Search This Blog

Jason Bourne [Review]

Jason Bourne adalah sequel kepada trilogi Bourne yang merangkumi 3 buah filem bermula sejak 2002 hingga 2007 (tidak termasuk Bourne Legacy yang kami anggap bukan filem Bourne kerana tiada Matt Damon). Sebelum menonton, kami tertanya-tanya adakah ini filem yang akan menjadi penutup kepada francais filem Bourne? Tontonlah filem ini untuk mengetahui jawapannya.

Jason Bourne 2016

Jason Bourne [Review]

Filem Jason Bourne kali ini berada di satu fasa yang berlainan berbanding trilogi sebelumnya. Kali ini Jason telah mendapat kembali ingatannya dan kini mengetahui apa yang telah berlaku sejak dia mula menyertai projek Treadstone lagi.

Namun di masih tidak mengetahui dalang di sebalik operasi gelap CIA. Ini semua berubah apabila bekas anggota CIA, Nicky Parsons (juga pernah muncul dalam filem trilogy Bourne) telah menggodam server CIA dan mencuri fail-fail mengenai semua operasi gelap CIA dan memberikannya kepada Bourne. Kini Bourne mempunyai malumat penting bagi merungkai pelbagai persoalannya mengenai apa yang dilaluinya selama ini.

Adakah beliau dapat merungkai, seterusnya menutup segala operasi gelap CIA itu? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem ini.

Jason-Bourne-Gallery-06

Jalan Cerita dan Lakonan

Perkara pertama yang akan anda sedari apabila menonton filem ini separuh jalan adalah anda mendapat perasaan yang sama dengan filem-filem trilogi apabila anda menonton filem Jason Bourne ini. Maklumlah pengarahnya sama dengan filem Bourne Supremacy dan Bourne Ultimatum. Beliau berjaya mengekalkan gaya sinematografi yang sama dengan filem trilogi sebelumnya.

Bezanya adalah dalam filem ini Jason Bourne tidak banyak bercakap, sebaliknya kebanyakan dialog berlangsung antara watak-watak CIA dan mereka yang bersekutu dengannya. Malah anda mungkin boleh mengira berapa dialog yang disebut oleh Bourne.

rs-jason-bourne-ea2bec70-27d1-4c0a-abc0-dcd61b987aa9

Walaubagaimanapun, itu bukan menjadi masalah besar kerana sebahagian besar filem ini diceritakan dengan babak aksi yang terbaik, tanpa menggunakan CGI. Seperti biasa anda boleh mengharapkan aksi kejar mengejar, tembak-menembak, penyamaran di tengah orang ramai serta aksi berlawan tanpa senjata. Aksinya memang pada kelas teratas.

Tetapi bagi mereka yang mengharapkan jalan cerita yang menjurus kepada penyiasatan yang mendalam mungkin sedikit hampa kerana berbanding filem trilogi, aksi penyiasatan dalam filem ini adalah yang paling ringkas setakat ini dan tidak sukar untuk difahami. Kebaikannya adalah otak anda tidak perlu bekerja keras untuk memahami plot filem ini.

Bercakap mengenai plot, plotnya mempunyai “twist” sepanjang filem ini. Anda mungkin rasa anda boleh mengenalpasti twist tersebut, tetapi sebenarnya ia bukan seperti yang anda sangkakan. Kesudahannya agak bijak dan akan membuatkan anda tersenyum sinis (jika anda memahami plot filem Jason Bourne dari mula).

Secara keseluruhannya, filem ini juga dilihat ingin memasuki era barharu di mana watak-watak CIA selepas ini akan diambilalih oleh golongan Gen Y atau millinials. Malah tema filem kali ini juga berkisar topik yang digemari golongan Gen Y iaitu privisi media sosial.

external

 

Kesan Khas

Seperti yang disebut sebelum ini, filem ini tidak kedekut dalam mengeluarkan bajet untuk melakukan aksi lagak ngeri dunia sebenar tanpa CGI dan semua babak aksinya dibikin dengan baik sekali. Sukar untuk mencari poin negatif mengenai aspek lagak ngeri dalam filem ini, melainkan ia berdasarkan logik dan tidak melampaui hukum fizik secara tidak munasabah seperti filem aksi Bollywood.

jason-bourne-2016-movie-review-1-1500x844

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang terurus dan mudah difahami
  • Babak aksi yang dibikin dengan baik

Negatif

  • Bourne kurang dialog
  • Tiada “WOW factor”
  • Tempo filemnya berubah-ubah dari babak aksi (pantas) ke babak bercakap yang membosankan (sangat perlahan) dan kemudian ke babak aksi (pantas). Satu ciri-ciri filem Bourne.

Jason-Bourne-Gallery-07

Kesimpulan

Bagi mereka yang memang mengikuti trilogi Bourne, filem ini, walaupun bukan yang terbaik dan menarik antara semua filem Bourne, masih mampu sekurang-kurangnya menghiburkan anda dengan babak aksinya di samping menjawab beberapa persoalan mengenai identiti Bourne. Jadi agak penting juga untuk anda menonton filem ini.

Bagi mereka yang tidak pernah menonton filem-filem sebelum ini mungkin tidak akan memahami jalan ceritanya, tetapi akan tetap terhibur dengan babak aksi yang mendebarkan.

Penilaian 7.5/10

IMDB

The post Jason Bourne [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2aue3us