Search This Blog

Star Trek Beyond [Review]

Filem Star Trek Beyond merupakan salah satu filem yang ditunggu-tunggu tahun ini dan filem kali ini sedikit istimewa. Bagaimana ia istimewa? Kami akan terangkan dalam review kali ini.

Chris-Pine-as-Captain-Kirk-in-Star-Trek-Beyond

 

Star Trek Beyond [Review]

Star Trek Beyond arahan pengarah kelahiran Malaysia, Justin Lin, mengisahkan krew USS Enterprise yang menyahut permintaan bantuan seorang makhluk asing yang telah tiba di stesen angkasa Yorktown kerana beliau mendakwa kapalnya telah terhempas di sebuah planet yang hanya boleh diakses oleh kapal seperti USS Enterprise.

Setibanya mereka di planet tersebut, mereka diserang oleh kaum makhluk asing yang beroperasi seperti sekawan lebah. Ini menyebabkan kapal mereka mengalami kerosakan teruk dan semua krew terpaksa melarikan diri menggunakan pod keselamatan. Malangnya mereka ditawan oleh makhluk asing tersebut.

Dengan kapalnya musnah dan keadaan mereka yang terdampar di sebuah planet yang tidak berpenghuni, Kapten Kirik mesti mencari jalan untuk menyelamatkan krewnya. Makhluk apakah yang dihadapi mereka? Apakah mereka akan dapat diselamatkan? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem ini di pawagam berhampiran anda.

star-trek-1400-1

 

Jalan Cerita dan Lakonan

Star Trek Beyond istimewa kerana dua sebab. Pertama ia diarahkan pengarah kelahiran Malaysia, Jeremy Lin dan kedua kerana jalan cerita filem kali ini dibuat khas untuk memastikan jalan cerita keseluruhan francais filem ini kembali selari dengan siri TV asal yang ditayangkan bermula 50 tahun dahulu di mana watak utama Kapten Kirk dimainkan William Shatner. Malah terdapat satu babak di mana Spock muda menangisi kematian Spock tua (yang hadir dari masa hadapan dalam filem Star Trek reboot pertama pada tahun 2009), dan melihat gambar krew USS Enterprise yang disimpan dalam koleksi barangan Spock tua. gambar tersebut merupakan gambar krew dan pelakon yang sama dalam siri Star Trek 50 tahun dahulu.

star-trek-beyond-idris-elba-as-krall

 

Berbalik semula kepada review. Jalan cerita kali ini kami rasakan adalah yang terbaik dalam 3 filem reboot yang dibikin setakat ini. Tanpa membuang masa, filem ini terus bermula dengan isi-isi penting filem tersebut. Secara keseluruhan penceritaannya padat dan tidak mengelirukan serta terdapat putaran plot (plot twist) yang menarik di bahagian-bahagian akhirnya.

Aksi-aksi yang dipaparkan juga sangat menarik dan mendebarkan serta tidak meleret-leret seperti dalam filem Transformers yang terakhir. Lawak jenakanya juga bersahaja dan lucu bakal membuat anda tidak kering gusi.

Lakonan para pelakon utama tentunya berada tahap yang terbaik dan sememangnya setia kepada perangai watak masing-masing.

star-terk-beyond-scotty-jaylah

Kesan Khas dan Muzik

Dalam filem berunsurkan angkasa lepas, tentunya usaha yang jitu diarahkan kepada kesan khas dan CGI. Seperti yang diharapkan, babak-babak peperangan angkasa telah dibikin dengan begitu baik sekali, namun terdapat sedikit kelemahan yang boleh dilihat apabila digabungkan babak CGI dan babak dunia nyata.

Sebagai contoh, babak kapten Kirk menunggang motosikal dengan laju di kawasan berbukit menuju ke pangkalan Krall. Secara logiknya, dengan bentuk muka bumi yang begitu berbukit, mustahil beliau dapat menunggang selaju seperti yang digambarkan dalam babak tersebut. Ia merupakan kelemahan kecil, tetapi disedari jika anda melihat dengan teliti.

