Search This Blog

X Men Dark Phoenix – Penutup Siri Filem X Men Yang Kurang Memberangsangkan

Mungkin sesetengah dari anda telahpun mendengar khabar mengenai filem X Men Dark Phoenix di mana ia telah gagal mempesonakan penonton dan pengkritik di barat sekali gus menerima status filem flop. Namun, sebagai pengkritik filem kami perlu menonton sendiri filem ini untuk memberi penilaian ikhlas dan tidak terlalu mengikut pendapat umum. Kami sempat menontonnya baru-baru ini dan berikut adalah pendapat kami mengenainya.

X Men Dark Phoenix – Penutup Siri Filem X Men Yang Kurang Memberangsangkan

Filem X Men Dark Phoenix merupakan filem penutup kepada siri filem X Men terbitan Fox. Sekuel kali ini mengisahkan pihak X Men yang masih dihantui stigma dan curiga dari kalangan manusia yang takutkan golongan mutan.

Pada ketika itu kapal angkasa Endeavour  yang baru berlepas dari Houston telah mengalami kerosakan teruk akibat kejadian suar solar. Kerana itu, pihak presiden telah meminta bantuan X Men untuk menyelamatkan kapal angkasa tersebut. Semasa dalam misi menyelamat, sesuatu telah berlaku yang menyebabkan Jean Gray telah menyerap kuasa apa yang dipercayai “suar solar”  itu seterusnya mendapat satu kuasa luar biasa. Apakah kuasa tersebut dan bagaimana beliau dapat mengawal kuasa tersebut? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Sejujurnya siri filem X Men Fox bagi kami bukanlah siri filem kegemaran kami. Sejak filem pertama, X Men First Class hingga kini, filem-filemnya OK, tetapi ia agak mendatar dan tiada apa yang menonjol, yang boleh mengujakan penonton, kecuali mungkin filem X Men Days of Future Past yang agak menarik sedikit. Malah jalan cerita filem-filem sebelum ini pun telah kami lupa. Oleh sebab itu, kami tidak menaruh harapan tinggi pada filem ini. Malah kami tidak meletakkan sebarang persepsi terhadap filem ini sebelum menonton.

Dark Phoenix

Dari segi jalan cerita, ia memfokuskan kepada perjuangan Jean Grey yang dari kecil sangsi kepada kuasa yang dimilikinya kerana beranggapan kuasanya telah menyebabkan kematian ibu bapanya dalam kemalangan. Secara ringkasnya filem ini mengisahkan pergelutan Jean Grey menerima dirinya seadanya dengan kuasa dimilikinya. Namun, pada pendapat kami pergelutan yang dilalui Jean Grey tidak dipaparkan dengan cukup mendalam untuk memberi kesan kepada penonton. Ia seolah terlalu tergesa-gesa.

Dark Phoenix

Watak paling gagal selain Jean Grey adalah watak Professor X di mana dalam filem ini beliau kelihatan semacam douchebag. Sangat pentingkan diri dan sombong. Tidak hairanlah sesetengah penonton di barat melabelkan filem ini filem feminis di mana watak lelaki digambarkan dengan teruk, manakala watak wanita dijulang. Ini pandangan penonton barat. Bukan kami.

Babak aksi yang dipaparkan juga pendek-pendek belaka tetapi mujurkah babak aksi terakhir tidak begitu menghampakan dan agak mendebarkan. Sungguhpun demikian, kami berpendapat, jika anda bukan peminat tegar filem X Men dan hanya menonton untuk santai, anda tidak akan perasan kelemahan-kelemahan dalam filem ini. Cuma filem ini tidak akan memberi impak yang besar kepada penonton.

Dark Phoenix

Sebaliknya jika anda peminat tegar X Men dan membaca komiknya, mungkin anda akan hampa dengan hasil kerja pihak Fox, lebih-lebih lagi kerana ini filem terakhir dan sepatutnya berakhir dengan satu filem yang epik. Jika digambarkan dalam bentuk graf, filem ini mendatar sahaja, tiada babak klimeks yang begitu menonjol. Tetapi, seperti yang kami katakan tadi, jika anda menonton hanya untuk bersantai sahaja, anda akan enjoy filem ini.

Positif vs negatif

Positif

  • Plot yang mudah difahami dan tidak terlalu berat.
  • Filem secara keseluruhan  agak menghiburkan.
  • Kesudahan yang menutup kisah X Men dengan pasti

Negatif

  • Tiada apa yang menonjol mengenai filem ini

Dark Phoenix

Kesimpulan

Kesimpulannya samada anda mahu atau tidak menonton filem ini bergantung kepada niat anda. Adakah anda sekadar mahu bersantai atau anda mengambil filem-filem X Men ini dengan serious, sepertimana filem-filem di bawah jenama Marvel yang lain. Bagi kami yang tidak meletakkan harapan tinggi, kami rasa filem ini menghiburkan. Walaupun ia tidaklah epik, ia tidaklah seteruk yang digambarkan di media barat.

Penilaian: 7/10

IMDB

The post X Men Dark Phoenix – Penutup Siri Filem X Men Yang Kurang Memberangsangkan appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://bit.ly/2RhFnzB