Search This Blog

Segalanya mengenai harga emas ketika kemelesetan ekonomi dunia berlaku

Adakah harga emas cenderung naik semasa kemelesetan ekonomi? Emas sering dianggap sebagai aset perlindungan, bermaksud ia cenderung mengekalkan nilai atau meningkatkan nilai semasa ketidakstabilan ekonomi atau gejolak pasaran. Ini kerana emas dianggap sebagai simpanan nilai yang tidak berkaitan dengan mana-mana mata wang atau kerajaan tertentu, oleh itu ia boleh bertindak sebagai lindung nilai terhadap inflasi dan risiko ekonomi lain.Semasa kemelesetan ekonomi, pelabur mungkin beralih kepada emas sebagai cara untuk melindungi aset mereka daripada ketidakstabilan pasaran dan inflasi. Akibatnya, harga emas mungkin meningkat semasa kemelesetan ekonomi. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa harga emas juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain, termasuk tren ekonomi global, kadar faedah, dan dinamik bekalan dan permintaan, jadi tidak selalu keadaan harga emas akan meningkat semasa kemelesetan ekonomi.Pada purata, adakah harga emas cenderung naik semasa kemelesetan ekonomi?Pada purata, harga emas cenderung meningkat semasa kemelesetan ekonomi. Ini kerana pelabur biasanya mencari aset perlindungan seperti emas semasa ketidakpastian ekonomi, yang boleh meningkatkan permintaan dan harga. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa trend ini tidak selalu konsisten dan terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi harga emas juga. Selain itu, tahap peningkatan harga emas semasa kemelesetan ekonomi dapat berbeza-beza bergantung pada tahap keparahan dan tempoh kemelesetan ekonomi, serta faktor-faktor ekonomi global yang lain.Bagaimana cara mudah meramal dan menganalisis trend harga emas semasa kemelesetan ekonomi?Meramal dan menganalisis harga emas semasa kemelesetan ekonomi boleh menjadi cabaran kerana harga emas dipengaruhi oleh satu set faktor yang kompleks, termasuk tren ekonomi global, kadar faedah, dan dinamik bekalan dan permintaan. Walau bagaimanapun, berikut adalah beberapa tips umum untuk menganalisis harga emas semasa kemelesetan ekonomi:Pantau indikator ekonomi global: Pantau indikator ekonomi seperti pertumbuhan GDP, kadar inflasi, dan kadar pengangguran, yang boleh mempengaruhi permintaan emas sebagai aset perlindungan.Ikuti dasar bank pusat: Dasar bank pusat, seperti keputusan kadar faedah dan program pemulihan kuantitatif, juga boleh mempengaruhi permintaan emas.Lacak dinamik bekalan dan permintaan: Perubahan dalam bekalan dan permintaan boleh mempeng

Can you make a police report if someone accused or making rumours that you are a criminal but the truth is you are not

 Yes, you can make a police report if someone is making false accusations or spreading rumors that you are a criminal. Defamation, which is the act of making false statements about someone that harm their reputation, is a crime in many countries.

You can provide the police with any evidence you have to prove that the accusations are false, such as witness statements, emails or text messages, or other documentation. The police will investigate the matter and may take action against the person who made the false accusations.

It's important to remember that making a false police report is also a crime, so be sure that you have evidence to support your claim before making a report.

Adakah okay untuk merendahkan orang yang membuat kesilapan di depan anda kerana keputusasaan seperti yang pernah anda lakukan dahulu dan patutkah saya memberitahu mereka tentang kesilapan yang mereka lakukan?

Jawapan di bawah ini diambil daripada AI manakala tajuk di atas merupakan soalan asal saya kepada robot tersebut. Lihat bagaimana robot AI ini menjawab soalan yang saya ajukan :


 "Tidak baik untuk menganggap rendah orang yang melakukan kesilapan, tidak kira apa pun sebab di sebaliknya. Melakukan kesilapan adalah satu perkara biasa sebagai manusia, dan penting untuk menghampiri orang lain dengan belas kasihan dan empati.