Untuk muzik pula, jika anda menonton trailer pertama Star Trek, anda akan menyedari sebuah lagu rock yang dimainkan di awal trailer tersebut. Walaupun tidak kelihatan penting, lagu tersebut bakal menjadi sumber lawak jenaka terbesar dalam filem tersebut.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita dan aksi yang menarik serta lawak jenaka yang menghiburkan
  • Berjaya membawa jalan cerita keseluruhan francais selari dengan siri TV asal 50 tahun dahulu.
  • CGI berkualiti
  • Lakonan mantap

Kelemahan

  • Sedikit kelemahan pada CGI

mccoy-spock-10-clues-from-the-beyond-trailer

Kesimpulan

Star Trek Beyond menggabungkan semua ramuan dengan secukupnya, aksi, drama dan lawak jenaka. Tidak seperti filem Transformer yang mempunyai babak aksi yang meleret-leret dan tidak perlu, setiap segmen filem ini mempunyai durasi yang optimum supaya penonton tidak merasa bosan.

Tetapi walaupun kami memberi review yang baik terhadap filem ini ia tidaklah mencapai status epik, cuma ia mempunyai komponen-komponen yang betul bagi sebuah filem yang boleh menghiburkan anda setelah seminggu stress di tempat kerja. Kami merekomennya untuk semua lapisan masyarakat.

Penilaian: 8/10

IMDB

Tambahan: Saksikan evolusi Star Trek sepanjang 50 tahun ia ditayangkan

The post Star Trek Beyond [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2aLKYcb

Skiptrace [Review]

Filem-filem Jackie Chan sememangnya menjadi kegemaran kami sejak dulu lagi dan filem terbaharunya, Skiptrace menarik minat kami untuk menontonnya. Filem komedi-pengembaraan ini telah mula ditayangkan di pawagam mulai semalam.

Skiptrace

Skiptrace [Review]

Skiptrace mengisahkan seorang anggota polis Hong Kong, Bennie Chan yang tekad memburu ketua sindiket jenayah yang bernama Matador sejak kematian rakan sekerjanya ditangan penjenayah itu.

Pada masa yang sama seorang kaki judi Connor Watts telah menjadi saksi kepada pembunuhan seorang wanita oleh mereka yang Bennie Chan percayai adalah penjenayah Matador. Sebelum wantia itu mati, beliau memberikan telefon pintar milik Matador kepada Watts sebelum beliau melarikan diri.

Bennie Chan yang percaya Watts (yang juga telah menipu wang kasino milik Matador) boleh membantunya dalam kes Matador, mula mengejar dan menangkapnya. Di situlah bermulanya pengembaraan mereka merentasi mogolia dan China tanpa kenderaan untuk sampai ke Hong Kong.

Apakah mereka berjaya menangkap Matador? Kesudahannya boleh diketahui dengan menonton filem ini di pawagam berhampiran anda.

436_1461139346

Jalan Cerita dan Lakonan

Sejujurnya kami memang gemar filem berunsurkan komedi pengembaraan dan walaupun filem ini bertemakan penyiasatan jenayah, ia banyak memaparkan pengembaraan watak-watak utama merentasi Mongolia dan China (Guilin terutamanya). Tidak dapat dinafikan sebahagian besar filem ini adalah umpama iklan pelancongan untuk China dan Mongolia dengan memaparkan pemandangan indah serta budaya menarik di kedua buah negara tersebut.

Dari segi jalan ceritanya, ia sangat menghiburkan, plot yang tidak begitu berat dan mempunyai plot-twist yang tidak dijangka (tetapi kami boleh mengagak). Walaubagaimanapun, semua ini dihampakan dengan mutu lakonan atau pemilihan pelakon yang kurang sesuai.

