Search This Blog

Inferno [Review]

Inferno merupakan filem ketiga yang dibikin berdasarkan buku-buku novel tulisan Dan Brown selepas Da Vinci Code dan Angels and Demons. Tidak hairanlah ramai yang menanti tayangan filem ini dan kami berkesempatan menonton filem ini tempoh hari dan inilah pendapat kami mengenai filem berkenaan.

inferno-2016-official-trailer

Inferno [Review]

Dalam filem Inferno, fokus utama ceritanya adalah mengenai idea seorang ekstrimis kemanusiaan yang mempercayai bahawa oleh kerana bumi berpotensi mengalami populasi melampau dan seterusnya akan memusnahkan alam sekitar, populasi manusia harus dikurangkan dengan membunuh sebahagian besar penduduk bumi dengan menggunakan virus.

Sementara itu, hero kesayangan ramai, Prof. Robert Langdon tersedar di hospital dengan luka di kepala dan kehilangan ingatan sehingga tidak dapat mengingati kembali perkara yang berlaku dua tiga hari yang lepas. Doktor yang merawat beliau adalah Dr Sienna Brooks. Tiba-tiba datang seorang anggota polis yang cuba membunuh Prof Langdon, namun beliau dapat menyelamatkan diri dengan bantuan Dr Brooks.

Omar Sy in Columbia Pictures' "Inferno," starring Tom Hanks and Felicity Jones.

Setelah meneliti semula pakaian dan barangan peribadinya, Prof Langdon mendapati dalam poketnya terdapat satu projektor mini yang memancarkan imej “Dante’s Inferno” yang merupkan gambaran peringkat-peringkat neraka mengikut pelukis klasik bernama Dante. Dalam imej tersebut terdapat teka-teki kepada lokasi pembayang seterusnya.

Apakah tujuan teka-teki tersebut dan apakah destinasi atau benda yang hendak ia dibongkarkan? Jawapannya boleh didapati dengan menonton filem menarik ini.

Jalan Cerita

113

Kami boleh golongkan filem ini di bawah kategori adventure dan ia merupakan satu filem yang sangat menarik. Setiap teka-tekinya akan membuatkan penonton sentiasa berfikir dan babak-babak aksinya juga akan membuatkan penonton tidak bosan dan sentiasa inginkan lagi. Bagi mereka yang gemarkan filem yang membuatkan anda berfikir, filem ini memang baik untuk anda.

Namun, tidak seperti Da Vinci  Code dan Angels and Demons, filem kali ini tidak banyak atau tidak langsung berkait dengan gereja Katolik atau The Vatican, sebaliknya lebih mengetengahkan artisan zaman Renaissance.

Tom Hanks and Sidse Babett Knudsen star in Columbia Pictures' "Inferno," also starring Felicity Jones.

Menjelang penghujung filem ini terdapat satu plot twist yang tidak disangka (namun bagi mereka yang telah menonton filem berdasarkan buku-buku Dan Brown sebelum ini pasti sudah boleh mengagak plot twist ini) yang menjadikannya lebih menarik. Penamatnya juga berakhir dengan satu babak yang mendebarkan.

Secara keseluruhannya, jalan ceritanya yang disusun dengan baik akan membuatkan anda rasa puas hati menonton filem ini, walaupun ada sesetengah orang yang telah membaca novel Inferno berkata jalan cerita filem dan novel sangat berbeza.

tom-hanks-inferno-2016

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita menarik
  • Aksi dan teka-teki membuatkan penonton tidak bosan
  • Lakonan mantap

Negatif

  • Teka-teki yang ditampilkan mungkin tidak sehebat filem-filem sebelumnya.

Kesimpulan

inferno-2016

Kesimpulannya, jika anda gemarkan filem-filem Da Vinci Code dan Angels and Demons, anda pasti menyukai filem ini. Walaupun ia mungkin tidak sehebat filem-filem sebelumnya itu, ia tetapi memberikan kepuasan menonton bagi penontonnya. Namun, jika anda sukakan filem yang ringan dan santai, mungkin ini bukan filem untuk anda.

Penilaian : 7/10

IMDB

The post Inferno [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2etL5Pl