Sebagai gantinya, cuba memahami mengapa kesilapan dilakukan dan bagaimana anda dapat membantu mereka. Jika anda merasa selesa, anda boleh memberikan maklum balas atau panduan yang membina tentang cara mengelakkan kesilapan yang sama di masa depan. Walau bagaimanapun, penting untuk berbuat demikian dengan cara yang menghormati dan memberi sokongan.

Penting juga untuk mengakui bahawa setiap orang membuat kesilapan, termasuk diri anda sendiri. Sebaliknya daripada memberi tumpuan kepada kesilapan orang lain, fokuslah pada pembelajaran daripada kesilapan anda sendiri dan bagaimana anda boleh meningkatkan diri di masa depan."

Senarai filem paling menarik dan ditonton oleh semua lapisan kaum di Malaysia

 Filem yang menarik kepada semua lapisan kaum di Malaysia ialah filem yang mempunyai elemen yang merangkumi semua golongan masyarakat. Beberapa filem yang boleh dikatakan menarik kepada semua lapisan kaum di Malaysia termasuklah:


Ola Bola (2016) - Filem ini mengisahkan tentang perjuangan pasukan bola sepak Malaysia untuk mencapai kejayaan di pentas antarabangsa, yang mampu menghubungkan warga Malaysia dari pelbagai latar belakang.


Sepet (2004) - Filem romantik ini menceritakan kisah percintaan dua orang pelajar dari latar belakang yang berbeza, membincangkan isu-isu hubungan antara kaum dan perbezaan budaya.


Polis Evo (2015) - Filem aksi ini mengisahkan tentang kerjasama dan persahabatan antara seorang pegawai polis Melayu dan seorang pegawai polis Cina dalam melawan jenayah dan penjenayah.


Songlap (2011) - Filem ini menceritakan kisah dua adik-beradik dari Sabah yang diculik untuk dijadikan buruh seks, dan membawa persoalan tentang isu pemerkosaan, hak asasi manusia, dan perdagangan manusia.


Paskal (2018) - Filem aksi ini mengisahkan tentang perjuangan pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia dalam melindungi negara daripada ancaman luar dan memperlihatkan semangat kepahlawanan dan perpaduan.

Tiap kali tiba Ramadhan

 Ada satu lagu yang bila aku dengar waktu bulan Ramadhan, rasa seperti jantungku direntap. Peristiwa ini berlaku dah masuk 13 tahun, pada bulan Ramadhan. Aku malu nak menulis sebab benda kecil je pun. Sebelum tu, tajuk lagu tersebut berjudul 'tapi bukan aku' , lagu dari negara seberang yang dinyanyikan oleh kumpulan Kerispatih. Ada 3 buah lagu kumpulan ni yang aku minat. Tapi untuk lagu 'tapi bukan aku', boleh buat aku jadi auto murung bila terkenang kembali kisah yang lalu.

Lagu seterusnya adalah hampir ke semua lagu oleh Maher Zain dari album 'the awaken'. Terutamanya lagu seperti 'The Chosen One', 'The Awaken', 'Always Be There', 'Open Your Eyes' dan beberapa buah lagi lagu. Kalau nak cerita secara terus terang, aku tak akan lakukan. Tapi aku akan cerita secara ringkas sahaja.


Zikir untuk mendapatkan pahala seribu bulan malam lailatul qadar

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ


La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin


Maksudnya : Tiada tuhan selain engkau, Maha Suci engkau (ya Allah). Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.


Kenapa jam tangan guna jarum lagi praktikal berbanding jam digital

 Kalau guna jam tangan  konvensional yang ada jarum panjang, pendek dan saat tu, bila kita nak mengagak berapa 'lama' lagi cukup jam yang seterusnya, kita akan mengagak menggunakan jarum panjang. Ketika itu kita menggunakan kemampuan otak sebelah kiri dan kanan untuk menganalisa dan mengira detik. Jika guna jam tangan digital, kita lebih menggunakan otak kiri kerana kita sebenarnya sedang 'mengira' berapa minit akan ke jam seterusnya.

Selain itu, jam tangan konvensional lebih cepat untuk kita 'menangkap' peristiwa yang sedang berlaku. Jam digital lebih mudah jika kita hendak merekod , contohnya ketika kita hendak menulis waktu.

Tempat atau kawasan yang aku gemar berfoya-foya

 Tahu tak di mana? Selalu kalau nak berfoya-foya , biasanya mesti lah melibatkan manusia . Tak pun hidupan yang lain. Contohnya tarzan gemar berfoya-foya di hutan. Aku pun gemar juga berfoya-foya. Caranya adalah dengan berjalan-jalan seorang diri. Tak kisah lah kat mana pun, janji tempat tu tempat yang aku dah biasa. Contohnya? Ada la.

Tempat tu memang lah ada orang. Kecuali kalau kau berfoya-foya di kawasan hutan ataupun pergunungan. Itu dah namanya mengembara atau pun melancong atau bersiar-siar. Jadi apa yang specialnya tempat atau kawasan yang aku selalu berfoya-foya tu? Tiada apa yang istimewa. Cuma ada nilai sentimental sikit. Sebab aku pernah melawat kawasan tu sejak zaman aku awal remaja lagi. Sekarang dah masuk usia matang seorang lelaki. Siapa tahu berapa? Cuba komen sikit.

Malam-malam macam ni kering sikit idea untuk menulis. Menulis hanya kerana berfoya-foya dengan diri sendiri. Apa lagi perkataan yang selalu digunapakai? Melayan perasan? Ketawa lah saya kalau begitu. Tiada yang sayugia nya melayan perasan. 

Baiklah, sekarang akan aku bincangkan suatu tajuk. Iaitu mengenai diriku semasa remaja. Aku ni suka mengaji. Maksudnya macam-macam bidang ilmu. Bukan dahsyat atau hebat. Tapi kerana impian dan cita-cita. Aku tahu ramai yang seperti diriku ini. Di mana kalian sekarang? Adakah kalian sedang atau telah mengecapi kebahagiaan di masa sekarang? Aku tiada jawapan. Tanya lah kepada diri kalian sendiri.

Mungkin setakat ini dahulu monolog sepi aku ini. Lain hari aku bermonolog lagi. Alangkah indah jika monolog menjadi dialog, bersama dengan seorang yang terpaling . Aku ketawa kecil lagi, seorang diri. Sekian.


Masalah pengangguran bukan isu baru?

 Kalau korang pernah menonton filem Mat Som tahun 1991 yang watak utamanya masa tu adalah Imuda, korang akan perasan Imuda yang memegang watak sebagai penulis sambilan untuk sebuah syarikat percetakan di ibu kota, menulis sebuah rencana bertajuk 'Bilangan siswazah menganggur kian meningkat'.

Bayangkan masa tu baru tahun 1990an, dan isu pengangguran bukan suatu isu yang baru. Dan pada masa tu, populasi dunia tak sampai pun 6 billion. Sekarang populasi dunia dah cecah 8 billion. Dengan sumber tanah terhad dan juga kawasan-kawasan yang tidak sesuai untuk dijadikan sumber penghasilan makanan dunia, sudah tentu lah masalah supply atau pengagihan akan timbul apabila populasi terlalu ramai. Duit atau harta yang banyak bukan lagi isu pada masa sekarang, tetapi masalah sumber yang terhad.

Jika supply atau pengagihan telah sampai kepada tahap maksimum, sudah tentu lah penciptaan peluang pekerjaan juga semakin terhad kerana setiap isu tentang ekonomi berkait rapat antara satu sama lain, termasuk lah isu pengangguran.

Walaubagaimanapun, ekonomi dulu dan sekarang banyak bezanya. Jika dahulu , pekerjaan kita banyak menggunakan tenaga atau 'tulang kering' manusia, zaman sekarang banyak pekerjaan yang lebih menggunakan kreativiti dan juga pemikiran. Contohnya zaman dulu kita mesti ada pen, kertas dan tenaga untuk memegang pen dan menulis. Zaman sekarang, kita hanya perlu jari-jemari yang pantas, dan kadang-kadang hanya suara untuk 'send' mesej melalui whatsapp.

Oleh kerana itu, memang betullah kita sedang menuju ke revolusi perindustrian 4.0 atau fasa keempat iaitu kebanyakkannya adalah ekonomi gig atau digital. Sebagai info , revolusi perindustrian yang pertama adalah berkaitan industri teknologi tekstil secara besar-besaran, kedua adalah berkenaan penciptaan teknologi berat menggunakan tenaga elektrik, enjin automotif,dan teknologi komunikasi konvensional seperti telefon dan juga industri berat seperti besi. Yang ketiga iaitu yang telah pun berada di dunia kita sejak lebih 4 dekad iaitu teknologi komputer.

Namun begitu, jika anda diberi pilihan untuk menjadi seorang petani atau pakar IT, sudah tentulah peluang untuk menjadi petani lebih terbuka luas kerana sektor pertanian adalah sektor pemula atau sektor yang paling asas atau utama. Seorang petani mungkin masih 'makan' walaupun inflasi dunia menjadi tidak terkawal, tetapi seorang pakar IT yang banyak meminjam bank, mungkin akan sedikit 'terjejas' atau dengan kata lain, tidak mustahil juga terpaksa memotong belanja bulanan untuk membeli makanan.

Apa beza raya sekarang berbanding tahun 90-an

 Tahun 90 aku baru masuk sekolah rendah. So of course lah aku masih ingat lagi zaman 90-an. Banyak bezanya raya dulu dan sekarang. Raya dulu balik kampung kalau jalan jammed pun sekejap-sekejap saja. Seingat aku, tak de lah jammed sampai terus berhenti sampai dekat setengah jam. Aku pun tak pernah la pulak stuck sampai sejam, kecuali kalau berlaku kemalangan. So pada aku raya 90 an lah paling best. Suasana di kampung dulu-dulu memang meriah. Semua sanak saudara pulang ke kampung. 

Teringat aku kat arwah abah. Al fatihah. Kalau aku rindu zaman tu, aku tengok balik iklan-iklan lama dulu-dulu dalam youtube. Especially iklan hari raya. Salah satunya iklan planta yang intro dia gambar balik kampung guna KTM. Alhamdulillah aku sempat merasa untuk kali terakhir sebelum KTM ekspress dihentikan sepenuhnya operasi. Kebetulan time tu aku nak tamatkan ijazah. Terpaksa berulang-alik dari utara ke Kolumpo. Naik tren KTM senandung malam. Kalau tak silap lah, namanya begitu. Kalau silap kome tolong betulkan ye. Memang sesuai dengan nama. Senandung malam, waktu malam. AKu pun ambik coach yang ada katil, sebab aku nak tidur malam.

Sebenarnya banyak sangat kenangan raya zaman 90-an yang menyeronokkan. Tak habis kalau nak cerita kat sini nanti. Lagi satu raya tahun 90-an kalau nak wish kami guna kad raya. Sebelum ade whatsapp, orang wish guna email. Sekarang lagi mudah. Pilih je gambar atau imej yang sesuai, tekan simbol kapal terbang kertas yang kat whatsapp tue. Dah send. Mudah .

Sekarang pun kalau nak feel raya 90 an masih boleh. Janji kena tinggal kat kawasan kampung-kampung yang jauh dari kawasan bandar. Kalau dekat, feel dia tak seberapa. Awal tahun 2000 aku merantau mencari rezeki. Kebetulan di kawasan luar bandar. Memang time nak dekat raya tu, aku dapat lah rasa feel raya tu. Tapi sekarang aku dah pulang ke bandar halaman. Tempat asalku memang di bandar. Kampung sebenarnya dah takde  dah. Ramai saudara-mara dah berhijrah.

Zaman sekarang dah lain kan? semua orang nampak sibuk. Budak-budak lagi dah sibuk. Bile dah dewasa, lagi lah sibuk. 

Review filem Mat Som 1991

 Mulanya arwah abah yang bawa kami sekeluarga menonton wayang