Skiptrace-HD-Movie-Still-Image

Pertama, kami dari mula tidak gemarkan pelakon Johnny Knoxville yang memainkan watak Connor Watts. Beliau mempunyai rupa yang serious dan sejujurnya agak tua, tetapi watak yang dimainkannya sepatutnya seorang yang kelakar dan muda. Kami rasa jika Owen Willson memainkan watak tersebut, filem ini memang akan menjadi sempurna.

Walaupun watak sokongan seperti penjahatnya dimainkan oleh pelakon yang agak terkenal (termasuk seorang dari Korea), seperti biasa, watak tambahan seperti konco-konco jahat dimainkan oleh pelakon kurang professional di mana lakonan mereka agak kaku dan jelas kurang berpengalaman.

1280x720-vSH

Kesan Khas

Dalam filem ini Jackie Chan beralih semula kepada penggunaan lagak ngeri sebenar dan kurang menggunakan CGI (kecuali babak Flying Fox yang menggunakan CGI yang kurang meyakinkan). Ini suatu yang baik bagi peminat klasik filem Jacki Chan dan menaikkan nilai filem ini. Seperti biasa, tiada siapa yang dapat melawan koreografi lucu babak lawan Jacki Chan dan filem ini membuktikannya.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang ringkas dan menghiburkan.
  • Paparan pemandangan yang indah membuatkan anda ingin melancong.

Negatif

  • Pemilihan pelakon watak Watts yang kurang sesuai.
  • Bagi mereka yang mengharapkan jalan cerita penyiasatan yang penuh debaran, anda akan hampa.
  • Satu-satunya babak CGI kurang memuaskan.

MV5BMTU2MDYzMzA0Ml5BMl5BanBnXkFtZTgwMjEyMjc0OTE@._V1_UX477_CR0,0,477,268_AL_

Kesimpulan

Filem Skiptrace merupakan sebuah filem yang sangat menghiburkan. Jika anda mempunyai minggu kerja yang stress, dengan menonton filem ini, anda tentu dapat melupakan stress anda. Walaubagaimanapun  kelemahan-kelemahan kecil dalam filem ini menghalangnya untuk menjadi sebuah filem yang lebih hebat lagi. Kami rekomen anda menonton dengan rakan sekerja atau rakan belajar memandangkan ia sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Penilaian: 7/10

IMDB

The post Skiptrace [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2afxvx0

Review filem The Conjuring 2



First time aku menonton the Conjuring di pawagam. Kebanyakan filem yang aku tonton sebelum ni adalah filem superheroes. Tapi best gak citer seram macam ni. Itu pun aku rasa wayang tempat aku tonton tu tak buat full sound system dan juga lighting. Pada pendapat aku je. Sebab kalau semua maksimum, takut ade yang kene histeria. Sekali lagi, pendapat aku je...

Baru aku tau yang the conjuring ni based on the true story. Berlaku di london, UK sekitar tahun 70-an. Memang best lah. Korang tengok lah sendiri. Cuma aku nak habaq pi. Mase sebelum masuk tengok wayang tu aku dah gi toilet. Tapi masa pertengahan citer, sekali lagi rasa nak terbocor. Tak tahan gile. Tapi sayang pulak nak kuar, takut terlepas babak penting. Akhirnya aku pun meliuk lentuk sepanjang tempoh lebih kurang 2 jam tu. Macam cacing kerawit dah. Nasib baik sebelah aku takde orang duduk. Tahan juga lah sampai sudah. Bila the end, orang semua kuar ikut exit, aku naik atas kuar ikut pintu masuk. Aku gi toilet sensorang. Bile nak kuar, aku keluar juga ikut tempat cek in tiket.

Seingat aku, cuma sekali je aku terperanjat gile. Malu siot. Dah la rasa nak terbocor ku tahan Jebat. Nasib baik. Kalau tidak, banjir....

Maaf le, tajuk entry tak same dengan kisah . Nak citer pun tak pandai. Korang gi la tengok sendiri. Kalau dah habis kat pawagam, korang pepandai le cari DVD ke ape..

Tapi nasib baik la dia tayang lama. Dari sebelum raya lagi sampai dah raya ke berapa belas, still on going. Aku tak tunggu, terus beli tiket dan masuk..

