Header Ads

 


Insiden pembunuhan dan kematian Iryna Zarutska yang tragis

 Kematian gadis Ukraine ini mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan warga maya kerana faktor usia gadis tersebut yang masih muda, cantik, tidak bersalah dan merupakan seorang pelarian. Tidak kira siapa pun, pasti akan terkesan dengan insiden ini kerana ia berlaku tanpa di duga oleh sesiapa. 

Insiden ini mencetuskan tanda tanya mengenai kawalan terhadap rakyat yang menghidap penyakit mental , lebih-lebih lagi jika pesakit tersebut juga mempunyai rekod jenayah. Suspek yang membunuh Iryna dikenali sebagai Decarlos Brown Jr., mempunyai 14 rekod jenayah, menikam Iryna dari belakang sekurang-kurangnya 3 kali dan mengenai bahagian tengkuk dan organ dalaman ketika beliau menggunakan pengangkutan awam di Charlotte, North Carolina, Amerika Syarikat. Iryna disahkan mati di tempat kejadian sejurus selepas serangan walaupun pada mulanya dia kelihatan takut, dan menangis serta tidak sedar dengan kejadian yang berlaku ke atasnya. Beliau juga sempat menoleh untuk melihat pembunuh sebelum rebah.

Orang awam bersimpati di atas kejadian yang menimpa beliau dan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap undang-undang sedia ada ke atas penjenayah. Elon Musk dan pempengaruh terkenal Andrew Tate masing-masing menyumbang sebanyak USD 1 juta kepada keluarga Iryna Zarutska. Ketika kejadian, bapa mendiang masih berada di Ukraine kerana tidak melepasi syarat imigran.



Dikuasakan oleh Blogger.
window.onloadTurnstileCallback = function () { turnstile.render("#example-container", { sitekey: "0x4AAAAAABCfYyFFISDsIlb-", callback: function (token) { console.log(`Challenge Success ${token}`); }, }); };