Search This Blog

Ola Bola [Review]

Sejak dulu lagi kami selalu berharap suatu hari filem Malaysia boleh menandingi filem-filem antarabangsa baik dari segi sinematografi, lakonan dan muzik, dan nampaknya dengan penayangan filem Ola Bola, impian itu boleh dikatakan tercapai.

ola-bola-563x353

Ola Bola [Review]

Ola Bola merupakan sebuah filem sukan arahan Chiu Keng Guan dan dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae dan Frankie Lee. Ia merupakan satu kisah fiksyen, tetapi diilhamkan oleh situasi yang benar-benar berlaku kepada pasukan bolasepak negara di penghujung tahun 70an dan awal tahun 80an. Malah menurut pengarahnya, terdapat sesetengah babak dalam filem ini diambil secara langsung dari kejadian benar yang berlaku pada ketika itu.

Filem in berkisarkan ahli-ahli pasukan bolasepak negara pada awal 80an yang bergelut dengan masalah peribadi dan pada masa yang sama berusaha bersunggu-sungguh dalam sukan yang mereka cintai, iaitu bolasepak. Di samping itu, seorang pengulas sukan pelatih, Rahman menjadi penyokong setia serta pengulas yang petah berkata-kata dan bersemangat menyokong di belakang pasukan negara.

bola03.transformed

Sasaran pasukan negara adalah untuk menebus kekalahan mereka pada tahun 1976 di mana mereka kalah kepada Korea Selatan menyebabkan mereka tidak dapat ke sukan Olimpik.

Kami sangat teruja untuk mengulas mengenai perincian filem ini kerana “attention to detail” atau perhatian kepada perincian yang diberikan pengarah kepada setiap butiran dalam filem ini sangat tinggi menunjukkan komitmennya dalam menjayakan sebuah filem bernilai tinggi. Tiada istilah berjimat cermat dalam menjayakan filem ini dan jelas sekali ia menelan belanja yang tinggi.

CZPV7IKWIAAyKbp

Jalan Cerita dan Lakonan

Jalan cerita filem ini walaupun ringkas, cara pengolahannya yang professional memberi impak tinggi kepada penonton. Setiap ahli pasukan dan watak utama mempunyai kisahnya tersendiri dan masalah peribadi yang penonton Malaysia boleh fahami setra menjadi cabaran dalam usaha mereka mencapai kejayaan.

Skripnya ditulis dengan baik, walaupun dalam satu dua babak mungkin terasa skripnya agak pendek, contohnya ketika babak Tauke ingin kembali ke pasukan negara dan berbincang dengan coach. Perbualan ini kami dapati agak pendek dan kami rasakan terlalu mudah untuk Tauke memenangi semula hati coach.

image (1)

Apa yang kami tabik terhadap skrip dan lakonan filem ini adalah bagaimana semua watak, tak mengira bangsa berbual dan berkawan tanpa sebarang prejudis. Malah istilah kaum tidak mempunyai impak dalam jalan ceritanya. Lakonan watak-wataknya juga baik dan natural termasuk babak bergaduh sesama sendiri.

Koreografi bolasepak dalam filem ini juga harus diberi pujian tinggi. Bukan mudah untuk mengarahkan babak-babak bolasepak yang penuh aksi. Kami pernah melihat babak-babak perlawanan sukan dalam filem Malaysia sebelum ini dan ternyata babak-babak tersebut tidak sama sekali dapat menandingi babak perlawanan bolasepak dalam filem ini. Kami pasti banyak masa, tenaga dan perbelanjaan dicurahkan ke dalam pembikinan babak tersebut termasuk mendapat nasihat daripada pakar bolasepak.

Lawak jenakanya juga bersahaja dan kami pasti penonton tidak akan kering gusi melihat gelagat watak-watak yang secara semulajadinya lucu. Cuma satu perkara yang kami tertanya-tanya, adakah pengarah benar-benar memenuhi Stadium Merdeka dengan pelakon tambahan semasa membikin filem ini?

Ola_Bola_5-producer_Marianne_played_by_Marianne_Tan_and_older_version_of_Eric_national_hero-280116_(1)

Sinematografi

Filem Ola Bola menampilkan antara sinematografi terhebat yang memaparkan bumi Malaysia dalam lensa yang artistik. Selain dari babak perlawanan bolasepak yang hebat, seperti yang diterangkan sebelum ini, sesetengah babak memaparkan landskap Malaysia yang indah sehingga kami rasakan jika mereka di perantauan menontonnya akan terasa ingin pulang ke Malaysia.

Setiap babak diolah dengan teliti. Komposisi, pencahayaan dan pergerakan kamera disusun dengan baik bagi menghasilkan filem yang professional dan bertaraf antarabangsa.

Ola_Bola_2-Chow_family_around_TV_watching_final_match-tmi-280116

Muzik/Soundtrack

Filem ini merupakan filem Malaysia pertama yang kami tonton yang berjaya memanfaatkan muzik dengan sebaiknya bagi menekankan emosi sesuatu babak itu. Sebagai contoh, dalam babak sedih, muzik latarbelakangnya perlahan dan sedih, manakalah jika babak itu medebarkan, muziknya bertukar dramatik. Semua ini memberi impak besar dalam mood filem tersebut dan memberi kesan emosi yang lebih tinggi. Lagu temanya “Arena Cahaya” oleh Zee Avi juga memang kena dengan filem ini.

Bront bawa watak pengulas sukan dalam filem Ola Bola

Positif vs Negatif

Positif

  • Sinematografi, lakonan dan muzik yang terbaik pernah dilihat dalam sebuah filem Malaysia.
  • Kajian latarbelakang dibuat dengan teliti bagi menambahkan realism filem ini.
  • Lawak jenaka bersahaja.
  • Perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia selepas menonton filem ini.
  • Ketelitian dalam pembikinan.

Negatif

  • Sesetengah babak mempunyai dialog yang agak pendek.
  • Tidak semua babaknya tanpa cela.

img_4481-001

Kesimpulan

Jika anda perasan, kami memberi ulasan yang lebih baik dari biasa terhadap filem ini. Ini kerana filem ini adalah filem Malaysia terbaik secara keseluruhan pernah kami tonton di pawagam. Adakah ia dapat menandingi filem Holywood? Tidak. Tetapi ia menunjukkan industri filem negara telah mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan dan filem ini ialah buktinya. Kami pasti pihak produksi telah membelanjakan bajet yang sangat tinggi dalam membikin filem ini jika dilihat dari jumlah pelakon tambahan yang digunakan yang juga terdiri dari pemain bolasepak dalam dunia sebenar.

Filem ini bukan sahaja mengajar kita berusaha bersungguh-sungguh dan bekerjasama dalam mencapai cita-cita, malah mengajar supaya bersatu tidak mengira kaum serta percaya dengan kebolehan diri sendiri dan kebolehan rakyat Malaysia. Filem ini juga membawa mesej, kemana lagi tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, bermakna kemana lagi usaha kita diletakkan jika tidak di negara sendiri. Walaupun ramai beranggapan hidup di negara lain lebih baik dari di Malaysia, berjuang untuk negara sendiri lebih bermakna.

Kami sarankan anda menonton filem ini segera, kerana kami pernah membaca artikel bagaimana pawagam-pawagam tempatan seolah-olah mengsabotaj filem tempatan yang dirasakan mereka kurang diminati penonton Malaysia. Anda boleh baca atikel tersebut di pautan ini.

The post Ola Bola [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1SmNXrV