Aku citer ringkas je la ek. Sebagai idea untuk sesape yang teringin nak tengok nanti. Citer dia start kat Anfield, UK. Liverpool tu beb! hehe. Sorry, selingan...

Ade 2 orang budak pempuan kat sekolah kene tangkap sebab hisap rokok. Salah sorang budak perempuan ni adalah watak utama filem ni. Dia la yang bakal di possess oleh roh demon (dirasuk oleh hantu). Budak ni (name aku dah lupe) tinggal dengan kakak dan sorang adik lelaki. 3 beradik ni pulak tinggal dengan mak diorang. Pendek citer, 4 beranak la tinggal dalam sebuah rumah. Ayah diorang dah kawin lain, tinggal diorang. Dapat anak kembar lak tu dengan bini baru..Tapi dalam citer ni, bekas ayah diorang merangkap bekas suami mak diorang memang takde terlibat dalam ini gambar...

So, budak perempuan ni adalah 'alat'  untuk syaitan ataupun hantu yang menumpang di dalam rumah diorang ni mengganggu diorang 4 beranak.  Permulaan citer, budak perempuan ni ngan kakak dia main 'spirit,spirit comes to the coin'. Macam tu lah lebih kurang permainannya. Kakak budak perempuan ni tanya soalah ape aku tak ingat. Tapi budak perempuan ni pulak tanya kat spirit tu, bila ayah diorang nak balik. Bila diorang tengok permainan tu macam takde respon ape2, budak perempuan tu pu stop dan sorok permainan tu bawah katil.

Dalam masa yang sama, di sebuah tempat di Amerika Syarikat, ada sepasang suami isteri yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan roh. Diorang menjalankan kerja sukarela berkaitan aktiviti paranormal ini atas dasar kemanusiaan, bagi membantu mereka yang dalam kesusahan. Dalam permulaan citer ni , ada la ditunjukkan bagaimana dorang dapat mencari punca kematian sebuah keluarga akibat gangguan roh jahat. Nak explain kang panjang pulak. Penat tangan ni menaip..bukan mintak ape2 balasan pun. Sekadar hobi..


Jadi berita tentang keluarga yang diganggu roh jahat di Anfield, London, UK ni pun sampai ke pengetahuan diorang melalui persatuan gereja. Seorang father telah dihantar untuk menyampai berita berkenaan kepada mereka dari benua Eropah ke benua Amerika. Jadi, diorang pun terbang lah ke benua tersebut, iaitu di Anfield bagi membantu ibu tunggal bersama 3 orang anaknya tersebut. Walaubagaimanapun, sebelum mereka berangkat, si isteri terlebih dahulu telah mendapat vision bahawa suaminya itu akan mati ketika misi diorang membantu keluarga malang di Anfield tersebut. Si isteri sebenarnya memang memiliki kebolehan untuk melihat peristiwa yang bakal berlaku kepada dirinya dan orang lain. Mungkin si isteri ini memiliki kuasa psikik. Pada pendapat aku je...

Aku dah sakit kepala ni. Dari petang tadi sakit. Baru makan 2 biji paracil. Acane ek?? Tangan pun dah lenguh ni. Aku sambung len kali bleh? Terima kasih kerana sudi membaca ye. Sekian dahulu.

The Purge Election Year [Review]

Francais filem The Purge sememangnya dikenali sebagai francais yang penuh keganasan dan aksi, tetapi kekuatannya bukalah jalan ceritanya. Biasanya mereka yang menontonnya hanyalah mahu menonton aksi ganas yang dipertontonkan. Namun filem terbaharu dalam francais itu, The Purge Election Year, banyak mesej-mesej tersirat ditanam di dalamnya.

The Purge Election Year

The Purge Election Year [Review]

The Purge Election Year mengisahkan Senator Charlie Roan, yang pernah melihat sendiri keluarganya dibunuh dalam acara The Purge di awal pelaksanaannya. Kini beliau memasuki arena politik dalam usahanya untuk menghapuskan acara The Purge dari kalendar acara Amerka Syarikat.

