Trek 50 tahun dahulu.

star-trek-beyond-idris-elba-as-krall

 

Berbalik semula kepada review. Jalan cerita kali ini kami rasakan adalah yang terbaik dalam 3 filem reboot yang dibikin setakat ini. Tanpa membuang masa, filem ini terus bermula dengan isi-isi penting filem tersebut. Secara keseluruhan penceritaannya padat dan tidak mengelirukan serta terdapat putaran plot (plot twist) yang menarik di bahagian-bahagian akhirnya.

Aksi-aksi yang dipaparkan juga sangat menarik dan mendebarkan serta tidak meleret-leret seperti dalam filem Transformers yang terakhir. Lawak jenakanya juga bersahaja dan lucu bakal membuat anda tidak kering gusi.

Lakonan para pelakon utama tentunya berada tahap yang terbaik dan sememangnya setia kepada perangai watak masing-masing.

star-terk-beyond-scotty-jaylah

Kesan Khas dan Muzik

Dalam filem berunsurkan angkasa lepas, tentunya usaha yang jitu diarahkan kepada kesan khas dan CGI. Seperti yang diharapkan, babak-babak peperangan angkasa telah dibikin dengan begitu baik sekali, namun terdapat sedikit kelemahan yang boleh dilihat apabila digabungkan babak CGI dan babak dunia nyata.

Sebagai contoh, babak kapten Kirk menunggang motosikal dengan laju di kawasan berbukit menuju ke pangkalan Krall. Secara logiknya, dengan bentuk muka bumi yang begitu berbukit, mustahil beliau dapat menunggang selaju seperti yang digambarkan dalam babak tersebut. Ia merupakan kelemahan kecil, tetapi disedari jika anda melihat dengan teliti.

Untuk muzik pula, jika anda menonton trailer pertama Star Trek, anda akan menyedari sebuah lagu rock yang dimainkan di awal trailer tersebut. Walaupun tidak kelihatan penting, lagu tersebut bakal menjadi sumber lawak jenaka terbesar dalam filem tersebut.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita dan aksi yang menarik serta lawak jenaka yang menghiburkan
  • Berjaya membawa jalan cerita keseluruhan francais selari dengan siri TV asal 50 tahun dahulu.
  • CGI berkualiti
  • Lakonan mantap

Kelemahan

  • Sedikit kelemahan pada CGI

mccoy-spock-10-clues-from-the-beyond-trailer

Kesimpulan

Star Trek Beyond menggabungkan semua ramuan dengan secukupnya, aksi, drama dan lawak jenaka. Tidak seperti filem Transformer yang mempunyai babak aksi yang meleret-leret dan tidak perlu, setiap segmen filem ini mempunyai durasi yang optimum supaya penonton tidak merasa bosan.

Tetapi walaupun kami memberi review yang baik terhadap filem ini ia tidaklah mencapai status epik, cuma ia mempunyai komponen-komponen yang betul bagi sebuah filem yang boleh menghiburkan anda setelah seminggu stress di tempat kerja. Kami merekomennya untuk semua lapisan masyarakat.

Penilaian: 8/10

IMDB

Tambahan: Saksikan evolusi Star Trek sepanjang 50 tahun ia ditayangkan

The post Star Trek Beyond [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2aLKYcb
on Leave a Comment

Kaya sikit je tembak

Sekarang ni main tembak je. Yang kene tu pulak biasanya bukan si miskin  yang menunggang kenderaan beroda dua atau kereta kecil warna merah dan sebagainya. Kebanyakan yang menjadi mangsa terdiri daripada mereka yang memakai kenderaan mewah dan sederhana mewah. Si penembak? Biasanya 'si miskin' la kot sebab menunggang kenderaan beroda dua.   Orang yang tembak tu pulak jarang kedengaran berita pasal ditangkap atau didakwa. Musykil?

Baru lagi kes tembak, dah tembak lagi. Kalau korang masih ingat , di zaman sebelum tahun 2000, kes-kes macam ni hampir tak berlaku langsung. Cuma kes perompak dan penyamun berbalas tembak dengan polis macam tu ade la. Maksudnya kes jenayah oleh penjenayah yang mempunyai sindiket tertentu. Tapi skarag, dah macam senang sangat. Sape pun boleh kalau nak main 'permainan' tu. Jangan kate orang dewasa, budak-budak pun suke. Lebih-lebih lagi kalau main polis sentri atau pun koboi-koboi. Peng-peng-peng!

Nak cakap banyak pun tak berani. Aku bukan sape2. Aku bersuara ni pun sebab aku dah muak, dah tak tahu lagi bagaimana hendak diluahkan segala yang terpendam. Cuma boleh berdoa dan berharap je lah. Mudah-mudahan Allah menyelamatkan dan memberi perlindungan kepada kita semua. Amin.


P.S : Nak jadi kaya pun kena fikir dua tiga kali....
on Leave a Comment

Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Hutan Negeri Sarawak 15 Ogos 2016

Kerja Kosong Terkini di...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/29YvjJk
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG TERKINI LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) 3 OGOS 2016

Kerja Kosong Terkini Lembaga...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/2amtOTw
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG TERBARU DKSH MALAYSIA TARIKH TUTUP 20 OGOS 2016

Iklan Kerja Kosong terkini...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/1qhRBZR
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG TERBARU KEMENTRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH TUTUP 07 OGOS 2016

Kerja Kosong terkini...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/1rKV7gi
on Leave a Comment

Jangan kasihan terhadap orang perempuan

Adakah penulisan ku ini sesuatu yang kontroversi? Sudah tentu. Cuma aku tak tahu , kalau-kalau kes ini akan dibawa ke mahkamah, hanya kerana sebuah penulisan. Haha...

