Search This Blog

Passengers [Review]

Menonton trailer filem Passengers baru-baru ini, ia kelihatan seperti sebuah filem yang menarik untuk ditonton musim cuti ini. Oleh itu, kami mengambil kesempatan untuk menonton filem ini hari ini dan berikut adalah review kami mengenainya.

Passengers [Review]

Passengers merupakan kisah di masa hadapan di mana manusia telah menakluk planet lain dan mula mempopulasikan planet-planet berkenaan. Perjalanan ke planet-planet itu mengambil masa bertahun-tahun. Sebagai contoh dalam kisah ini watak utama Jim Preston ingin berpindah ke planet Homestead II dan ia mengambil masa 120 tahun perjalanan kapal angkasa untuk tiba ke planet itu.

Oleh yang demikian, setelah dilancarkan semua kru dan penumpang akan diletakkan dalam keadaan hibernasi yang membolehkan mereka hidup sepanjang perjalanan dan dikejutkan 4 bulan sebelum tiba. Malangnya kapal itu telah mengalami masalah dan pod hibernasi Jim telah rosak, menyebabkan beliau dikejutkan 90 tahun lebih awal dari sepatutnya. Tinggallah beliau seorang diri di kapal angasa tersebut dalam keadaan berjaga. Sehinggalah beliau menemui pod hibernasi Aurora Lane di mana beliau telah jatuh cinta dengannya.

Beliau berfikir-fikir lama samada hendak mengejutkannya semula taupun tidak, kerana setelah dikejutkan, beliau tidak lagi akan boleh dihibernasikan. Apakah pilihannya dan mengapakah beliau dikejutkan awal dari hibernasi? Untuk mengetahui jawapannya, tontonlah filem ini di pawagam berhampiran.

Jalan Cerita dan Lakonan

Pertama sekali, perlu dijelaskan bahawa filem ini merupakan sebuah drama percintan bertemakan sci-fi. Bermakna ia lebih kepada sebuah drama percintaan berbanding sebuah filem sci-fi. Jadi jika jangkakan sebuah filem ala Star Trek, anda akan hampa. Terdapat sedikit babak aksi yang mendebarkan di dalam filem ini, namun tidak mencukupi untuk mengklasifikasikannya sebagai sebuah filem aksi.

Sungguhpun demikian, abang-abang sado yang turut menonton filem ini tidak akan dikecewakan kerana filem ini bukan sebuah filem percintaan klise. Persekitaran dan latarbelakang watak-watak serta masalah yang mereka hadapi tetap menarik ditonton dan anda tidak akan bosan dengan jalan cerita yang dihidangkan. Tambahan pula, pengakhirannya agak memuaskan dan tidak klise. Ia juga memberi satu mesej pengajaran iaitu sentiasa menghargai apa yang ada di tangan.

Lakonan mantap Chris Pratt dan Jennifer Lawrence baik, namun secara peribadi mereka tidak kelihatan seperti pasangan secocok. Itu pendapat kami, apa pula pendapat anda?

Positif vs Negatif

Positif

  • jalan cerita agak menarik dan tidak klise
  • pengakhiran yang memuaskan hati
  • pengajaran cerita yang kuat

Negatif

  • tidak banyak babak aksi
  • hanya 3-4 watak utama sepanjang filem ini.

Passengers

Kesimpulan

Kami menonton filem Passengers dengan harapan ia sebuah filem Sci-fi yang menarik, namun sebenarnya ia sebuah drama percintaan yang bertemakan sci-fi. sebahagian besar filemnya mengenai kisah konflik antara watak-watak utamanya dan hanya sedikit babak aksi. Namun, kami dapati filem ini berjaya mengekalkan minat kami menonton sehingga penghujungnya. Mungkin ini adalah sebuah filem yang anda patut tonton dengan pasangan romantik anda memandangkan ia tidak terlalu jiwang dan mempunyai tema sci-fi yang menarik minat kebanyakkan kaum lelaki.

Penilaian: 7/10

The post Passengers [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2iPIws9