Namun langkah ini tidak disenangi pihak “New Founding Fathers” yang merupakan kuasa politik yang berkuasa pada ketika itu. Pihak itu kemudiannya merancang untuk membunuh Senator Roan dalam acara tahunan The Purge bagi menghalangnya dari memansuhkan acara ganas itu.

Bagi memancing undi dan membuktikan beliau bersama-sama rakyat Amerika, Senator Roan tinggal seperti rakyat biasa dalam rumah biasa semasa acara tersebut berlangsung, dengan dibantu ketua keselamatannya, Leo Barnes dan pasukannya. Dapatkah Senator Roan bertahan sepanjang 12 jam acara tersebut berlangsung dan seterusnya memenangi pilhanraya Amerika Syarikat? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

thumbnail_23989

Jalan Cerita dan Lakonan

Jelas sekali filem The Purge Election Year mendapat ilham daripada kempen pilihanraya Amerika Syarikat yang “kebetulan” berlangsung sepanjang pembikinan filem ini. Isu-isu ketidakadilan, ketidakseimbangan status sosial dan isu rakyat kulit hitam diketengahkan dalam filem ini. Ini merupakan isu-isu dunia nyata yang biasa diperbahaskan dalam kempen pilihanraya Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, jalan cerita dan perkembangan babak-babaknya agak klise bagi mereka yang telah menonton filem-filem sebelumnya. Bagi mereka yang belum pernah menonton filem The Purge, adegan-adegan yang dipaparkan agak ganas, walaupun anda berumur 18 tahun ke atas.

c470da18749cf53c0b27d7ecc46c8059_700x259

Filem ini mungkin akan menarik minat penonton filem-filem sebelumnya yang ingin mengetahui kisah The Purge yang seterusnya, tetapi ia mungkin kurang menarik bagi mereka yang belum pernah menonton francais filem ini. Malah mereka juga mungkin tertanya-tanya bagaimana kerajaan US (dalam filem ini) boleh meluluskan acara The Purge yang sebegini dahsyat dan ganas?

Lakonan watak-watak dalam filem ini pula, tidak akan memenangi apa-apa anugerah tetapi cukup baik untuk filem genre seram/survival bajet rendah seperti ini.

The Purge Election Year

Kesan Khas

Kesan khas bukanlah kekuatan filem ini, mungkin kerana bajet pembikinannya rendah (secara reletif) iaitu dianggarkan sebanyak USD10 juta. Namun, pengarah bijak dan mengetahui kelemahan tersebut dan tidak mengetengahkan secara dekat babak-babak yang mempunyai CGI seperti babak helikopter. Kesan khas tembak-menembak, kesan darah dan kemusnahan anggota badan, walaupun bukanlah terbaik jika dilihat secara teliti, namun sepintas lalu kesan khasnya bolehlah diterima.

the-purge-election-year2

Positif vs Negatif

Positif

  • Satu sequel yang baik dalam francais The Purge. Peminat filem sebelumnya akan terhibur.
  • Mengambil ilham isu dunia sebenar
  • Kesan khas boleh dikira OK bagi sebuah filem bajet kecil

Negatif

  • Mendapat ilham dari kempen pilihanraya Amerika, tetapi pelaksanaan ideanya agak simplistik
  • Lakonan agak kurang memuaskan

The-Purge-Election-Year-750x400

Kesimpulan

Filem The Purge Election Year merupakan sebuah filem yang baik dan kurang baik, bergantung kepada samada anda penonton filem sebelumnya. Tidak dapat dinafikan ia mempunyai vibe atau persepsi seperti sebuah filem TV, namun ia masih lagi menghiburkan bagi mereka yang menonton filem sebelumnya, malah ia merupakan filem paling menghiburkan antara ketiga-tiga filem dalam francaisnya. Cuma kami kurang yakin pendapat mereka yang belum menonton filem sebelumnya mengenai filem ini. Jika anda membuka minda dan hanya layankan filem ini, mungkin anda akan terhibur. jika anda terlalu banyak menyoal tentang logik filem ini, mungkin anda tidak akan terhibur.