Pada ku, juga pada orang-orang yang bersetuju dengan ku. Orang perempuan ni pandai berdrama swasta air mata. Diorang memang pakar bab mengalirkan air mata bagi meminta belas kasihan. Lelaki yang tak de pengalaman, atau budak-budak lelaki yang awal 20-an dan belum mencecah 30 tahun, dan juga yang tidak berpengalaman dalam perhubungan percintaan, pasti akan terpedaya dengan air mata orang perempuan..

Air mata orang perempuan lebih palsu daripada air mata budak-budak. Kita mesti kasihan kalau budak-budak menangis. Tapi jangan terlalu kasihan jika seorang perempuan yang menangis. Lebih-lebih lagi kalau perempuan tu cantik. Diorang semua adalah pelakon drama yang layak menerima anugerah pelakon wanita terbaik.

Aku bercakap sebagai seorang yang lahir di awal tahun 80-an. Dah 30 lebih. Biasanya umur macam aku ni memang dah ade pengalaman. Bukan nak jamin bahawa aku takkan terpedaya lagi. Cuma orang-orang yang pintar, memiliki sekurang-kurangnya ijazah di dalam bidang tertentu, seperi kedoktoran, kejuruteraan, sains sosial, akauntan, perniagaan dan sebagainya, lebih 'kurang' kecenderungannya untuk diperdaya oleh perempuan cantik yang berhati busuk. Kebiasaannya begitulah, muka cantik akan mempunyai hati yang jahat. Paling kurang pun, dia akan guna kan kecantikannya untuk mendapatkan kelebihan daripada orang lelaki. Kebiasaannya, lelaki biasa akan mudah tewas dan akhirnya menjadi bangang dengan mengikut sahaja kehendak perempuan cantik.

Aku walaupun perempuan tu tak cantik, aku tetap tak bagi peluang. Aku pukul rata. Kalau yang tak cantik pun aku tak bagi muka, apatah lagi kalau dia cantik, lagi lah aku berkeras. When I say no, thats mean no. Walaupun aku tahu, perempuan ni memang suka mengata . Aku akan jadi mangsa mulut busuk macam loji najis diorang. Mesti diorang akan sebar cerita pasal aku yang tak gentlemen atau tak adil dan sebagainya. Pas tu kau nak buat apa? Panggil abang sado? Aku panggil bodyguard...dengan kau-kau nanti muka pecah. Jangan main-main....

Aku ni kira adil juga, walaupun aku menyumpah orang perempuan, aku juga menyumpah orang lelaki. Sebab aku bukan pondan. Masalahnya, jenayah seperti ragut, rempit, gaduh, buli, hisap ganja dan lain-lain banyak dilakukan lelaki. Sebab tu aku akan menyumpah orang-orang yang terlibat, yang kebanyakkannya lelaki. Namun harus diingat, zaman sekarang, orang perempuan juga ada terlibat dalam kes-kes jenayah yang disebutkan. Walaupun ia amat terpencil, tapi ia tak mustahil . Bayangkan apabila seorang perempuan ingin membuang air kecil. Benarkah diorang langsung tak boleh membuang air secara berdiri seperti lelaki? Fikirkan...

Oh ya, kau nak kata penulisan ku ini tidak mencerminkan kepintaran seseorang yang mempunyai kelulusan akademik? Kau salah....sebab kau salah. Kau salah....kau....salah!!

P.S : Aku adalah seorang pemegang ijazah. First class or second class? Who cares???

P.S.2 : Dah kawin baru nak jadi baik? Apesal kau tak nak baik sebelum kau kawin lagi? Rempit...rempit...

P.S.3 : Kalau dah taik ganja tu, mengaku je la. Muke kau tu dah ade cop ganja. Kau nak sorok macam mane? Kau dah insaf pun tetap orang kenal sape kau yang dulu. Bangsat...

on Leave a Comment

Jawatan Kosong Terkini Suruhanjaya Tenaga 29 Julai 2016

Kerja Kosong Suruhanjaya...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/2a4ymRL
on Leave a Comment

Jadual Harian Sukma Sarawak 2016



from SANoktah http://ift.tt/2aDbjce
on Leave a Comment

Senarai Atlet Malaysia Olimpik Rio 2016

Malaysia Olimpik Rio 2016

Berikut senarai atlet Malaysia yang akan beraksi di temasya Sukan Olimpik Rio 2016. Malaysia berjaya menghantar 32 orang atlet dalam 10 acara sukan. Temasya sukan terulung di dunia itu akan berlangsung dari 5 hingga 21 Ogos ini di Rio de Janeiro, Brazil

SENARAI ATLET MALAYSIA DI OLIMPIK RIO 2016

ANGKAT BERAT
Mohd Hafifi Mansor

BERBASIKAL
Mohd Azizulhasni Awang
Fatehah Mustapa

BADMINTON
Datuk Lee Chong Wei
Goh V Shem
Tan Wee Kiong
Chan Peng Soon
Goh Liu Ying
Tee Jing Yi
Vivian Hoo
Woon Khe Wei

GOLF
Danny Chia
Gavin Kyle Green 
Kelly Tan
Michelle Koh

MEMANAH
Khairul Anuar Mohamad
Haziq Kamaruddin
Akmal Nor Hasrin 

MENEMBAK
Johnathan Wong Guanjie 

OLAHRAGA
Nauraj Singh
Zaidatul Husniah Zulkifli

PELAYARAN
Khairulnizam Mohd Afendy 
Nur Shazrin Latif 

RENANG 
Welson Sim Wee Sheng
Heidi Gan 
Phee Jing En 

TERJUN 
Ooi Tze Liang
Ahmad Amsyar Azman 
Cheong Jun Hoong
Nur Dhabitah Sabri 
Pandelela Rinong 
Ng Yan Yee

Atlet Malaysia Olimpik Rio 2016



from SANoktah http://ift.tt/2aifkH8
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG TERKINI PROTON SDN BHD TARIKH TUTUP 21 OGOS 2016

Kerja kosong terkini Proton...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/1SxoBXK
on Leave a Comment

Skiptrace [Review]

Filem-filem Jackie Chan sememangnya menjadi kegemaran kami sejak dulu lagi dan filem terbaharunya, Skiptrace menarik minat kami untuk menontonnya. Filem komedi-pengembaraan ini telah mula ditayangkan di pawagam mulai semalam.

Skiptrace

Skiptrace [Review]

Skiptrace mengisahkan seorang anggota polis Hong Kong, Bennie Chan yang tekad memburu ketua sindiket jenayah yang bernama Matador sejak kematian rakan sekerjanya ditangan penjenayah itu.

Pada masa yang sama seorang kaki judi Connor Watts telah menjadi saksi kepada pembunuhan seorang wanita oleh mereka yang Bennie Chan percayai adalah penjenayah Matador. Sebelum wantia itu mati, beliau memberikan telefon pintar milik Matador kepada Watts sebelum beliau melarikan diri.

Bennie Chan yang percaya Watts (yang juga telah menipu wang kasino milik Matador) boleh membantunya dalam kes Matador, mula mengejar dan menangkapnya. Di situlah bermulanya pengembaraan mereka merentasi mogolia dan China tanpa kenderaan untuk sampai ke Hong Kong.

Apakah mereka berjaya menangkap Matador? Kesudahannya boleh diketahui dengan menonton filem ini di pawagam berhampiran anda.

436_1461139346

Jalan Cerita dan Lakonan

Sejujurnya kami memang gemar filem berunsurkan komedi pengembaraan dan walaupun filem ini bertemakan penyiasatan jenayah, ia banyak memaparkan pengembaraan watak-watak utama merentasi Mongolia dan China (Guilin terutamanya). Tidak dapat dinafikan sebahagian besar filem ini adalah umpama iklan pelancongan untuk China dan Mongolia dengan memaparkan pemandangan indah serta budaya menarik di kedua buah negara tersebut.

Dari segi jalan ceritanya, ia sangat menghiburkan, plot yang tidak begitu berat dan mempunyai plot-twist yang tidak dijangka (tetapi kami boleh mengagak). Walaubagaimanapun, semua ini dihampakan dengan mutu lakonan atau pemilihan pelakon yang kurang sesuai.

Skiptrace-HD-Movie-Still-Image

Pertama, kami dari mula tidak gemarkan pelakon Johnny Knoxville yang memainkan watak Connor Watts. Beliau mempunyai rupa yang serious dan sejujurnya agak tua, tetapi watak yang dimainkannya sepatutnya seorang yang kelakar dan muda. Kami rasa jika Owen Willson memainkan watak tersebut, filem ini memang akan menjadi sempurna.

Walaupun watak sokongan seperti penjahatnya dimainkan oleh pelakon yang agak terkenal (termasuk seorang dari Korea), seperti biasa, watak tambahan seperti konco-konco jahat dimainkan oleh pelakon kurang professional di mana lakonan mereka agak kaku dan jelas kurang berpengalaman.

1280x720-vSH

Kesan Khas

Dalam filem ini Jackie Chan beralih semula kepada penggunaan lagak ngeri sebenar dan kurang menggunakan CGI (kecuali babak Flying Fox yang menggunakan CGI yang kurang meyakinkan). Ini suatu yang baik bagi peminat klasik filem Jacki Chan dan menaikkan nilai filem ini. Seperti biasa, tiada siapa yang dapat melawan koreografi lucu babak lawan Jacki Chan dan filem ini membuktikannya.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang ringkas dan menghiburkan.
  • Paparan pemandangan yang indah membuatkan anda ingin melancong.

Negatif

  • Pemilihan pelakon watak Watts yang kurang sesuai.
  • Bagi mereka yang mengharapkan jalan cerita penyiasatan yang penuh debaran, anda akan hampa.
  • Satu-satunya babak CGI kurang memuaskan.

MV5BMTU2MDYzMzA0Ml5BMl5BanBnXkFtZTgwMjEyMjc0OTE@._V1_UX477_CR0,0,477,268_AL_

Kesimpulan

Filem Skiptrace merupakan sebuah filem yang sangat menghiburkan. Jika anda mempunyai minggu kerja yang stress, dengan menonton filem ini, anda tentu dapat melupakan stress anda. Walaubagaimanapun  kelemahan-kelemahan kecil dalam filem ini menghalangnya untuk menjadi sebuah filem yang lebih hebat lagi. Kami rekomen anda menonton dengan rakan sekerja atau rakan belajar memandangkan ia sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Penilaian: 7/10

IMDB

The post Skiptrace [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2afxvx0
on Leave a Comment

Senarai Pungutan Pingat Sukma 2016

Sukma Sarawak 2016

Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak Edisi ke-18 akan berlangsung secara rasminya bermula 23 Julai hingga 31 Julai 2016. Ini merupakan kali kedua negeri Sarawak menjadi tuan rumah. Sebanyak 24 acara sukan dengan 392 emas akan dipertandingkan di sekitar bandaraya Kuching, Kota Samarahan, Sibu and Miri. 

SUKAN MALAYSIA SARAWAK XVIII (SUKMA KE-18) 
Tuan Rumah : Sarawak
Tarikh : 23 Julai - 31 Julai 2016
Slogan : Perpaduan Dalam Kepelbagaian
Logo : Burung Enggang (Hornbill)
Maskot : Satria & Satrina
24 Acara : Akuatik (Renang dan Terjun), Angkat Berat, Badminton, Berbasikal, Bola Sepak, Hoki, Karate, Boling Padang, Memanah, Menembak, Olahraga, Silat, 10-pin Boling, Wushu, Bola Tampar Tertutup, Tenis, Skuasy Sepak Takraw dan Taekwondo, Petanque, Golf, Gimnastik, Tinju, Pelayaran

Website : http://ift.tt/2akM6Xy
Facebook : http://ift.tt/2agT1OG
Twitter : https://twitter.com/sukma_2016_swk
Instagram : http://ift.tt/2akMe9K

SENARAI PUNGUTAN PINGAT SUKMA 2016
*akan dikemaskini dari masa ke semasa

*kemaskini 22 Julai 2016, 9.00 pagi

CONTINGENTS
W.Persekutuan 10 7 4 21
Pulau Pinang 7 2 5 14
Selangor 6 12 13 31
Sarawak 6 4 9 19
Johor 3 2 4 9
Sabah 2 6 1 9
Terengganu 2 1 11 14
N. Sembilan 2 0 4 6
Kedah 1 0 2 3
Melaka 1 0 1 2
Perak 0 3 6 9
Perlis 0 3 6 9
Kelantan 0 0 2 2
Pahang 0 0 2 2
Brunei D.S. 0 0 3 3


from SANoktah http://ift.tt/2akMghD
on Leave a Comment

Jawatan Kosong Terkini Pejabat menteri Besar Johor 04 Ogos 2016

Kerja Kosong Terkini di PBMJ...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/29R4nXt
on Leave a Comment

Review filem The Conjuring 2



First time aku menonton the Conjuring di pawagam. Kebanyakan filem yang aku tonton sebelum ni adalah filem superheroes. Tapi best gak citer seram macam ni. Itu pun aku rasa wayang tempat aku tonton tu tak buat full sound system dan juga lighting. Pada pendapat aku je. Sebab kalau semua maksimum, takut ade yang kene histeria. Sekali lagi, pendapat aku je...

Baru aku tau yang the conjuring ni based on the true story. Berlaku di london, UK sekitar tahun 70-an. Memang best lah. Korang tengok lah sendiri. Cuma aku nak habaq pi. Mase sebelum masuk tengok wayang tu aku dah gi toilet. Tapi masa pertengahan citer, sekali lagi rasa nak terbocor. Tak tahan gile. Tapi sayang pulak nak kuar, takut terlepas babak penting. Akhirnya aku pun meliuk lentuk sepanjang tempoh lebih kurang 2 jam tu. Macam cacing kerawit dah. Nasib baik sebelah aku takde orang duduk. Tahan juga lah sampai sudah. Bila the end, orang semua kuar ikut exit, aku naik atas kuar ikut pintu masuk. Aku gi toilet sensorang. Bile nak kuar, aku keluar juga ikut tempat cek in tiket.

Seingat aku, cuma sekali je aku terperanjat gile. Malu siot. Dah la rasa nak terbocor ku tahan Jebat. Nasib baik. Kalau tidak, banjir....

Maaf le, tajuk entry tak same dengan kisah . Nak citer pun tak pandai. Korang gi la tengok sendiri. Kalau dah habis kat pawagam, korang pepandai le cari DVD ke ape..

Tapi nasib baik la dia tayang lama. Dari sebelum raya lagi sampai dah raya ke berapa belas, still on going. Aku tak tunggu, terus beli tiket dan masuk..

Aku citer ringkas je la ek. Sebagai idea untuk sesape yang teringin nak tengok nanti. Citer dia start kat Anfield, UK. Liverpool tu beb! hehe. Sorry, selingan...

Ade 2 orang budak pempuan kat sekolah kene tangkap sebab hisap rokok. Salah sorang budak perempuan ni adalah watak utama filem ni. Dia la yang bakal di possess oleh roh demon (dirasuk oleh hantu). Budak ni (name aku dah lupe) tinggal dengan kakak dan sorang adik lelaki. 3 beradik ni pulak tinggal dengan mak diorang. Pendek citer, 4 beranak la tinggal dalam sebuah rumah. Ayah diorang dah kawin lain, tinggal diorang. Dapat anak kembar lak tu dengan bini baru..Tapi dalam citer ni, bekas ayah diorang merangkap bekas suami mak diorang memang takde terlibat dalam ini gambar...

