Search This Blog

Marauders [Review]

Seperti biasa, sekali sekala kami akan menonton filem yang tidak ternama dan kali ini filemnya adalah Marauders. Walaupun tidak ternama, ia dibintangi pelakon veteran Bruce Willies yang kebelakangan ini gemar berlakun filem tidak ternama dan berlakon watak penjahat.

marauders2

Marauders [Review]

Beberapa rompakan telah berlaku di cawangan-cawangan bank milik Hubert yang berakhir dengan kematian orang yang tertentu sahaja. Rompakan ini dilakukan sekumpulan perompak yang terlatih dengan latihan ketenteraan serta lengkap dengan persenjataan tentera dan menggunakan teknologi yang canggih. Ini menyebabkan pihak FBI mengesyaki sesuatu yang tidak kena berkaitan pemilik bank dan pelanggan-pelanggannya yang berpengaruh.

Namun setelah menyiasat dengan lebih mendalam, satu konspirasi yang lebih besar perlahan-lahan terbongkar. Apakah misteri di sebalik rompakan dan kumpulan perompak berkenaan? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

MV5BOTQ5NjMxOTk4Ml5BMl5BanBnXkFtZTgwODA4NTYwOTE@._V1_

Jalan Cerita dan Lakonan

Sekali pandang filem ini kami sudah tahu ia merupakan sebuah filem Holywood bajet rendah dan klise. Filem seperti ini biasanya lebih sesuai disiarkan di saluran filem Astro dan bukan panggung wayang. Walaubagiamanapun, kami abaikan fakta itu dan menilai berdasarkan kekuatan jalan cerita.

Sungguhpun ia kelihatan seperti filem bajet rendah di mana sinematografi dan pengredan warnanya sudah memberi klu kepada tahap kualiti filem ini, jalan ceritanya sebenarnya tidaklah begitu teruk. Misteri dan putaran plot dalam filem ini dibentangkan dengan begitu baik sehinggakan anda tidak akan dapat meneka siapakah sebenarnya penjahat walaupun anda telah menonton separuh filem ini.

untitled shoot-1481.dng

untitled shoot-1481.dng

Lakonannya juga agak baik dengan sesetengah dialog-dialog dalam filem ini agak natural seolah-oleh ia disebut secara spontan. Apa yang menjadi kelemahan filem ini mungkin kerana terdapat terlalu banyak watak yang perlu anda kenali dan ikuti sehinggakan anda akan keliru di sesetengah bahagian filem ini.

Babak aksi yang ditampilkan juga tidak kurang hebat, walaupun kesan khasnya tidaklah kelihatan terlalu meyakinkan.

Marauders_2016_9247192

Kesan Khas

Mungkin kerana kekangan bajet, tidak banyak kesan khas digunakan dalam filem ini, cuma terdapat beberapa babak tembah menembak, namun sebahagian besar filem ini berkisarkan penyiasatan dan dialog. Kesan khas seperti darah, walaupun kurang memberangsangkan, tetap boleh diterima. Begitu juga dengan kesan tembak-menembak yang juga boleh diterima.

Marauders Day 1-0837.dng

Marauders Day 1-0837.dng

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita dan putaran plot yang agak menarik
  • Walaupun jelas sekali ia sebuah filem bajet rendah, ia cuba untuk menaikkan nilainya melalui jalan cerita dan lakonan.
  • Sesetengah dialog yang agak natural.

Negatif

  • Hampir semua babaknya menampilkan cuaca hujan.
  • Sinematografi yang menampakkan bajetnya.
  • Susun atur babak yang kurang memberi impak dari segi suspensnya.

Marauders-screen2

Kesimpulan

Jika dinilai sebagai sebuah filem pawagam, memanglah filem ini akan mendapat penilaian rendah dari kami, tetapi jika dinilai sebagai sebuah filem TV, ia sebenarnya sebuah filem yang agak menarik dan mampu membuat penonton kekal menonton sehingga akhir.

Tetapi filem bajet sebegini tidak dijangka akan terhapus dari muka bumi, kerana walaupun ia mempunyai bajet rendah, penayangan di pasaran besar seperti US masih akan memberikan pulangan yang lumayan kepada syarikat produksi melalui kuantiti penonton dalam pasaran berkenaan yang ramai.

Penilaian: 5.5/10

IMDB

The post Marauders [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2b2Q8iT