Search This Blog

Jack Reacher Never Go Back [Review]

Filem Jack Reacher asal merupakan sebuah filem aksi yang pada kami tidaklah mempunyai apa-apa keistimewaan yang memberangsangkan dan kini,  sekuel kepada filem tahun 2012 itu, Jack Reacher Never Go Back telahpun ditayangkan di pawagam dan kami berpeluang menontonnya.

jack-2

Jack Reacher Never Go Back [Review]

Dalam filem Jack Reacher Never Go Back, Jack masih lagi hidup sebagai nomad dan membantu pihak berkuasa tentera menyelesaikan kes-kes berat. Filem ini bermula dengan Jack memberi maklumat kepada Polis tentera mengenai salah laku seorang ketua polis di sebuah daerah yang menjalankan aktiviti haram di atas tanah milik tentera. Dalam proses itu, beliau berkenalan dengan seorang Major Polis tentera wanita bernama Major Turner dan walaupun mereka tidak pernah berjumpa dan hanya bercakap melalui telefon, terdapat satu keintiman antara mereka.

Kemudian, Jack mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya di Washington DC. Apabila sampai di pejabatnya, Jack mendapati Major Turner telah ditangkap atas tuduhan mengintip. Jack mula menyiasat. Apakah yang sebenarnya berlaku? Kesudahannya boleh diketahui dengan menonton filem ini di pawagam.

jack1

Jalan Cerita Dan Lakonan

Sejujurnya, jalan cerita filem ini bukanlah suatu yang mempunyai kelainan. Ia mengandungi unsur penyiasatan, namun tidaklah sehebat filem-filem lain seperti Girl On The Train. Namun kami pasti filem ini sememangnya dibikin sebegitu rupa supaya tidak membebankan minada penonton, memandangkan filem ini hanyalah filem aksi santai dan tidak begitu berat.

Babak-babak aksinya juga tidak keterlaluan di mana ia tidaklah menampilkan lagak ngeri yang tidak logik atau menyalahi hukum fizik, tetapi cukuplah sekadar menghiburkan. Di celah-celah babak-babak aksi tersebut ia juga menampilkan mesej-mesej berkaitan keibubapan, feminism dan juga isu tentera US vs kontraktor keselamatan di Iraq dan Afghanistan.

Filem Jack Reacher Never Go Back ini bolehlah dikatakan sebuah filem tipikal Tom Cruise di mana beliau terkenal dengan babak berlari (malah setiap filemnya mempunyai babak khas menunjukkannya berlari) berlawan dan menembak.

Cobie Smulders plays Turner in Jack Reacher: Never Go Back from Paramount Pictures and Skydance Productions

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang tidak terlalu berat
  • aksi yang menghiburkan
  • terdapat sedikit mesej positif tentang keibubapaan dan kewanitaan

film_review_-_jack_reacher-_never_go_back

Negatif

  • Tiada apa yang istimewa

jack-reacher-never-go-back-trailer-640x357

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, jalan ceritanya biasa sahaja. Walaupun menghiburkan, tiada apa yang istimewa mengenai jalan ceritanya. Tontonlah filem ini jika anda mencari suatu filem yang tidak berat dan cukup menghiburkan bagi menghilangkan stress anda.

Penilaian – 6/10

IMDB

The post Jack Reacher Never Go Back [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2eNxe2s