Search This Blog

The Man Who Knew Infinity [Review]

Filem The Man Who Knew Infinity bukanlah sebuah filem yang kami tunggu-tunggu. Namun kerana ia kerap disebut oleh beberapa orang di sekeliling kami, kami mengambil keputusan untuk review filem ini.

The Man Who Knew Infinity

The Man Who Knew Infinity [Review]

Filem The Man Who Knew Infinity mengisahkan kisah benar seorang prodigi bidang matemetik India bernama S. Ramanujan yang tampil dengan pelbagai teori dan formula matematik hebat, walaupun tidak pernah mejejakkan kaki ke menara gading. Formula matematik yang diperolehinya seoalah-olah ilham dari tuhan dan sukar dibuktikannya melalui prosedur pembuktian yang biasa diperlukan ahli matematik rasmi.

Setelah pelbagai usaha untuk menerbitkan ilmu-ilmu matematiknya, beliau akhirnya diterima masuk ke Trinity College di Cambridge, England dan bekerjasama dengan seorang pakar matematik Inggeris bernama G. H. Hardy.

Konflik mula timbul apabila beliau diminta membuktikan teori dan formulanya dengan kaedah akademik. Tambahan pula staf akademik di kolej itu juga mendiskriminasi diri beliau kerana berketurunan India, ia itu negara jajahan British.

Apakah beliau berjaya menempa nama dalam bidang Matematik? Kesudahannya boleh diketahui dengan menonton filem ini di pawagam (anda juga boleh baca dalam buku sejarah kerana ia fakta sejarah).

tmwki_1200x675

Jalan Cerita

Oleh kerana filem ini merupakan sebuah filem kisah benar, tidak banyak boleh diubahsuai dari segi jalan cerita, jadi usaha lebih ditekankan pada pengolahan ceritanya dan bagaimana pengarah menceritakan kisahnya dan menjadikannya lebih dramatik, tanpa memalsukan fakta sejarah.

Secara keseluruhannya, filem ini menarik dari segi fakta sejarahnya, di mana ia memaparkan bagaimana diskriminasi orang British, iaitu bangsa penjajah, memandang rendah orang yang bukan setaraf dengan bangsanya. Tetapi menariknya juga, dengan adanya ilmu yang tinggi, Ramanujan berjaya meningkatkan tarafnya setaraf dengan orang British dan sedikit demi sediki dihormati mereka atas dasar ilmu pengetahuan.

Namun, pergolakan yang dialami Ramanujan kurang berimpak. Ini bukan kerana mutu lakonan Dev Patel (yang melakonkan Ramanujan), tetapi lebih kepada pengolahan jalan cerita yang tidak berjaya menonjolkan pergolakannya dengan cara yang berimpak tinggi. Filem ini juga tidak mempunyai bahagian-bahagian klimaks yang jelas menyebabkan filem ini terasa agak mendatar dari segi kesan emosi.

Filem ini ada juga menekankan aspek budaya dan agama yang juga menjadi penghalang kepada Ramanujan mengejar cita-citanya dan impaknya kepada isterinya yang setia menunggu di Madras, India, iaitu tempat asal Ramanujan.

Filem ini juga tidak menekankan banyak mengenai kepentingan sumbangannya dalam bidang matematik kepada masyarakat umum. Ini menyebabkan anda tidak dapat menghayati sepenuhnya sumbangan beliau kecuali anda seorang ahli matematik berpendidikan tinggi.

the-man-who-knew-infinity-759

Positif Negatif

Positif

  • Mengisahkan suatu kisah ahli matematik yang tidak diketahui ramai.

Negatif

  • Cara pengolahannya OK, tetapi tidak membuatkan anda terharu atau tersentuh.
  • Melainkan anda seorang ahli matematik, sukar untuk menghargai sumbangan dibuat Ramanujan.

The Man Who Knew Infinity

Kesimpulan

Filem biografi ini sesuai untuk ditonton untuk menambahkan pengetahuan umum anda, namun sebagai sebuah filem yang memberi impak dari segi emosi, ia kurang berjaya dari segi itu. Tontonlah filem ini jika anda tiada filem menarik lain yang hendak ditonton.

Penilaian: 5.5/10

The post The Man Who Knew Infinity [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2bztRgE