博文

目前显示的是 六月, 2018的博文

Brother of the Year – Kisah Adik Beradik Yang Menghiburkan

图片
Filem Brother of the Year telah lebih seminggu ditayangkan, namun kami baru sahaja sempat menonton filem ini. Berikut merupakan pendapat kami mengenai filem ini.Brother of the Year – Kisah Adik Beradik Yang MenghiburkanBrother of the Year mengisahkan Chut (abang) dan Jane (asik perempuan) yang tinggal sebumbung di Bangkok. Dari kecil mereka sering bergaduh. Ada sahaja yang tidak kena antara mereka. Chut seorang lelaki yang licik dan malas dalam semua perkara termasuk mengemas dan makan. Semuanya dialihkan kepada Jane. Dalam filem ini, Jane baru sahaja pulang dari belajar di Jepun. Beliau kemudiannya menghadiri temuduga di sebuah syarikat Jepun di Bangkok lalu menemui cinta hatinya, Moji seorang jejaka campuran Jepun-Thai.Setelah beberapa lama, Moji telah melamar Jane dan mereka bersetuju untuk berkahwin. Perkara ini menyebabkan Chut tidak senang duduk. Apakah yang akan dilakukan Chut untuk menghalang perkahwinan adiknya itu? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.ReviewKebe…

Jurassic World Fallen Kingdom – Kurang Umph

图片
Hari Raya Aidilfitri hanya tinggal seminggu sahaja lagi dan memandangkan ini mungkin post terakhir sebelum raya, biarlah kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kali ini kami berjaya menonton filem Jurassic World Fallen Kingdom dan seperti dijanjikan, berikut adalah ulasan kami mengenai filem iniJurassic World Fallen Kingdom – Kurang UmphJurassic World Fallen Kingdom menyambung kisah filem pertamanya di mana beberapa tahun selepas insiden dalam filem pertama, pulau Isla Nublar, iaitu pulau di mana taman tema Jurassic World ditempatkan kini diancam ledakan gunung berapi. Letusan gunung berapi ini dijangka akan menghapuskan semua dinosaur di pulau tersebut. Kongres Amerika berdebat samada dinosaur-dinosaur berkenaan mempunyai hak untuk diselamatkan yang sama seperti haiwan terancam lain. Akhirnya keputusan dibuat untuk membiarkan dinosaur mati dan pupus.Namun Benjamin Lockwood, antara pelopor projek menghidupkan dinosaur dan juga rakan kongsi Dr John Hammond (pe…

Futureworld – Antara Filem Apokaliptik Paling Teruk Dalam Sejarah

图片
Tiba masanya untuk menonton filem tidak terkenal sekali lagi. Kali ini filem yang ditonton ialah filem Futureworld lakonan James Franco, Mila Jovovich, Snoop Dog dan beberapa lagi pelakon tidak ternama. Trailernya tidak berapa memberi harapan, namun kami menonton sahaja filem ini demi anda pembaca kami.Futureworld – Antara Filem Apokaliptik Paling Teruk Dalam SejarahFutureworld berlangsung dalam dunia apokaliptik di mana dunia telah musnah kerana peperangan nuklear di samping tularan virus maut. Apa yang tinggal ialah permukaan bumi yang gersang dan dikuasai kumpulan-kumpulan penjenayah. Prince merupakan putera kepada pemaisuri satu penempatan aman di tengah padang pasir. Pemaisuri tersebut telah jatuh sakit akibat virus dan anaknya, Prince tekad untuk ke Drug Land untuk mencari penawar untuk ibunya itu.Dalam usahanya mencari Drug Land, beliau bertemu seorang robot manusia bernama Ash yang dimiliki Warlord, seorang ketua kumpulan penjenayah di kawasan itu. Kebetulan Ash telah terlepas…