Search This Blog

The Accountant [Review]

Tempoh hari kami ada memposkan artikel Yahoo! News yang mengatakan dalam filem The Accountant, Ben Affleck telah mempelajari silat dalam usahanya melakonkan watak Christian Wolff. Itu membuatkan kami tidak sabar untuk menonton filem ini dan terima kasih kepada Yes 4G kerana menaja tiket tayangan perdana filem itu pada malam Rabu lalu, kami ingin berkongsi pendapat kami mengenai filem ini.

b3dd1dc8b235f1a14730dc81f5cffdfba6e4eae050f66447637fa4e75242f350

The Accountant [Review]

Filem The Accountant menceritakan kisah Christian Wolff yang menghidapi sejenis autisma sejak kecil yang menyebabkan beliau diganggu dan diejek di sekolah. Autism ini juga memberikannya keupayaan luarbiasa dalam bidang matematik dan kerana itulah beliau menjadi “The Accountant” yang mempunyai pelanggan di kalangan para penjenayah dan pengganas yang ingin menjalankan aktiviti penggubahan wang haram.

Bapanya seorang tentera dan sejak kecil lagi beliau dididik untuk berlawan, termasuk memepelajari silat di Jakarta, untuk membolehkannya mempertahankan diri, seterusnya sedikit sebanyak mengatasi/mengurangkan kelemahan yang dialami akibat autisma.

Namun, satu hari beliau ditugaskan oleh seorang pelanggannya untuk membantu akauntan syarikat robotik itu mencari kesalahan dalam akaunnya yang didapati mempunyai keganjilan. Setelah berjaya menemui kesalahan tersebut, tiba-tiba satu-persatu rakan kongsi syarikat itu mati mengejut. Mengapakah perkara itu berlaku? Untuk mengetahui kesudahannya, tontonlah filem ini di pawagam berhampiran.

ben-affleck-first-look-at-the-accountant-social

Jalan cerita dan Lakonan

Tidak melampau untuk mengatakan filem ini mempunyai jalan cerita yang agak unik dan tidak selalu dilihat dalam filem Holywood dalam masa terdekat. Terdapat dua aliran jalan ceritanya selain jalan cerita utama, satu yang menceritakan tentang waktu kecil Christian Wolff ketika beliau dan adiknya dibesarkan bapanya yang tegas di mana kedua mereka dipaksa belajar silat dan ditekan dengan begitu hebat untuk menjadi gagah. Satu lagi aliran jalan cerita menceritakan tentang Ray King, iaitu pengarah Jabatan Kewangan Amerika Syarikat yang memburu “The Accountant” sejak lama lagi.

THE ACCOUNTANT

Kedua-dua jalan cerita ini berkembang mengikut jalan cerita utama, di mana penonton akan lebih faham mengapa kejadian-kejadian dalam jalan cerita utamanya berlaku setelah “flashback” ke kedua-dua jalan cerita ini dibuat. Dengan kata lain, dua jalan cerita berselari itu berfungsi sebagai menerangkan kejadian dalam jalan cerita utama.

ew-accountant7000233867

Olahan ketiga-tiga jalan cerita ini di buat dengan begitu baik dan membolehkan penonton memahami secara menyeluruh latarbelakang The Accountant dan juga watak-watak utama filem ini.

Bagi bahagian lakonan pula, Ben Affleck tidaklah berjaya sepenuhnya melakonkan watak seorang autistik dengan sempurna, namun ia masih boleh diterima. Watak autistik yang tidak pandai bergaul dengan masyarakat dan bersikap terus terang serta jujur sememangnya suatu yang unik mengenai filem ini berbanding watak hero dalam filem yang lain yang sentiasa ingin kelihatan cool.

Sememangnya watak Christian Wolff unik dan memberi satu nafas baharu dalam filem anti-hero (The Accountant bolehlah dianggap sebuah filem anti-hero seperti Punisher dan Deadpool). Tetapi samada anda suka watak sebegini, terpulang kepada anda untuk menilai.

Namun satu perkara yang pasti, aksi-aksi tembah menembak dan berlawan yang ditampilkan dalam filem ini ganas dan tidak ada belas kasihan (maklumlah heronya seorang autistik). Tembakan ke kepala dan muka adalah satu norma, jadi filem ini tidak sesuai untuk ditonton kanak-kanak. Tetapi menariknya, olehkerana penggunaan seni bela diri silat, babak lawannya jelas unik dan langsung tidak menyerupai babak lawan filem Holywood lain.

accountant-photo-16

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita dan struktur penceritaan yang unik dan menarik
  • Penggunaan silat menghasilkan babak lawan yang lebih unik.
  • Sedikit lawak jenaka yang timbul disebabkan watak Christian Wolff yang lurus bendul dan jujur.
  • Memberi kesedaran tentang autisma

Negatif

  • Terdapat juga babak-babak janggal di mana dalam minda anda, anda mengharapkan suatu perkara berlaku, tetapi apa yang berlaku adalah perkara bertentangan, disebabkan hero autistik.
  •  Tidak semua akan suka watak utama yang mempunyai autisma

the-accountant-7

Kesimpulan

Filem The Accountant tidak dapat dinafikan merupakan sebuah filem yang sangat unik dan jarang kita lihat di Holywood. Namun adakah keunikan itu baik atau sebaliknya, itu kami biarkan anda tentukan sendiri. Kami sangat merekomen filem ini kepada peminat filem aksi dan pastikan minda anda terbuka untuk menerima watak hero yang sedikit aneh.

jon-bernthal-in-the-accountant

Tidak mustahil juga jika filem ini dijadikan siri TV atau siri filem, kerana elemen-elemen sebuah filem francais sudah dapat dilihat pada filem ini. Watak hero, sidekick, watak penguatkuasa dan heroine dalam filem sudah diaturkan dengan baik untuk filem/siri TV berikutnya. Kita hanya perlu melihat sambutan keseluruhan orang ramai kepada filem ini.

Penilaian : 8/10

IMDB

The post The Accountant [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2e6BoTP