Search This Blog

Midnight Runners [Review]

Tidak dapat dinafikan, filem Korea selalu mendapat tempat di hati peminatnya dan kami juga merupakan peminat tidak tegar filem-filem Korea. Kali ini kami berpeluang menonton filem komedi Midnight Runners. Sekilas pandang, dari trailernya filem ini kelihatan seperti sebuah filem ala Police Academy yang terkenal di zaman 80an dan 90an.

Midnight Runners [Review]

Midnight Runners mengisahkan dua orang pelatih polis, Park Ki-joon dan Kang Hee-yeol yang mana keduanya mempunyai personaliti bertentangan. Seorang skema dan seorang lagi bertindak sebelum berfikir. Kedua-duanya juga masuk akedemi polis atas sebab yang berbeza, Park Ki-joon masuk kerana yuran pengajian polis percuma, manakala Kang Hee-yeol yang mempunyai kelulusan akedemik cemerlang masuk kerana mahu mencuba sesuatu yang unik dalam kehidupannya dan bukan masuk ke universiti terkemuka Korea. Kedua-duanya bukannya bercita-cita menjadi anggota polis

Setelah menjalin persahabatan BFF dalam situasi yang tidak dijangka mereka lama kelamaan berasa ragu-ragu akan pilihan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke akedemi polis. Sehingga suatu malam, mereka menyaksikan seorang remaja perempuan diculik. Mereka kemudian berazam mencari remaja tersebut dan menjalani pengalaman yang akan menyedarkan mereka kenapa mereka perlu menjadi anggota polis.

Review

Pertama sekali, filem ini bukan filem percintaan, jadi bagi anda yang sudah naik menyampah dengan filem atau drama cinta Korea, anda boleh menonton dengan gembiranya. Filem ini membawa penonton menyelami beberapa masalah sosial yang berlaku di Korea antaranya, gejala lari dari rumah, pemerdangangan orang dan jenayah terancang. Segalanya diterangkan secara berperingkat, selari dengan siasatan kedua watak utama. Menariknya pengarah berjaya menggunakan medium komedi untuk menyampaikan mesejnya dengan berkesan.

Telatah kedua rakan itu memang melucukan dan spontan hingga penonton tak kering gusi, ditambah pula dengan lakonan yang sentiasa setia kepada karektor watak masing-masing. Kami jamin, sekiranya minggu anda penuh dengan pancaroba, filem ini akan menceriakan hari anda dengan jayanya. Lawak jenakanya juga bukan lawak slapstik, sebaliknya menggambarkan personaliti ikhlas watak-wataknya yang sememangnya lucu.

Ia juga bukan sahaja filem komedi, ia juga filem berlawan yang mantap. Babak lawannya yang mantap juga merupakan satu aspek yang boleh dibanggakan dalam filem ini. Walaupun tidaklah sehebat babak lawan Donny Yen, namun ia cukup hebat hingga anda hampir boleh merasakan kesakitan yang ditanggung watak-watak utama ketika berlawan.

Jalan ceritanya pula mudah difahami namun tidaklah straight forward. Apa yang kami gemar tentang jalan ceritanya adalah keterbukaan filem ini membincangkan kepincangan dalam squad polis kepada umum secara terbuka tanpa tapis. Jika perkara yang sama diketengahkan dalam filem Malaysia, kami jamin filem itu akan diharamkan kerana menghina pasukan polis. Namun, filem ini tidak hanya mendedahkan kepincangan, malah mengetengahkan kebaikan sistem pendidikan kepolisan Korea.

Secara keseluruhan, susunan ceritanya mantap, lakonannya juga mantap dan mesej yang disampaikan juga baik di mana ia mengetengahkan masalah sosial negara dengan berkesan. Tidak banyak perkara buruk yang boleh dikatakan mengenai filem ini.

Positif vs Negatif

Positif

  1. Lakonan, jalan cerita, lawak jenaka dan aksi berlawan yang terbaik.
  2. Berjaya mengetengahkan masalah sosial Korea

Negatif

  1. Anda mungkin terasa kurang berpuas hati dan ingin menonton sequel filem ini.

Kesimpulan

Filem Midnight Runners merupakan filem komedi Korea yang lengkap dengan lawak jenaka, aksi, emosi, pengajaran dan pencerahan serta mampu menceriakan sesiapa sahaja yang menontonnya. Kami merekomenkan anda menonton filem ini dengan rakan-rakan sebagai tontonan melepaskan tekanan di hujung minggu.

Penilaian: 8/10

The post Midnight Runners [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/2xVMWFP