Kenapa susah nak menyusukan anak kucing
Kadang-kadang ibu kucing enggan menyusukan anaknya atas sebab-sebab tertentu. Kadang-kadang pula anak kucing sendiri yang tidak mahu menghisap susu ibunya sendiri. Dalam keadaan ini , jika anda prihatin atau anda merupakan penjaga kepada kucing tersebut, adalah penting untuk mengetahui bagaimana untuk menyusukan anak kucing.
Tips paling penting dalam menyusukan anak kucing adalah dengan menggunakan susu yang rendah laktosa. Susu seperti susu kambing adalah susu yang rendah laktosa. Manakala susu lembu pula tinggi laktosa. Untuk lebih selamat, guna lah susu formula untuk anak kucing yang ada dijual di kedai-kedai haiwan.
Anak kucing minum sedikit sahaja susu , tetapi ia minum sangat kerap dalam sehari. Biasanya 7 hingga 8 kali sehari. Jumlah susu yang diminum untuk sehari hanyalah berjumlah 120ml bersamaan setengah cawan. Jangan beri lebih daripada itu dalam masa sehari kerana ini akan membahayakan dan mungkin akan menyebabkan kematian anak kucing tersebut.
Bancuh susu tersebut dengan satu sudu teh sahaja untuk satu cawan. Selebihnya boleh disimpan ke dalam freezer atau chiller. Untuk mengetahui bancuhan yang tepat, pastikan bancuhan susu tersebut berwarna putih seperti putih keruh atau putih cair, bukan putih yang pekat atau terlalu putih seperti susu yang dibancuh dengan air yang sedikit
Jika puting botol susu anak kucing tersebut agak besar, buat lubang yang lebih besar di puting susu tersebut supaya mudah untuk anak kucing menghisapnya. Jika anda mampu, ikhtiar lah untuk mencari puting susu yang sama saiz seperti puting susu ibu kucing sebenar.
Sekian dahulu tips daripada saya. Semoga bermanfaat.