Apa pun, kutipan kasar filem ini sehinga 18 Julai adalah USD71,990,475. Walaupun tidak sehebat filem box office lain, jika diambil kira kosnya iaitu USD10 juta, pulangan untuk pelaburannya lebih kurang 7 kali ganda setakat ini. Boleh tahan.

Penilaian: 6/10

IMDB

The post The Purge Election Year [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2a7NhY5

Bukan panas biasa

Salam pembuka bicara buat semua pembaca budiman,

Hari ini adalah hari ke sebelas, bulan ke tujuh di dalam tahun dua ribu enambelas masehi. Banyak perkara yang hendak diluahkan sebenarnya. Namun hanya pada ketika dan saat ini, baru lah masa itu telah membuka ruangnya serta mengizinkan diri ini untuk menulis dan menaip seperti biasa....


Hari ini juga adalah hari raya yang ke enam di dalam bulan Syawal, bagi tahun seribu empat ratus tiga puluh tujuh hijrah. Sudah lebih seribu tahun berlalu sejak Nabi kita wafat. Namun begitu, selagi kita masih bernafas dan berselawat, selagi itu lah umat Islam akan mendapat keberkatan dan keselamatan, walaupun sering ditimpa musibah semenjak baginda pergi meninggalkan kita semua.


The Legend of Tarzan [Review]

Hanya dengan melihat tajuk filem ini, The Legend of Tarzan, kami telah membuat banyak sangkaan klise mengenai filem berkenaan dan menjangkakan sebuah filem bertemakan remaja atau kanak-kanak. Namun setelah kami sempat menontonnya, kami menerima kejutan di mana sangkaan kami mengenaainya agak meleset.

tarzan_780x430_2

The Legend of Tarzan [Review]

Tidak seperti kartunnya, filem The Legend of Tarzan mengisahkan Tarzan yang telah kembali ke London dan mengambil semula tempatnya dalam dunia aristokrat England sebagai Lord Graystoke dan nama sebenarnya John Clayton. Beliau tinggal bersama isterinya, Jane. Suatu hari, beliau dijemput untuk ke Congo, Afrika (tempat lahirnya Lagenda Tarzan) oleh raja Belgium. Ketika itu Congo di bawah jajahan Belgium dan raja Belgium membelanjakan semua wang negaranya untuk mengeksplotasi hasil bumi negara tersebut. Oleh itu beliau dalam tekanan untuk mendapatkan hasil bumi yang berharga untuk membayar hutang-hutang negara. Tetapi, walaupun didesak pembesar di London kerana ia merupakan peluang untuk memantau setakat mana raja Belgium boleh membayar hutangnya kepada England, John Clayton enggan menerima jemputan tersebut.

The-Legend-Of-Tarzan-2016-HD-Wallpaper

Pada masa yang sama, seorang wakil dari kerajaan Amerika bernama George Washington Williams (Samuel L. Jackson) dihantar untuk menyiasat kegiatan perlombongan yang mencurigakan di negara tersebut. Memandangkan beliau perlu mempunyai jemputan untuk memasuki negara tersebut, beliau terpaksa memujuk John Clayton aka Tarzan untuk menerima jemputan raja Belgium itu.

Apakah sebenarnya yang berlaku di Congo dan dapatkan Tarzan dan George menyiasat apa sebenarnya yang dilakukan kerajaan Belgium di negara itu yang diketuai Leon Rom? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

NENVH08Hql5jQT_1_b

Jalan Cerita dan Lakonan

Perkara pertama yang perlu diketahui adalah, filem ini bukanlah filem bertemakan kanak-kanak mahupun remaja. Tanpa sebarang tidak syak lagi ia merupakan filem dewasa. Ia menggabungkan unsur politik, sedikit percintaan dan juga aksi. Jalan ceritanya langsung di luar jangkaan kami, tetapi kami maksukannya dari segi yang baik. Kami tidak menyangka sebuah filem Tarzan akan mempunyai tema politik, dipenuhi aksi tembak-menembak machine gun dan babak serangan haiwan yang ganas yang kurang sesuai untuk kanak-kanak.

