Постоянные читатели

on Leave a Comment

Dibelasah hanya kerana curang??

Kadang2 kita melihat video kejadian orang2 yang dibelasah beramai -ramai, lalu diabkan dan dibuka habis auratnya. Kita menyangka masyarakat di kawasan tersebut seperti tidak bertamadun, kejam dan sebagainya. Ada pula yang kongsi video tersebut dengan caption seolah-olah mangsa adalah mangsa keadaan kerana 'selingkuh' (curang) dan sebagainya. Tidak kiralah bagaimana bentuk curang tersebut sekalipun. Persoalannya, benarkah masyarakat tempat tersebut yang bertindak sedemikian dengan membelasah, kdg2 sehingga menyebabkan kematian, hanya kerana perbuatan curang??? Bagaimana kalau undang2 di kawasan, tempat atau negara tersebut undang2nya tidak dikuatkuasakan sepenuhnya kerana masalah pergolakan dalam negara? Pihak berwajib mana yang boleh dipanggil untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah atau pendosa tersebut? Dan kalau nak cerita tentang hukum rejam kat sini, memang tak habis. Tetapi apa yang saya tahu, Islam tidak pernah mengadakan hudud seperti hukum rejam sehingga mati dengan sewenang-wenangnya, melainkan kesalahan itu dilihat terlalu berat, atau diminta sendiri oleh orang yang ingin bertaubat tersebut. Tambahan pula , perbuatan yang dikatakan curang itu pula dilakukan hanya kepada manusia iaitu di antara Si a, b atau/dan Si c. Tapi jika perbuatan khianat, ia lebih luas konteksnya, sehingga kesannya melibatkan kepada masyarakat. Jika difikirkan, takkanlah hanya kerana perbuatan curang kena sampai hukum mati? Fikiran sebegini teramatlah cetek sekali. Dan pembuat caption yang sebegitu boleh lah dianggap sebagai dangkal dari segi pertimbangannya. Dalam contoh yang lain, sama lah juga jika kita pernah melihat video di internet tentang seorang perempuan yang dibelasah beramai-ramai (samada mati ataupun tidak) dan kita akan merasa simpati yang mendalam. Tak dinafikan, sifat kasihan di dalam diri kita semua tidak dapat dihalang kerana keprihatinan sesama insan, sama juga lah diri saya ini. Lebih-lebih lagi insan yang lemah tersebut adalah orang perempuan. Tapi apa yang perlu diketahui, tidak kira kejadian seperti ini samada berbentuk video atau pun perkhabaran, hendaklah kita tabayyun (selidik) dahulu kebenarannya. Jangan sebar dengan caption seperti ' dibelasah kerana curang' dan sebagainya sedangkan kita sendiri pun tak pasti. Hanya mentaliti kelas rendah sahaja yang akan cepat menghukum perkara seperti itu, kemudian disebar pula kepada masyarakat yang tidak tahu menahu. Bayangkan jika kesalahan seperti pedophilia (penderaan seksual kanak2), kemudian dibunuh (na'uzubillah), atau perempuan yang mengamalkan sihir sehingga menyebbkan banyak kematian, kemudian dengan mudahnya disebar melalui internet facebook, instagram dsb dengan caption, 'dibelasah hingga mati kerana 'curang'' , bersekedudukan, berkhalwat atau berzina dan sebagainya'. Adakah anda rasa maklumat seperti itu boleh dipercayai? Bukan apa,saya khuatir masyarakat yang menjatuhkan hukuman kepada mangsa di dalam video tersebut sebenarnya lebih bijak dan bermentaliti kelas atasan jika nak dibanding kan dengan si penyebar video yang hanya tahu menyebarkan apa saja yang dia lihat, tanpa memikirkan setiap kesan dan akibat dari perbuatan nya tersebut.

0 comments:

Отправить комментарий

Sebarang komen membina adalah di alu-alukan.

Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg