Header Ads

 


Pengalaman kerja di McDonald's

 Aku kerja McDonald dekat dengan rumah . Aku ingat lagi tulisan dekat pintu kaca restoran tu. Golden Arches Sdn Bhd. Rupanya ni nama syarikat yang manage semua franchais McDonald di Malaysia. Masa aku kerja tu dalam tahun 2004. Lame dah. Korang umur berapa mase tu?hihi

Walaupun umur aku masa tu dah awal 20an, aku nampak macam budak sekolah. Aku banyak buat kerja kitchen sebenarnya. Aku masak big mac, beef burger, mcchicken, mcfillet, bubur ayam, breakfast sausage mc muffin. Ayam goreng crispy. Semua tu la.

Pernah sekali tu aku tolong hantar makanan dekat Sekolah Convent perempuan,diorang buat parti hari tu. Tiba-tiba dalam ramai2 budak perempuan dari tingkat atas yang tengok aku tengah angkat makanan, salah sorang buat sound effect mengorat. Masa tu aku 2 orang dengan manager. Lepas kitorang balik restoran, manager aku bagitau ada budak sekolah mengorat aku kat kawan aku yang juga staf restoran .

Masa tu life agak easy going jugak la. Gaji minimum pun belum ada. Kalau ikut, sekarang ni ok lagi gaji dari dulu-dulu. Janji kena pandai urus (manage). Kalau tak urus, gaji berpuluh ribu pun takkan cukup.

OK lah, setakat ni dulu. Aku menaip blog ni just hobby. Bukan pendapatan. Oh , sebelum tu. Sekarang dah 2026 kan? Aku tengok trend yang sama sejak dulu. Adik-adik yang baru keluar U, banyak yang buat kerja yang lebih kurang sama macam aku buat dulu-dulu. Cuma sekarang lebih banyak option, sebab ada gig jobs macam Food Panda, Grab dan sebagainya. Tahun 2004 dulu belum ada. So lebih banyak la cara nak jana income kan. Pendapat korang macam mana? Cuba komen.

Imej tema oleh fpm. Dikuasakan oleh Blogger.
window.onloadTurnstileCallback = function () { turnstile.render("#example-container", { sitekey: "0x4AAAAAABCfYyFFISDsIlb-", callback: function (token) { console.log(`Challenge Success ${token}`); }, }); };