Search This Blog

Antman and Wasp – Tidak Banyak Berbeza dari Filem Pertama

Filem Antman and Wasp menjadi tanda tanya kerana ia dikatakan berlaku sebelum kejadian dalam filem Avengers Infinity Wars. Kini kami telah menontonnya, kami sudah tahu di mana kaitannya dengan filem Avenger tersebut. Di sini kami juga ingin menyampaikan pendapat kami mengenai filem tersebut.

Antman and Wasp – Tidak Banyak Berbeza dari Filem Pertama

Filem Antman and Wasp berlangsung selepas Antman (Scott Lang) ditangkap kerana berlawan menentang Avengers dalam filem Captian America Civil War. Beliau telah dikenakan tahanan rumah dan dipaksa memakai alat penjejak di kakinya supaya beliau tidak meninggalkan kawasan rumahnya.

Pada masa yang sama Dr Hank Pym dan anaknya Hope menjadi pelarian kerana diburu polis sejak insiden Civil War itu. Dr Pym sedang mengkaji kemugkinan isterinnya Janet yang terperangkap di alam quantum masih hidup. Untuk itu beliau telah membina satu terowong quantum untuk ke alam quantum. Bukti isterinya masih hidup muncul apabila Scott Lang menerima isyarat dari Janet dalam bentuk satu mimpi. Scott Lang boleh menerima isyarat daripada Janet kerana beliau pernah juga mengecil sehingga ke alam quantum dalam filem pertama Antman.

Pada masa yang sama, satu watak misteri bernama Ghost yang ingin menggunakan terowong quantum untuk merawat kuasa yang tidak stabil pada dirinya. Rancangannya boleh menyebabkan Janet mati.

Apakah yang akan terjadi? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Perkara pertama kami sedari mengenai filem ini adalah watak utama Scott Lang tidak sekaku dirinya dalam filem pertama. Beliau lebih lucu dan berperasaan. Kehadiran Wasp sebaik rakan seperjuangan Antman juga dilihat sebagai satu gandingan yang mantap.

Jalan cerita dan lawak jenaka dalam filem ini kami boleh katakan pada tahap yang sama dengan filem pertama. Tidak dapat disangkal filem ini sangat menghiburkan, namun kelucuannya hanya pada satu tahap pertengahan dan kosnisten sehingga penghujung filem. Ini mungkin kerana segala apa yang diharapkan dalam filem pertama diketengahkan juga dalam filem kedua ini. Kiranya ia menepati harapan penonton, tidak lebih dari itu.

Babak aksinya lebih menarik dengan aksi berlawan dan kejar-mengejar menggunakan kereta jelas sekali menerima suntikan dana yang lebih berbanding filem pertama. Babak aksinya lebih menghiburkan, namun dari segi jalan ceritanya tidaklah berbeza banyak dari segi tarikannya berbanding filem asal.

Tetapi perkara yang paling penting dalam filem ini ialah kaitannya dengan filem Infinity War yang ditonjolkan di bahagian penghujung filem.

Secara keseluruhan, filem Antman and Wasp perupakan filem yang menghiburkan, namun tidaklah jauh berbeza dari filem pertama.

Pro vs Cons

Pro

  • Gandingan Antman dan Wasp yang menjadi
  • Sebuah filem yang menghiburkan

Cons

  • Tidaklah sehebat mana berbanding file pertama

Kesimpulan

Kesimpulannya, jika anda mencari sebuah filem untuk menghiburkan hujung minggu anda, inilah filem anda. Anda juga akan mengetahui apa kaitan Antman dengan Avengers Infiniti War. Filem ini termasuk sebagai sebuah filem yang sukar kita lihat kelemahannya, cuma jalan ceritanya bukan lah epik.

Penilaian: 7.5/10

IMDB

The post Antman and Wasp – Tidak Banyak Berbeza dari Filem Pertama appeared first on WayangKini.



from WayangKini https://ift.tt/2L0Lcle