Search This Blog

Doctor Strange [Review]

Sebagai orang yang tidak mengikuti komik Marvel, nama Doctor Strange merupakan nama yang sangat asing bagi kami, jadi, kami tidaklah terlalu teruja untuk menonton filem ini. Apa pun, kami berpeluang menonton filem ini di pawagam tempoh hari.

doctor strange

Doctor Strange [Review]

Doctor Strange mengisahkan seorang pakar bendah saraf dan otak bernama Doctor Stephen Strange. Beliau sememangnya pakar dalam bidangnya dan memenangi banyak anugerah. Namun beliau sangat angkuh dan tidak mahu mengambil pesakit yang  dilihatnya tidak mempunyai harapan.

Segalanya berubah apabila beliau terlibat dalam satu kemalangan kereta di mana kedua belah tangannya cedera teruk dan walaupun dibedah banyak kali, tangannya tidak boleh berfungsi dengan normal serta menggeletar. Ini menyebabkan beliau tidak lagi dapat merawat pesakit. Diambang bankrapsi, beliau menujuk ke Kathmandu untuk mencari sebuah kuil latihan yang dinamakan Kamar-Taj.

Daripada seorang bekas pesakitnya yang ditolak rawatan kerana tiada harapan, Kamar-Taj dikatakan mempunyai teknik “rawatan” yang mampu menyembuh kedua belah tangannya. Dengan tidak disangka, beliau terjerumus ke dunia spiritual yang sangat bercanggah dengan kepercayaan realistiknya. Mampukah beliau menjalani latihan dalam konsep realiti yang jauh berbeza dari kepercayaannya? Dapatkah beliau menyembuhkan tangannya menggunakan latihan ini? segalanya akan terjawab dengan menonton filem ini di pawagam berhampiran.

tilda-swinton-doctor-strange

Jalan Cerita dan Lakonan

Jika anda seorang peminat siri TV Sherlock, anda tentu tahu bahawa Benedict Cumberbatch seorang British. Namun dalam filem ini dia memainkan watak seorang warga Amerika dengan loghat Amerika. Anda mungkin akan berasa kekok mendengarnya (mencuba) bercakap dengan loghat Amerika dan mungkin sekali sekala loghat Inggerisnya akan timbul. Sungguhpun begitu, mutu lakonannya tetapi di tahap terbaik dan lawak sarkastiknya sememangnya menjadi.

doctor-strange

Mengenai jalan ceritanya pula, strukturnya sememangnya tidak asing lagi dan lebih kurang sama dengan mana-mana adiwira yang bermula dari kosong: Zero(dengan bakat luarbiasa) –> Ego –> Disekolahkan –> Hero. Cuma, latarbelakang pertubuhan dan kuasa saktinya menjadi keunikan yang membezakannya dengan adiwira lain. Jika kebanyakan adiwira lain mempunyai latarbelakang sci-fi, Doctor Strange mempunyai latarbelakang mistik. Seperti kata-kata Wong dalam filem ini, “The Avengers mempertahankan dunia dari serangan fizikal, pertubuhan yang diketuai Sorcerer Suprime ini mempertahankan bumi dari serangan mistik dari dimensi lain”.

Secara ringkas, walaupun struktur jalan ceritanya tidaklah unik, latarbelakang pertubuhan mistik dan konflik antara dimensi merupakan suatu yang menarik. Ia umpama gabungan Harry Potter dan The Avengers. Untuk pengetahuan anda, Doctor Strange sememangnya wujud dalam dunia yang sama dengan The Avengers, malah terdapat bangunan Avengers diketengahkan dalam babak-babak landskap dalam filem berkenaan.

landscape-1469463742-doctor-strange-kaecilius2

Kesan Khas

Kesan khas sememangnya memainkan peranan besar dalam filem ini. Jika anda menonton trailer Doctor Strange, anda tentu menyedari babak di mana watak-wataknya berlawan dengan mengubah realiti di depan mata, seolah-olah melipat-lipat bangunan dan tanah. Kesan khas itu sememangnya kelihatan sangat kompleks dan memerlukan seorang yang pakar untuk membikinnya.

Tetapi kesan khas yang paling menakjubkan ialah babak pengenalan Doctor Strange dengan Sorcerer Suprime apabila beliau mula-mula dijemput ke Kamar-Taj. Anda perlu menontonnya untuk melihat bertapa babak itu kreatif dan pada masa yang sama memeningkan kepala.

doctor-strange

Positif vs Negatif

Positif

  • Adiwira dalam bidang mistik. Sesuatu yang baru.
  • Lawak sarkastik yang menjadi dan tidak keterlaluan.

Negatif

  • Struktur jalan cerita biasa sahaja.
  • Loghat Amerika Benedict Cumberbatch tidak berapa konsisten

0402-sub-benedict-cumberbatch-chiwetel-ejiofor-dr-strange-splash-4

Kesimpulan

Filem francais Doctor Strange bukanlah yang paling memberangsangkan dalam filem-filem adiwira Marvel, namun Marvel mempunyai strategi pemasarang yang sangat mantap di mana filem ini akan mempunyai kaitan dengan The Avengers dalam siri-sirinya akan datang (pastikan anda menonton babak khas di penghujung babak kredit). Jadi, hendak atau tidak, anda terpakasa menontonnya supaya anda tidak ketinggalan dalam kisah filem dalam dunia Marvel. Apa pun, ia tetap sebuah filem yang menghiburkan, walaupun tiada “Wow Factor” yang ketara.

Penilaian: 7/10

IMDB

The post Doctor Strange [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2fad05L