So, budak perempuan ni adalah 'alat'  untuk syaitan ataupun hantu yang menumpang di dalam rumah diorang ni mengganggu diorang 4 beranak.  Permulaan citer, budak perempuan ni ngan kakak dia main 'spirit,spirit comes to the coin'. Macam tu lah lebih kurang permainannya. Kakak budak perempuan ni tanya soalah ape aku tak ingat. Tapi budak perempuan ni pulak tanya kat spirit tu, bila ayah diorang nak balik. Bila diorang tengok permainan tu macam takde respon ape2, budak perempuan tu pu stop dan sorok permainan tu bawah katil.

Dalam masa yang sama, di sebuah tempat di Amerika Syarikat, ada sepasang suami isteri yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan roh. Diorang menjalankan kerja sukarela berkaitan aktiviti paranormal ini atas dasar kemanusiaan, bagi membantu mereka yang dalam kesusahan. Dalam permulaan citer ni , ada la ditunjukkan bagaimana dorang dapat mencari punca kematian sebuah keluarga akibat gangguan roh jahat. Nak explain kang panjang pulak. Penat tangan ni menaip..bukan mintak ape2 balasan pun. Sekadar hobi..


Jadi berita tentang keluarga yang diganggu roh jahat di Anfield, London, UK ni pun sampai ke pengetahuan diorang melalui persatuan gereja. Seorang father telah dihantar untuk menyampai berita berkenaan kepada mereka dari benua Eropah ke benua Amerika. Jadi, diorang pun terbang lah ke benua tersebut, iaitu di Anfield bagi membantu ibu tunggal bersama 3 orang anaknya tersebut. Walaubagaimanapun, sebelum mereka berangkat, si isteri terlebih dahulu telah mendapat vision bahawa suaminya itu akan mati ketika misi diorang membantu keluarga malang di Anfield tersebut. Si isteri sebenarnya memang memiliki kebolehan untuk melihat peristiwa yang bakal berlaku kepada dirinya dan orang lain. Mungkin si isteri ini memiliki kuasa psikik. Pada pendapat aku je...

Aku dah sakit kepala ni. Dari petang tadi sakit. Baru makan 2 biji paracil. Acane ek?? Tangan pun dah lenguh ni. Aku sambung len kali bleh? Terima kasih kerana sudi membaca ye. Sekian dahulu.

on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG TERKINI MAJLIS AMANAH RAKYAT TARIKH TUTUP 01 OGOS 2016

Kerja Kosong Terkini MARA...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/2awY8cW
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG TERKINI RISDA TARIKH TUTUP 02 OGOS 2016

Iklan Jawatan Kosong Terkini...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/29PkWEf
on Leave a Comment

The Purge Election Year [Review]

Francais filem The Purge sememangnya dikenali sebagai francais yang penuh keganasan dan aksi, tetapi kekuatannya bukalah jalan ceritanya. Biasanya mereka yang menontonnya hanyalah mahu menonton aksi ganas yang dipertontonkan. Namun filem terbaharu dalam francais itu, The Purge Election Year, banyak mesej-mesej tersirat ditanam di dalamnya.

The Purge Election Year

The Purge Election Year [Review]

The Purge Election Year mengisahkan Senator Charlie Roan, yang pernah melihat sendiri keluarganya dibunuh dalam acara The Purge di awal pelaksanaannya. Kini beliau memasuki arena politik dalam usahanya untuk menghapuskan acara The Purge dari kalendar acara Amerka Syarikat.

Namun langkah ini tidak disenangi pihak “New Founding Fathers” yang merupakan kuasa politik yang berkuasa pada ketika itu. Pihak itu kemudiannya merancang untuk membunuh Senator Roan dalam acara tahunan The Purge bagi menghalangnya dari memansuhkan acara ganas itu.

Bagi memancing undi dan membuktikan beliau bersama-sama rakyat Amerika, Senator Roan tinggal seperti rakyat biasa dalam rumah biasa semasa acara tersebut berlangsung, dengan dibantu ketua keselamatannya, Leo Barnes dan pasukannya. Dapatkah Senator Roan bertahan sepanjang 12 jam acara tersebut berlangsung dan seterusnya memenangi pilhanraya Amerika Syarikat? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

thumbnail_23989

Jalan Cerita dan Lakonan

Jelas sekali filem The Purge Election Year mendapat ilham daripada kempen pilihanraya Amerika Syarikat yang “kebetulan” berlangsung sepanjang pembikinan filem ini. Isu-isu ketidakadilan, ketidakseimbangan status sosial dan isu rakyat kulit hitam diketengahkan dalam filem ini. Ini merupakan isu-isu dunia nyata yang biasa diperbahaskan dalam kempen pilihanraya Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, jalan cerita dan perkembangan babak-babaknya agak klise bagi mereka yang telah menonton filem-filem sebelumnya. Bagi mereka yang belum pernah menonton filem The Purge, adegan-adegan yang dipaparkan agak ganas, walaupun anda berumur 18 tahun ke atas.

c470da18749cf53c0b27d7ecc46c8059_700x259

Filem ini mungkin akan menarik minat penonton filem-filem sebelumnya yang ingin mengetahui kisah The Purge yang seterusnya, tetapi ia mungkin kurang menarik bagi mereka yang belum pernah menonton francais filem ini. Malah mereka juga mungkin tertanya-tanya bagaimana kerajaan US (dalam filem ini) boleh meluluskan acara The Purge yang sebegini dahsyat dan ganas?

