Search This Blog

The Purge Election Year [Review]

Francais filem The Purge sememangnya dikenali sebagai francais yang penuh keganasan dan aksi, tetapi kekuatannya bukalah jalan ceritanya. Biasanya mereka yang menontonnya hanyalah mahu menonton aksi ganas yang dipertontonkan. Namun filem terbaharu dalam francais itu, The Purge Election Year, banyak mesej-mesej tersirat ditanam di dalamnya.

The Purge Election Year

The Purge Election Year [Review]

The Purge Election Year mengisahkan Senator Charlie Roan, yang pernah melihat sendiri keluarganya dibunuh dalam acara The Purge di awal pelaksanaannya. Kini beliau memasuki arena politik dalam usahanya untuk menghapuskan acara The Purge dari kalendar acara Amerka Syarikat.

Namun langkah ini tidak disenangi pihak “New Founding Fathers” yang merupakan kuasa politik yang berkuasa pada ketika itu. Pihak itu kemudiannya merancang untuk membunuh Senator Roan dalam acara tahunan The Purge bagi menghalangnya dari memansuhkan acara ganas itu.

Bagi memancing undi dan membuktikan beliau bersama-sama rakyat Amerika, Senator Roan tinggal seperti rakyat biasa dalam rumah biasa semasa acara tersebut berlangsung, dengan dibantu ketua keselamatannya, Leo Barnes dan pasukannya. Dapatkah Senator Roan bertahan sepanjang 12 jam acara tersebut berlangsung dan seterusnya memenangi pilhanraya Amerika Syarikat? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

thumbnail_23989

Jalan Cerita dan Lakonan

Jelas sekali filem The Purge Election Year mendapat ilham daripada kempen pilihanraya Amerika Syarikat yang “kebetulan” berlangsung sepanjang pembikinan filem ini. Isu-isu ketidakadilan, ketidakseimbangan status sosial dan isu rakyat kulit hitam diketengahkan dalam filem ini. Ini merupakan isu-isu dunia nyata yang biasa diperbahaskan dalam kempen pilihanraya Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, jalan cerita dan perkembangan babak-babaknya agak klise bagi mereka yang telah menonton filem-filem sebelumnya. Bagi mereka yang belum pernah menonton filem The Purge, adegan-adegan yang dipaparkan agak ganas, walaupun anda berumur 18 tahun ke atas.

c470da18749cf53c0b27d7ecc46c8059_700x259

Filem ini mungkin akan menarik minat penonton filem-filem sebelumnya yang ingin mengetahui kisah The Purge yang seterusnya, tetapi ia mungkin kurang menarik bagi mereka yang belum pernah menonton francais filem ini. Malah mereka juga mungkin tertanya-tanya bagaimana kerajaan US (dalam filem ini) boleh meluluskan acara The Purge yang sebegini dahsyat dan ganas?

Lakonan watak-watak dalam filem ini pula, tidak akan memenangi apa-apa anugerah tetapi cukup baik untuk filem genre seram/survival bajet rendah seperti ini.

The Purge Election Year

Kesan Khas

Kesan khas bukanlah kekuatan filem ini, mungkin kerana bajet pembikinannya rendah (secara reletif) iaitu dianggarkan sebanyak USD10 juta. Namun, pengarah bijak dan mengetahui kelemahan tersebut dan tidak mengetengahkan secara dekat babak-babak yang mempunyai CGI seperti babak helikopter. Kesan khas tembak-menembak, kesan darah dan kemusnahan anggota badan, walaupun bukanlah terbaik jika dilihat secara teliti, namun sepintas lalu kesan khasnya bolehlah diterima.

the-purge-election-year2

Positif vs Negatif

Positif

  • Satu sequel yang baik dalam francais The Purge. Peminat filem sebelumnya akan terhibur.
  • Mengambil ilham isu dunia sebenar
  • Kesan khas boleh dikira OK bagi sebuah filem bajet kecil

Negatif

  • Mendapat ilham dari kempen pilihanraya Amerika, tetapi pelaksanaan ideanya agak simplistik
  • Lakonan agak kurang memuaskan

The-Purge-Election-Year-750x400

Kesimpulan

Filem The Purge Election Year merupakan sebuah filem yang baik dan kurang baik, bergantung kepada samada anda penonton filem sebelumnya. Tidak dapat dinafikan ia mempunyai vibe atau persepsi seperti sebuah filem TV, namun ia masih lagi menghiburkan bagi mereka yang menonton filem sebelumnya, malah ia merupakan filem paling menghiburkan antara ketiga-tiga filem dalam francaisnya. Cuma kami kurang yakin pendapat mereka yang belum menonton filem sebelumnya mengenai filem ini. Jika anda membuka minda dan hanya layankan filem ini, mungkin anda akan terhibur. jika anda terlalu banyak menyoal tentang logik filem ini, mungkin anda tidak akan terhibur.

Apa pun, kutipan kasar filem ini sehinga 18 Julai adalah USD71,990,475. Walaupun tidak sehebat filem box office lain, jika diambil kira kosnya iaitu USD10 juta, pulangan untuk pelaburannya lebih kurang 7 kali ganda setakat ini. Boleh tahan.

Penilaian: 6/10

IMDB

The post The Purge Election Year [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2a7NhY5