maxresdefault2

Perlu dipuji juga bagaimana jalan ceritanya diolah dengan begitu baik untuk memberikan satu filem yang mempunyai kelasnya tersendiri. Walaupun, filem ini mengisahkan Tarzan selepas beliau kembali ke England, filem ini memaparkan flashback dari masa ke semasa bagi menceritakan kepada penonton sejarah dan latarbelakang Tarzan dan bagaiman konflik antaranya dengan puak Chief Mbonga terjadi. Babak-babak flashback dibuat dengan begitu baik dan pada kadar yang secukupnya supaya penonton tidak keliru dengan apa yang ingin disampaikan dalam filem ini.

Secara ringkasnya, jalan ceritanya sememangnya difokuskan kepada golongan dewasa. Malah kami rasakan para remaja dan kanak-kanak akan berasa bosan menonton filem ini kerana ia memerlukan penghayatan jalan cerita dan dialog-dialog antara watak-wataknya bagi memahami jalan ceritanya.

Lakonan watak utama Tarzan yang dilakonkan Alexander SkarsgĂ„rd walaubagaimanapun sedikit kurang meyakinkan. Walaupun lakonan dari segi gerakan fizikalnya sangat berkesan, lakonan dalam babak yang memerlukan perasaan, kurang menyerlah. Watak yang paling menonjol dan menghiburkan merupakan watak George lakonan Samuel L Jackson yang lucu dan pandai berkata-kata.

LEGEND OF TARZAN

Kesan Khas

Anehnya filem ini kesan khas CGInya kadang-kala sangat bagus dan antara yang terbaik di dunia, tetapi dalam sesetengah babak, CGInya agak melucukan. Contohnya, semua CGI berkaitan haiwan adalah antara CGI terbaik kami pernah lihat di mana haiwannya mempunyai tahap perinician yang tinggi, tetapi dalam babak yang melibatkan gerakan Tarzan yang bergayut dari pokok ke pokok kebanyakannya kelihatan tidak kena, kemungkinan hukum fizik kurang diambil kira semasa membikin CGI tersebut.

Apa pun, kesan khas terbaik filem ini bukan lah kesan khas, sebaliknya sinematografi dan komposisi yang memperlihatkan landskap Afrika yang sangat indah.

The-Legend-of-Tarzan-Official-Trailer-2-8

Positif Vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang diolah dengan baik, matang dan ada kelas
  • CGI haiwan yang antara terbaik di dunia
  • Babak aksi yang lebih mendebarkan dari sangkaan

Negatif

  • Sesetengah babak mempunyai CGI kurang memuaskan
  • Bahagian pengakhiran yang kurang memuaskan dan tidak masuk akal

the-legend-of-tarzan

Kesimpulan

Filem The Legend of Tarzan sememangnya sebuah filem yang di luar jangkaan dari segi jalan ceritanya, namun ia sebuah kejutan yang dialu-alukan. Ia nyata bukan sebuah filem untuk kanak-kanak dan mungkin akan membuatkan kebanyakan golongan remaja merasa bosan, kecuali mereka yang gemarkan sebuah filem yang mempunyai jalan cerita kuat, bukan filem yang banyak bergantung kepada aksi dan kesan khas. Kami rekomen filem ini untuk mereka lebih gemarkan filem genre drama, berbanding aksi, walaupun filem ini mempunyai babak aksi yang menarik.

Pada keseluruhannya filem ini ingin memberi mesej mengenai kesalahan negara-negara imperialis satu ketika dahulu yang menjadi kaya akibat penjajahan dan penghambaan rakyat Afrika.

Penilaian: 7.5/10

IMDB

The post The Legend of Tarzan [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/299FmZp