Lakonan watak-watak dalam filem ini pula, tidak akan memenangi apa-apa anugerah tetapi cukup baik untuk filem genre seram/survival bajet rendah seperti ini.

The Purge Election Year

Kesan Khas

Kesan khas bukanlah kekuatan filem ini, mungkin kerana bajet pembikinannya rendah (secara reletif) iaitu dianggarkan sebanyak USD10 juta. Namun, pengarah bijak dan mengetahui kelemahan tersebut dan tidak mengetengahkan secara dekat babak-babak yang mempunyai CGI seperti babak helikopter. Kesan khas tembak-menembak, kesan darah dan kemusnahan anggota badan, walaupun bukanlah terbaik jika dilihat secara teliti, namun sepintas lalu kesan khasnya bolehlah diterima.

the-purge-election-year2

Positif vs Negatif

Positif

  • Satu sequel yang baik dalam francais The Purge. Peminat filem sebelumnya akan terhibur.
  • Mengambil ilham isu dunia sebenar
  • Kesan khas boleh dikira OK bagi sebuah filem bajet kecil

Negatif

  • Mendapat ilham dari kempen pilihanraya Amerika, tetapi pelaksanaan ideanya agak simplistik
  • Lakonan agak kurang memuaskan

The-Purge-Election-Year-750x400

Kesimpulan

Filem The Purge Election Year merupakan sebuah filem yang baik dan kurang baik, bergantung kepada samada anda penonton filem sebelumnya. Tidak dapat dinafikan ia mempunyai vibe atau persepsi seperti sebuah filem TV, namun ia masih lagi menghiburkan bagi mereka yang menonton filem sebelumnya, malah ia merupakan filem paling menghiburkan antara ketiga-tiga filem dalam francaisnya. Cuma kami kurang yakin pendapat mereka yang belum menonton filem sebelumnya mengenai filem ini. Jika anda membuka minda dan hanya layankan filem ini, mungkin anda akan terhibur. jika anda terlalu banyak menyoal tentang logik filem ini, mungkin anda tidak akan terhibur.

Apa pun, kutipan kasar filem ini sehinga 18 Julai adalah USD71,990,475. Walaupun tidak sehebat filem box office lain, jika diambil kira kosnya iaitu USD10 juta, pulangan untuk pelaburannya lebih kurang 7 kali ganda setakat ini. Boleh tahan.

Penilaian: 6/10

IMDB

The post The Purge Election Year [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2a7NhY5
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG GAMUDA BERHAD TARIKH TUTUP 19 OGOS 2016

KERJA KOSONG GAMUDA CORP ....

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/1Vy5Mqt
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG TERKINI PERBADANAN PR1MA MALAYSIA TARIKH TUTUP 15 OGOS 2016

Kerja Kosong Terkini Pr1ma...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/1TUISKh
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG TERKINI PERBADANAN NASIONAL (PNS) BERHAD TARIKH TUTUP 16 OGOS 2016

Kerja Kosong Terkini PNS....

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/2a7kkuE
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG BANK HONG LEONG TARIKH TUTUP 17 OGOS 2016 (UPDATE)

Jawatan Kosong Bank Hong...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/1paCOzu
on Leave a Comment

Jawatan Kosong Bank UOB 17 OGOS 2016

Kerja Kosong Terbaru Bank...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/1Slfywb
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG TERKINI MAXIS MOBILE SDN BHD TARIKH TUTUP 17 OGOS 2016

Kerja Kosong terkini Maxis...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/1T2Ro6v
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG TERKINI UMW CORP. SDN BHD TARIKH TUTUP 17 Ogos 2016

Kerja Kosong Terkini UMW...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/29THLca
on Leave a Comment

Jawatan Kosong Monash Univeristy Tarikh Tutup 6 Ogos 2016

Iklan Kerja Kosong Monash...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/26KifM9
on Leave a Comment

Jawatan Kosong Perusahaan Sadur Timah Malaysia 14 Ogos 2016

Kerja Kosong Terkini...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/29N7ov7
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG BANK SIMPANAN NASIONAL TARIKH TUTUP 13 OGOS 2016

Kerja Kosong Terkini Bank...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/24iJAD8
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG BANK AmBank GROUP 12 OGOS 2016

Jawatan Kosong Terbaru AmBank...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/1SpfKUR
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG TERKINI SAMSUNG MALAYSIA ELECTRONICS SDN BHD TARIKH TUTUP 07 OGOS 2016

Kerja Kosong Terkini SME...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/233xPj3
on Leave a Comment

Jawatan Kosong Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia 12 Ogos 2016

Jawatan Kosong Terkini NKF...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/29MbjZq
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG TERKINI UNIRAZAK TARIKH TUTUP 10 OGOS 2016

Kerja Kosong Terkini...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/1UkAEui
on Leave a Comment

Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) 21 Julai 2016

Jawatan Kosong Pertubuhan...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/25wrWw5
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG TERKINI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG TARIKH TUTUP 13 MEI 2016

Kerja Kosong Terkini...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/1Xmy07S
on Leave a Comment

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 17 Jun 2016

Kerja Kosong Perbadanan...

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/1TQKakJ
on Leave a Comment

Jangan jadi bodoh

Sory le sebab tajuk entry kali ni memang sound direct dan high level punye offensive kepada sesape yang akan terkena panahan shogun aku yang bertalu-talu kejap lagi...

Kepada yang baca blog aku sebagai silent reader, spectator, unsung reader, pembaca setia tak diundang dan yang seangkatan dengannya, aku just nak pesan sesuatu..Tolong jangan jadi BODOH...


Adakah kau ingat aku tak tahu bahawa kau tahu siapa AKU?? Kau jaja cerita aku ye? Kalau baca senyap2 je tak boleh ke? Tak kira sape kau. Aku TAK TAKUT. Cuma aku tak redha je. TAhu tak ape maksud nya? Maksudnya secara automatik kau telah pun 'memberi pahala' kepada aku. Tak payah tunggu akhirat. Kat dunia pun aku dah dapat. Pahala menggunung kau takkan bermakna....

Kau nak tahu macam mane aku tahu kau sebar pasal aku? Aku tau la.... sebab kalau kau pun mesti tau punye. Bayangkan, tiba2 orang yang kau tak pernah kenal, boleh cakap dengan kau dalam nada perli2 pasal UMUR....lepas tu buat2 tanya itu dan ini. Tapi soalan-soalan yang berbentuk provoke aku tu paling tak boleh blah.

Bukan sorang...bukan dua....bukan sahaja orang yang memang macam mala'un....orang yang pakai dan nampak alim pun sama....

Sebenarnya aku dah lama tau. Tapi aku buat tak kisah. Sehinggalah benda ni dah agak over...

Kau pun penah baca entry aku yang lepas2. Jadi kau mesti dah masak dengan perangai aku. Kau tau yang aku amat sensitif dengan hal berkaitan UMUR. Tak perlu lah aku ulang sebab apa. Lagipun aku tak pernah bagitau pun sebab sebenar kan? Itu hak aku. Lagi pun aku tak letak pun identiti aku . Apesal kau sibuk2 nak jadi penyiasat, siasat latar belakang tuan punya warkah blog ini?

Tak pasal2 dah jadi gossip. Ini kot namanya viral tapi viral yang senyap. Lebih bahaya dari viral biasa....

Aku tak kira. Mulai sekarang, kau insaf la. Kau dah buat dose kat aku tanpa sedar. Moga jadi iktibar dan pengajaran buat kau dan kau di masa depan. Pesanan terakhir aku. JANGANLAH KAU MENJADI BODOH.....

Oh ya, sebagai penutup. Aku just nak cakap, yang aku hanya tujukan 'teguran aku yang sangat membina' ni kepada mereka-mereka yang menjadi silent rider dan sebagainya, tetapi dalam masa yang sama bila dah kenal sape aku, mula buat cerita yang tak baik pasal aku. Kalau betul pun apa yang kau cakap pasal aku, kau tak tahu , dan takkan tahu perkara sebenar, mengapa aku amat sensitif dengan perkara2 yang pernah aku tulis dalam entry aku yang lepas2. Jadi kau takde hak sebenarnya nak buat gosip murahan kau tu.

Last but not least. Kalau kau ingat aku tengah marah masa aku taip entry ni. You're dead wrong. Aku tetap 'cool'. Buat ape nak gelabah. Lagipun benda dah jadi. Macam lah kau tu yang rasa dah macam boleh masuk syurga, akhirnya ke neraka juga tanpa kau pinta. Akibat sifat kau sendiri yang suka underestimate. Padan....


#diamtaksemestibermaknasetuju
on Leave a Comment

The Legend of Tarzan [Review]

Hanya dengan melihat tajuk filem ini, The Legend of Tarzan, kami telah membuat banyak sangkaan klise mengenai filem berkenaan dan menjangkakan sebuah filem bertemakan remaja atau kanak-kanak. Namun setelah kami sempat menontonnya, kami menerima kejutan di mana sangkaan kami mengenaainya agak meleset.

tarzan_780x430_2

The Legend of Tarzan [Review]

Tidak seperti kartunnya, filem The Legend of Tarzan mengisahkan Tarzan yang telah kembali ke London dan mengambil semula tempatnya dalam dunia aristokrat England sebagai Lord Graystoke dan nama sebenarnya John Clayton. Beliau tinggal bersama isterinya, Jane. Suatu hari, beliau dijemput untuk ke Congo, Afrika (tempat lahirnya Lagenda Tarzan) oleh raja Belgium. Ketika itu Congo di bawah jajahan Belgium dan raja Belgium membelanjakan semua wang negaranya untuk mengeksplotasi hasil bumi negara tersebut. Oleh itu beliau dalam tekanan untuk mendapatkan hasil bumi yang berharga untuk membayar hutang-hutang negara. Tetapi, walaupun didesak pembesar di London kerana ia merupakan peluang untuk memantau setakat mana raja Belgium boleh membayar hutangnya kepada England, John Clayton enggan menerima jemputan tersebut.

The-Legend-Of-Tarzan-2016-HD-Wallpaper

Pada masa yang sama, seorang wakil dari kerajaan Amerika bernama George Washington Williams (Samuel L. Jackson) dihantar untuk menyiasat kegiatan perlombongan yang mencurigakan di negara tersebut. Memandangkan beliau perlu mempunyai jemputan untuk memasuki negara tersebut, beliau terpaksa memujuk John Clayton aka Tarzan untuk menerima jemputan raja Belgium itu.

Apakah sebenarnya yang berlaku di Congo dan dapatkan Tarzan dan George menyiasat apa sebenarnya yang dilakukan kerajaan Belgium di negara itu yang diketuai Leon Rom? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

NENVH08Hql5jQT_1_b

Jalan Cerita dan Lakonan

Perkara pertama yang perlu diketahui adalah, filem ini bukanlah filem bertemakan kanak-kanak mahupun remaja. Tanpa sebarang tidak syak lagi ia merupakan filem dewasa. Ia menggabungkan unsur politik, sedikit percintaan dan juga aksi. Jalan ceritanya langsung di luar jangkaan kami, tetapi kami maksukannya dari segi yang baik. Kami tidak menyangka sebuah filem Tarzan akan mempunyai tema politik, dipenuhi aksi tembak-menembak machine gun dan babak serangan haiwan yang ganas yang kurang sesuai untuk kanak-kanak.

maxresdefault2

Perlu dipuji juga bagaimana jalan ceritanya diolah dengan begitu baik untuk memberikan satu filem yang mempunyai kelasnya tersendiri. Walaupun, filem ini mengisahkan Tarzan selepas beliau kembali ke England, filem ini memaparkan flashback dari masa ke semasa bagi menceritakan kepada penonton sejarah dan latarbelakang Tarzan dan bagaiman konflik antaranya dengan puak Chief Mbonga terjadi. Babak-babak flashback dibuat dengan begitu baik dan pada kadar yang secukupnya supaya penonton tidak keliru dengan apa yang ingin disampaikan dalam filem ini.

Secara ringkasnya, jalan ceritanya sememangnya difokuskan kepada golongan dewasa. Malah kami rasakan para remaja dan kanak-kanak akan berasa bosan menonton filem ini kerana ia memerlukan penghayatan jalan cerita dan dialog-dialog antara watak-wataknya bagi memahami jalan ceritanya.

Lakonan watak utama Tarzan yang dilakonkan Alexander Skarsgård walaubagaimanapun sedikit kurang meyakinkan. Walaupun lakonan dari segi gerakan fizikalnya sangat berkesan, lakonan dalam babak yang memerlukan perasaan, kurang menyerlah. Watak yang paling menonjol dan menghiburkan merupakan watak George lakonan Samuel L Jackson yang lucu dan pandai berkata-kata.

LEGEND OF TARZAN

Kesan Khas

Anehnya filem ini kesan khas CGInya kadang-kala sangat bagus dan antara yang terbaik di dunia, tetapi dalam sesetengah babak, CGInya agak melucukan. Contohnya, semua CGI berkaitan haiwan adalah antara CGI terbaik kami pernah lihat di mana haiwannya mempunyai tahap perinician yang tinggi, tetapi dalam babak yang melibatkan gerakan Tarzan yang bergayut dari pokok ke pokok kebanyakannya kelihatan tidak kena, kemungkinan hukum fizik kurang diambil kira semasa membikin CGI tersebut.

Apa pun, kesan khas terbaik filem ini bukan lah kesan khas, sebaliknya sinematografi dan komposisi yang memperlihatkan landskap Afrika yang sangat indah.

The-Legend-of-Tarzan-Official-Trailer-2-8

Positif Vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang diolah dengan baik, matang dan ada kelas
  • CGI haiwan yang antara terbaik di dunia
  • Babak aksi yang lebih mendebarkan dari sangkaan

Negatif

  • Sesetengah babak mempunyai CGI kurang memuaskan
  • Bahagian pengakhiran yang kurang memuaskan dan tidak masuk akal

the-legend-of-tarzan

Kesimpulan

Filem The Legend of Tarzan sememangnya sebuah filem yang di luar jangkaan dari segi jalan ceritanya, namun ia sebuah kejutan yang dialu-alukan. Ia nyata bukan sebuah filem untuk kanak-kanak dan mungkin akan membuatkan kebanyakan golongan remaja merasa bosan, kecuali mereka yang gemarkan sebuah filem yang mempunyai jalan cerita kuat, bukan filem yang banyak bergantung kepada aksi dan kesan khas. Kami rekomen filem ini untuk mereka lebih gemarkan filem genre drama, berbanding aksi, walaupun filem ini mempunyai babak aksi yang menarik.

Pada keseluruhannya filem ini ingin memberi mesej mengenai kesalahan negara-negara imperialis satu ketika dahulu yang menjadi kaya akibat penjajahan dan penghambaan rakyat Afrika.

Penilaian: 7.5/10

IMDB

The post The Legend of Tarzan [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/299FmZp
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG HONG LEONG ASSURANCE BERHAD TARIKH TUTUP 07 JULAI 2016

Kerja Kosong Terkini HLA ....

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/1UtJeXO
on Leave a Comment

JAWATAN KOSONG TERKINI KUMON TARIKH TUTUP 31 JULAI 2016

Kerja Kosong Terkini Kumon....

Maklumat kerja kosong lengkap sila kelaman http://ift.tt/1TUISKb

from Jawatan kosong Terkini Julai Ogos 2016 http://ift.tt/29voonF
Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg