博文

目前显示的是 九月, 2017的博文

Kingsman The Golden Circle [Review]

图片
Filem Kingsman pertama sememangnya sebuah filem yang menghiburkan dan kebanyakan orang yang telah menontonnya, rata-rata menyukai filem tersebut. Kini, sekuelnya, Kingsman The Golden Circle, telah mula ditayangkan di pawagam setelah lebih 2 tahun filem pertama ditayangkan dan kami berpeluang menontonnya di pawagam.Kingsman The Golden Circle [Review]Setelah “kematian” Harry dalam filem pertama, Eggsy kini telah menjadi seorang agen kanan dalam Kingsman dengan nama agen Galahad (menggantikan Harry). Semuanya baik-baik sahaja sehingga seorang ketua kartel dadah terbesar dunia, bernama Poppy Adams, CEO Golden Circle telah menyasarkan dan menghapuskan semua agen dan ibupejabat Kingsman di UK dengan menggodam pangkalan data Kingsman. Eggsy yang ketika itu makan malam bersama keluarga bakal mertuanya (Raja Sweden), terselamat bersama Merlin yang maklumatnya tidak diletakkan dalam pangkalan data Kingsman.Oleh kerana Kingsman UK telah dihapuskan Eggsy telah mengikuti protokol Doomsday yang men…

American Assassin [Review]

图片
Sekali lalu menonton trailer filem American Assassin, kami boleh menjangkakan keseluruhan jalan cerita filem tersebut kerana pada pengalaman kami sudah terdapat banyak filem sebegini yang telah ditayangkan sebelum ini. Namun betulkah sangkaan kami? Kami menonton filem ini di pawagam untuk mengetahui sejauh mana jangkaan kami benar.American Assassin [Review]America Assassin mengisahkan Mitch Rapp yang kehilangan tunangnya dalam satu serangan pengganas semasa bercuti di tepi pantai. Sejak hari itu, beliau obses untuk membalas dendam ke atas pengganas yang telah membunuh tunangnya itu. Dengan memiliki kemahiran seni mempertahankan diri yang tinggi dan kebolehan penyiasatan luarbiasa, beliau berjaya menemui pengganas tersebut dan mula menyelinap masuk ke sel pengganas yang diketuai oleh orang yang merancang serangan bersenjata yang membunuh tunangnya.Tetapi perkara ini tidak dapat disembunyikan dari pihak CIA, mereka juga menjejak pengganas tersebut dan mengintip Mitch untuk mengetahui ke…

IT [Review]

图片
Admin pertama kali (dan kali terakhir) menonton filem IT yang asal adalah di TV semasa sekolah rendah. Ketika itu tiada lagi klasifikasi U, 18SG dan sebagainya. Walaupun admin menonton beramai-ramai bersama sepupu, pakcik, makcik dan datuk, nenek, admin masih berasa trauma menonton filem tersebut kerana keseramannya. Apa yang admin ingat adalah kesudahan filem tersebut tidak berapa menakutkan sebagaimana bahagian awalnya. Oleh sebab hanya acah-acah tonton, tidak banyak perkara yang boleh admin ingat mengenai jalan ceritanya. Kini setelah dewasa, filem baharu IT ini sememangnya dialu-alukan dan olehkerana admin dah kebal filem seram, bolehlah admin menontonnya dengan gembira.IT [Review]Filem IT merupakan pembikinan semula filem tersebut yang asalnya dibikin berdasarkan buku novel seram karangan Stephan King. Ia mengisahkan satu makhluk seram berbentuk badut yang menculik kanak-kanak di satu bandar kecil bernama Derry. Bill merupakan watak utamanya yang kehilangan adiknya hampir setahun…